Dengan pembangunan ekonomi yang sangat pesat, ia tidak sama sekali mengecualikan pengurangan kegunaan bahan mentah. Justeru ianya secara tidak langsung telah menyebabkan tekanan kepada alam persekitaran kita.
Populasi penduduk dunia kini telah mencecah seramai 7.2 bilion dan dianggarkan akan terus meningkat ke 9.7 bilion pada tahun 2050. Ianya adalah satu angka yang yang amat merisaukan kerana ramalan dunia menyatakan bahawa dengan kadar penggunaan sumber alam sekitar yang sekarang ini, 9.7 bilion penduduk dunia akan mengalami masalah kekurangan sumber terutamanya makanan dan pakaian yang sangat serius.
Oleh kerana itu, setiap daripada rakyat di seluruh dunia harus mempunyai kesedaran yang sangat tinggi untuk menyeimbangkan kepenggunaan alam sekitar dengan mempertingkatkan inovasi-inovasi baharu yang mampu untuk memelihara alam sekitar, dan dalam masa yang sama memberikan impact sosial yang positif terutamanya kepada perkara yang melibatkan pengangguran dan juga masalah kemiskinan yang kian meningkat.
Menyambut baik saranan kempen kesedaran alam sekitar, Career Expert mengambil pendekatan yang berbeza dari kursus-kursus yang dikendalikan oleh pengendali latihan lain dengan menerapkan ‘Emotional Intelligence” dalam kursus Environment Sustainability & Social Impact ini dalam diri setiap individu yang mengikuti sesi ini. Ia bertujuar agar perubahan yang bakal dilakukan kepada masyarakat Malaysia khususnya boleh bertahan dan kekal lebih lama.
Kempen Alam Sekitar
Bagaimana mahu terapkan kempen kesedaran alam sekitar melalui kursus “Environmental Sustainability & Social Impact” ini? Mari lihat dahulu. Setelah melalui 2 hari sesi bersama Career Expert, peserta-peserta dapat :
- Meningkatkan kesedaran akan kepentingan untuk melestarikan alam sekitar demi generasi yang akan datang.
- Melatih daya fikir yang lebih baik agar dapat melahirkan inovasi-inovasi baru yang mampu untuk memberikan impak sosial yang lebih bermakna.
- Mendedahkan informasi terkini tentang alam sekitar serta keadaan ekonomi global serta impaknya kepada individu, masyarakat, dan negara.
Alhamdulillah, pada 20 dan 21 Oktober 2020 yang lalu, Career Expert telah dijemput untuk mengendalikan Kursus Environmental Sustainability & Social Impact dalam talian (virtual learning). Kursus ini berlangsung selama 2 hari yang dihadiri oleh seramai 26 orang protege yang terdiri daripada 7 peserta lelaki dan 21 orang peserta wanita menggunakan platform pembelajaran online yang terkini dan mesra pengguna.
Kursus ini dikendalikan oleh Coach Nik Faiz yang telah berpengalaman lebih dari 12 tahun mengendalikan kursus. Peserta dapat mengikuti pembelajaran secara live bersama Coach Nik Faiz, slides, video dan juga berinteraksi untuk bertanyakan soalan dan maklumbalas secara live/langsung.
Sepanjang 2 hari sesi ini berlangsung, sebahagian peserta berada di dalam bilik conference yang disediakan di HQ, dan sebahagian lagi berada di tempat kerja masing-masing yang berada di sekitar Kedah dan Pulau Pinang, manakala Coach Nik Faiz bersiaran dari pejabat Career Expert yang terletak di Shah Alam. Menariknya, walaupun jarak berjauhan semua dapat berkumpul dalam satu masa serentak dan peserta boleh mengikuti sesi live ini melalui laptop, dekstop ataupun smartphone / tablet sahaja.
Bagaimana Sesi Pembelajaran Live Dikendalikan
Hampir semua peserta menyatakan bahawa ia merupakan pengalaman pertama kali menyertai kursus dalam talian (virtual learning) dan merasa amat teruja.
Kaedah perlaksaan kursus secara dalam talian adalah berbeza jika dibandingkan secara bersemuka terutamanya perihat ‘engagement’. Melalui aktiviti menarik dan kreatif yang disediakan oleh Career Expert, ‘engagement’ bersama para peserta telah berjaya dicapai pada tahap yang sangat memuaskan.
Memahami dan mengambil berat akan psikologi dan kesihatan para peserta, corak dan pengendalian kursus yang dijalankan ini juga berbeza. Setiap satu jam sesi yang berlangsung, para peserta diberikan rehat selama 10 minit dan ini menyebabkan peserta selesa dan merasakan kursus ini santai namun padat dengan pengisian.
Para peserta yang hadir juga telah memberikan komitmen yang super baik terhadap aktiviti yang berbentuk perbincangan, tugasan berkumpulan dan tugasan individu.
Keseluruhan sesi selama dua hari ini berlangsung dengan cemerlang dan para peserta telah membuktikan mereka dapat fahami bagi setiap pengisian modul melalui persembahan tugasan berkumpulan (group presentation) yang juga dikendalikan secara dalam talian!
Perkongsian Peserta
Berikut dikongsikan pengalaman peserta-peserta yang telah mengikuti kursus ini.
Berdasarkan maklumbalas yang diterima oleh peserta, dapat dirumuskan bahasa Kursus Environmental Sustainability & Social Impact (Virtual Learning) yang dikendalikan oleh Career Expert ini sangat berjaya. Bukan sahaja ia telah menepati objektif kursus, malah maklum balas dari peserta yang diperolehi dalam aspek kandungan ceramah, teknik penyampaian, kredibiliti penceramah serta sistem pembelajaran yang sangat cemerlang walaupun di dalam talian.
Career Expert merakamkan ucapan tahniah kepada para peserta yang telah mengikuti kursus bersama kami dengan komitmen yang tinggi. Program tak akan lengkap jika tiada gambar, pastinya ia berakhir dengan senyuman dan kepuasan terpancar melalui rakaman terindah gambar berkumpulan. Alhamdulillah!
Mahu jemput Career Expert mengendalikan kursus ini di tempat Tuan / Puan?
Isikan borang di bawah ini.
Kebanyakan orang yang dah bekerja terpaksa dihentikan kerja sejak tempoh pandemik covid 19. Mungkin ini peluang baru untuk mereka?
Bebas recently posted…Filem Kontroversi Namewee bertajuk “Babi”