Skip to main content
Kursus Emotional Intelligence (EQ)

Kursus Professional Communication with EQ untuk Atlet Malaysia

By May 13, 2024July 11th, 2025No Comments
Coach Nik Faiz bersama atlet Malaysia dalam sesi Professional Communication with EQ

Kursus Professional Communication with EQ: Latihan Komunikasi & Kawalan Emosi untuk Atlet Malaysia

“Saya belajar bagaimana cara untuk membalas soalan yang akan diberikan oleh wartawan dan apa yang boleh dan tidak boleh cakap kepada wartawan.”

— Muhammad Faiz Irfan Khalili, pemain tenis kerusi roda negara

Begitulah antara maklumbalas yang diterima oleh peserta atlet Malaysia selepas menyertai kursus Professional Communication with EQ bersama Coach Nik Faiz.

Dalam dunia sukan hari ini, Professional Communication with EQ menjadi kemahiran penting untuk setiap atlet. Anda bukan sekadar ikon sukan, anda adalah wajah negara. Setiap kata-kata anda, terutama ketika ditemu bual, boleh memberi kesan kepada imej diri, pasukan, dan institusi yang anda wakili.

Sebab itu, kami di Career Expert percaya bahawa professional communication with EQ bukan lagi satu pilihan, ia menjadi satu keperluan terutamanya untuk atlet, personaliti awam, dan siapa saja yang membawa nama pasukan, organisasi atau negara di hadapan khalayak.

Baru-baru ini, Coach Nik Faiz diberi peluang untuk mengendalikan sesi khas bersama atlet Malaysia melalui modul Professional Communication with EQ. Fokus kami bukan hanya untuk membina kemahiran bercakap, tetapi untuk melatih atlet agar mampu berkomunikasi secara profesional walau dalam emosi yang tinggi sama ada ketika menang, kecewa akibat kalah, atau diasak soalan sensitif oleh media.

Antara pengisian utama dalam Kursus Professional Communication with EQ adalah:
✅ 1. Komunikasi Efektif Semasa Temu Bual Media – Teknik menjawab soalan secara profesional di media sosial, media massa dan radio, tanpa terikut emosi atau tekanan situasi.

2. Mengenal Pencetus Emosi & Teknik Mengawalnya – Peserta diajar mengenal ‘emotional triggers’ dan strategi mengawal emosi supaya mesej yang disampaikan tetap jelas dan berhemah.

3. Laras Bahasa & Batas Perkongsian Awam – Mengenalpasti perkataan yang sesuai, perkara yang boleh dan tidak boleh dikongsi semasa bercakap atas kapasiti atlet atau wakil pasukan.

4. Cara Menangani Soalan Provokatif – Teknik menghadapi soalan panas, isu sensitif atau provokasi media — tanpa menjejaskan reputasi atau terperangkap dalam naratif yang memudaratkan.

5. Aktiviti Praktikal & Simulasi Situasi Sebenar – Sesi ini turut disertakan dengan hands-on simulation agar peserta boleh berlatih secara langsung dalam suasana yang realistik.

Maklum balas peserta kursus Professional Communication with EQ bersama atlet Malaysia
Maklum balas peserta kursus Professional Communication with EQ bersama atlet Malaysia

Aktiviti Menarik Dalam Latihan

Setiap peserta datang dengan latar belakang dan personaliti berbeza, tapi hampir semua pulang dengan satu kesimpulan yang sama: banyak benda penting yang mereka tak pernah fikir sebelum ni, kini lebih jelas.

Antaranya…

Muhammad Faiz Irfan Bin Khalili
Beliau belajar apa yang boleh dan tak boleh dikongsikan kepada wartawan. Katanya, sekarang baru faham cara jawab soalan media, tak boleh sembarangan dan kena tahu batasnya.

Khow Yong Kiat
Walaupun ringkas, komennya cukup jelas: “Learned a lot of useful things for the future.” Kadang-kadang, benda paling berguna datang dari pendedahan ringkas tapi tepat.

Cheah Zen Hong
Beliau refleksikan bahawa sepanjang kursus, dia belajar cara kawal emosi dengan lebih baik bukan hanya kawal rasa, tapi ubah fikiran ke arah lebih positif.

Yee Xuan Tan
Apa yang paling memberi kesan padanya adalah keupayaan mengurus perasaan bila bercakap dengan orang lain sesuatu yang mungkin kelihatan mudah, tapi sebenarnya mencabar.

Aina Zahara Baharum
Aina banyak belajar: dari teknik komunikasi, apa yang patut atau tak patut dilakukan masa temuduga, sehinggalah latihan praktikal yang buat dia lebih yakin untuk bercakap depan orang ramai.

Justin Joannes Kelukin
Bagi Justin, isi kursus ini sangat membantu dari segi pengurusan emosi sekaligus dapat bantu untuk tampil lebih profesional semasa berkomunikasi.

Abd Halim
Beliau hargai teknik ucapan depan khalayak yang diajar, termasuk bahasa tubuh dan cara bertutur. Paling penting adalah mengetahui cara kawal emosi dan berkomunikasi dengan baik.

Rusdianto Rusmadi
Kursus ni sangat berguna bagi mereka yang belum mahir berucap dan belum tahu cara mengawal emosi semasa bercakap. Sesi ini sangat membantu dan menarik.

Ann Tung Yong
Beliau dapat tambah ilmu tentang cara berkomunikasi secara profesional dan teknik kawalan emosi semasa berdepan dengan interview satu kelebihan penting sebagai atlet yang dikenali ramai.

Shaveena Mei
Ringkas dan padat,  belajar bagaimana untuk bersedia hadapi soalan dengan betul, serta cara membentang dan berkomunikasi secara teratur ketika interview.

Kursus Professional Communication with EQ - Coach Nik Faiz

Alhamdulillah, Career Expert Sdn Bhd diberi kepercayaan oleh MSN Malaysia untuk mengendalikan latihan ini. Ia bukan sekadar tentang bercakap, tetapi tentang membina imej profesional yang konsisten dan disegani, satu nilai penting dalam karier jangka panjang sebagai atlet kebangsaan. Latihan ini adalah antara modul utama dalam pembangunan professional communication dan EQ training untuk atlet berprestasi tinggi.

Pengalaman Bersama Coach Nik Faiz bersama atlet dalam Kursus Professional Communication with EQ

Sesi ini takkan berjaya kalau tiada sentuhan personal. Dan di sinilah sentuhan Coach Nik Faiz benar-benar memberi kesan.

Muhammad Faiz Irfan Bin Khalili
Baginya, kursus ini sangat membantu atlet muda macam dia untuk bersedia menghadapi situasi bual bicara di masa depan.

Khow Yong Kiat
Beliau menyatakan Coach sebagai seorang yang “very experienced”, boleh jawab semua soalan dengan cara yang sangat membantu dan menarik.

Cheah Zen Hong
Selesa dengan gaya Coach yang friendly, open-minded dan senang faham bila menerangkan sesuatu. Aura “accessible coach” tu memang sampai.

Yee Xuan Tan
Suka cara Coach bawa pengalaman ke dalam aktiviti, katanya, “very interesting, penerangan yang jelas dan difahami.”

Aina Zahara Baharum
Beliau nampak Coach sebagai penceramah berprestasi tinggi. Tambahnya lagi, Coach pandai guna demonstrasi untuk bantu pelajar faham lebih mendalam. Paling best: aktiviti memang enjoy!

Justin Joannes Kelukin
Terus-terang Justin berkata, Coach sangat berdedikasi dalam menyampaikan maklumat pada para atlet.

Abd Halim
Simple tapi sampai “Penerangan bagus, mudah difahami.” Dan paling penting, “Coach yang berpengalaman dan menarik minat peserta.”

Rusdianto Rusmadi
Beliau suka aktiviti yang dijalankan katanya ada aktiviti yang “menggambarkan emosi dan cara mengawalnya” dengan jelas.

Ann Tung Yong
Coach Nik Faiz dikatakan sebagai seorang yang berpengalaman, memahami soalan dengan baik, dan sangat mesra. Tambahnya lagi, aktiviti yang disediakan sangat menarik.

Shaveena Mei
Shaveena menyebut Coach sebagai seorang yang berpengalaman dan sangat bersedia dua ciri penting yang buat sesi ini terasa profesional dan tersusun.

Career Expert mendoakan semua peserta terus cemerlang dan menjadi insan yang bukan sahaja berjaya di gelanggang, tetapi juga matang dalam komunikasi dan dikagumi kerana sikapnya.

Ingin tahu lebih banyak tentang kursus kami untuk agensi dan pasukan profesional?
👉🏻 Lihat senarai program terkini Career Expert di sini.

Terima kasih MSN Malaysia atas jemputan dan kepercayaan. Moga ilmu ini terus bermanfaat dan berbekas dalam perjalanan hidup mereka.

Sampai jumpa lagi, in shaa Allah.

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.