Skip to main content
Bimbingan KerjayaTerkini

Rasa Bertanggungjawab Bantu Sara Keluarga Mengurangkan Minat Sambung Belajar

By August 13, 2022August 14th, 2022No Comments
sambung belajar

Difahamkan sekitar 72% pelajar lepasan SPM tidak menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi, dan saya yakin bahawa ada sebab yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian, dan ada sebab kenapa ibubapa mereka mengambil tindakan untuk mengikuti apa yang dikehendaki oleh anak-anak mereka.

Setiap ibubapa semestinya inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka dan saya yakin dan percaya tidak akan ada seorang pun ibubapa yang ingin lihat anak-anak mereka gagal dalam pelajaran mahupun dalam kehidupan.

Tidak dinafikan bahawa kos pengajian dinegara kita bahkan seluruh dunia rata-ratanya telah meningkat samada kita sedar ataupun tidak, baik di pusat pengajian awam mahupun swasta.

Dengan peningkatan kos sara hidup yang mendadak ini, banyak keluarga yang telah terjejas pendapatan ekoran pandemik akan mengambil pendekatan yang sangat berhati-hati dalam segenap pelaburan termasuklah pelaburan pendidikan untuk anak-anak.

Perbelanjaan untuk anak-anak di pengajian yang lebih tinggi bukan kaleng-kaleng perbelanjaan yang tuan puan, golongan M40 pun boleh terasa, maka kalau B40 pula macam mana?.

Kalau kita turun sehingga peringkat bawah dalam masyarakat kita, kita akan nampak dengan jelas kenapa ramai anak-anak yang tidak sambung pelajaran mereka dan sebahagian besarnya bukan kerana mereka tidak mahu, akan tetapi mereka sebenarnya tidak mampu.

Ini realiti yang harus diambil perhatian yang sangat serius oleh kerajaan dan jika ianya tidak diurus dengan baik maka saya percaya pada tahun yang mendatang peratusan pelajar lepasan SPM yang tidak sambung belajar akan meningkat lagi.

Tak salah kalau tak mahu sambung dalam bidang akademik sekalipun pun, belajar bidang agama adalah sangat digalakkan, dan tidak kurang besar manfaatnya kepada masyarakat, cumanya jangan tak nak sambung pelajaran terus, itu yang merisaukan ramai orang.

Dalam sesi ceramah yang lepas, saya pernah ditanyakan oleh salah seorang pelajar;

“Tuan,ada tak pusat pengajian yang percuma, atau paling tidak pun yang menawarkan yuran yang sangat minimum?”

Saya terdiam seketika dan bertanya semula kepadanya;

“Kenapa tanya saya macam tu?”

Beliau menjawab;

“Keluarga saya bukan keluarga senang, mak ayah saya bekerja sendiri dan saya tengok banyak kali tak cukup duit untuk keperluan keluarga. Saya kasihan dengan mak ayah saya jika saya sambung pengajian akan bebankan lagi mereka..jadi saya rasa saya nak kerja dulu atau berniaga online dan bantu apa yang patut, boleh juga saya jaga adik saya, dan mak boleh kerja.. ada rezeki dan peluang, baru saya sambung belajar”

Tuan puan, anak-anak yang berumur 17 tahun sudah mampu berfikir dengan matang perihal keluarga, mereka bukan budak-budak lagi yang boleh dianggap tidak tahu apa-apa.

Mereka lebih terdedah dengan dunia luar jika dibandingkan dengan kita dulu-dulu, dan pendedahan yang mereka dapat melalui medsos adalah peluang menjana pendapatan walau hanya ada SPM.

Ini yang buatkan mereka kurang minat untuk sambung belajar. Pendedahan yang bagaimana mereka dapat melalui medsos? contohnya seperti berikut;

“Pelajar sekolah mampu pakai kereta idaman dengan hanya berniaga secara online”

“Kerja sebagai rider tapi gaji macam Manager”

“Jadi Bos sendiri, kerja ikut suka hati”

Di kawasan kediaman saya pun saya lihat berapa ramai anak-anak muda berniaga ditepi jalan, mereka berniaga bukan untuk suka-suka, tapi ada tanggungjawab tersembunyi yang tidak nampak dan hanya akan nampak dan tahu bila kita luangkan masa dan bersembang dengan mereka.

Ya, mereka sebenarnya sedang bantu keluarga mereka.

 

Baca : Kerja Dengan Gaji Minimun RM1,500

Berdasarkan pengalaman sendiri, bukan hanya pelajar SPM sahaja yang macam ni, pelajar yang telah masuk univerisiti pun ada yang berhenti belajar seawal semester 1 kerana telah terlibat dengan perniagaan MLM yang mampu jana pendapatan lebih tinggi dari pensyarah mereka.

Apa yang mereka buat itu adalah betul dan tepat pada keadaan dan keperluan mereka, namun begitu sebagai ibubapa mereka, seharusnya sentiasa sedarkan dan ingatkan mereka tentang kepentingan ilmu dan bagaimana dengan ilmu tersebut akan mampu buatkan mereka capai lebih di masa akan datang.

Pengalaman saya yang telah bertahun-tahun menjadi penceramah jemputan tetap sebuah sekolah di Lembah Klang, anak-anak yang berada pada peringkat sekolah menengah perlukan pendedahan yang lebih meluas berkenaan kerjaya dan bagaimana mereka boleh mengenali, mengasah serta memanfaatkan bakat yang dimiliki kepada masyarakat disekeliling.

Sudah tiba masanya sekolah mengadaptasi pendekatan universiti iaitu mendedahkan para pelajar dengan pengalaman industri di peringkat yang lebih awal supaya mereka dapat idea yang lebih awal tentang kerjaya.

Bukan hanya motivasi belajar semata-mata tetapi juga pendedahan pengalaman industri itu adalah teramat penting sebagai pemangkin minat mereka dalam apa jua bidang sekalipun.

Kaunselor sekolah, yang berkongsi cerita-cerita kejayaan kerjaya dan sebagainya tidak akan mampu membawa pelajar menghayati pengalaman kerjaya. Perkongsian dari hati akan sampai ke hati, perkongsian pengalaman yang sebenar dari individu yang telah melaluinya sendiri akan melekat dalam diri pelajar seterusnya memotivasikan diri mereka.

Dalam setiap jemputan ceramah yang saya hadiri, saya akan peruntukkan setengah jam sehingga satu jam melayani pertanyaan daripada adik-adik pelajar, dan rata-rata soalan yang akan ditanya adalah;

“Kerja ni macam mana ye?..best tak kerja ni?…nak ambil course apa supaya boleh kerja macam ni?…”

Mereka ada minat untuk sambung belajar, namun kena kenal pasti apa yang menghalang mereka dan bagaimana kita sebagai guru, pendidik, penjawat awam, penjawat swasta boleh bantu mereka.

Jika kita tidak mahu masa depan negara diterajui oleh mereka yang kurang berilmu maka tindakan segera harus dilaksanakan.

Nasihat dari saya sebagai seorang abang yang telah melalui banyak episod kegagalan dalam hidup, jangan berputus asa dan jangan pernah berhenti belajar dan mencari ilmu sampai bila-bila pun.

Jika adik-adik berhasrat untuk mencari duit sendiri buat menampung keperluan pengajian atau membantu keluarga buat sementara waktu, silakan..tapi mesti sambung belajar secepat yang mungkin ya.

Recent Posts / View All Posts

Sesi kursus profesional Career Expert bersama peserta organisasi

Memimpin Insan dan Teknologi Dengan Hikmah, Bukan Sekadar Kemahiran

| Terkini | No Comments
Masuk tahun 2026, keperluan terhadap kursus profesional semakin jelas. Dalam konteks pembangunan bakat dan latihan profesional di Malaysia, keperluan kepada kursus yang berstruktur dan berkualiti turut selari dengan kerangka latihan…
Coach Nik Faiz bersama peserta bengkel Career Centre Framework di universiti awam tempatan

Career Centre Framework: Strategi Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan

| Terkini | No Comments
Bila kita sebut tentang kebolehpasaran graduan di Malaysia, ramai terus terbayang latihan kemahiran untuk pelajar. Namun realitinya, Career Centre Framework memainkan peranan penting dalam membantu universiti membangunkan pusat kerjaya yang…
Kursus Emotional Intelligence (EQ) untuk Jururawat

Kursus Emotional Intelligence (EQ) Bersama Jururawat

| Kursus Emotional Intelligence (EQ) | No Comments
Jururawat adalah insan yang paling dekat dengan pesakit setiap hari. Tekanan kerja, syif yang panjang, kerenah pesakit dan keluarga semua ini boleh memberi kesan besar pada emosi. Jika emosi tidak…
Sesi Kursus Visume berkualiti bersama Coach Nik Faiz dalam Program MyCare 2025.

Kursus Video Resume: Gabungan Komunikasi, Personal Branding & Keyakinan Berdepan Dengan Kamera

| Kursus Video Resume | No Comments
Kursus Video Resume Bila Komunikasi Visual Jadi Kunci Kerjaya Dalam dunia kerjaya moden, video resume semakin mendapat tempat. Tapi bagaimana nak hasilkan video yang bukan sekadar menarik, tapi benar-benar meyakinkan…

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.