Skip to main content
Motivasi

Mesti Dapat Offer Kerja Dengan Gaji Minimum RM1,500 ke?

By March 26, 2022No Comments
gaji minimun 2022 malaysia

Coach, kalau syarikat offer gaji lebih rendah dari gaji minimun, macamana? Nak TOLAK terus ke..terima dulu?

Alhamdulillah, syukur dan gembira apabila mendapat perkhabaran gaji minimun dah dinaikkan..untuk graduan ianya pasti satu berita yang mengembirakan kan?

Iyelah mana tidaknya, dengan gaji minimun tersebut, dapatlah menarik nafas lega sikit kan? Lapang sikit fikiran nak rancang keewangan.

Kalau kira betul-betul dengan kos sara hidup sekarang ni mungkin ngam-ngam je nak hidup sebulan dengan gaji rm1500. Jika di pekan-pekan kecil insyaAllah cukup dan ada saving sikit, namun kalau di bandar-bandar besar..nyawa-nyawa ikan juga tu.

EPF & SOCSO

RM1500, itu adalah nilai yang pekerja nampak, tapi sebagai majikan, nilai yang akan keluar akan lebih dari itu. Nilai apa? EPF dan SOCSO. apabila kadar gaji meningkat maka caruman EPF dan SOCSO juga akan meningkat.

So bila nilai yang lebih besar keluar, maka majikan perlukan nilai yang lebih besar untuk masuk supaya boleh cover kos tenaga kerja yang baru.

PERSEDIAAN MAJIKAN

Untuk tambah nilai cash dalam syarikat, majikan boleh buat dua perkara iaitu
1) tambah kerja, tambah kpi, dan naikkan target
2) tingkatkan harga barangan, nilai bisnes.

Jangan terkejut jika selepas ini kita nampak barang-barang semua naik harga.) ini ‘ripple effect’ dalam bisnes, bila dah jadi maka dah tak boleh nak ke belakang semula.

Namun begitu, tidak semua majikan yang mampu nak bayar gaji yang demikian terutamanya apabila majikan itu adalah majikan yang baru berjinak dengan dunia keushawanan. Sudah pasti banyak yang harus dirancang dengan rapi terutamanya hal ehwal ‘cash flow’. Apabila tersilap plan, boleh bungkus bisnes seawal 6 bulan.

Kalau majikan bungkus ikat tippi bisnes..kenalah memburu kerja yang lain pula kan?

BURU KERJA

Buru kerja ni pekerjaan yang bukan senang. Ia adalah kerja yang tiada gaji, tiada elaun, tiada janji dan tiada kepastian bila akan dapat kerja. Dalam situasi ini, kena banyak-banyak bersabar. Dan apabila dah dapat offer kerja pula mesti nak kena bijak buat pemilihan.

Kalau yang biasa masuk kelas saya, pasti akan pernah dengar nasihat saya ni ‘Jangan pilih kerja berdasarkan gaji semata-mata’

Ada kemungkinan syarikat mampu offer gaji rm1500, tapi dari segi kelebihan lainnya tak ada, contohnya seperti elaun perubatan, elaun telefon, dan macam-macam elaun lagi tidak disediakan.

Jadi, berbalik pada persoalan dari students saya di atas, nak TERIMA ke TOLAK?

GAJI MINIMUN vs BENEFITS

Ada syarikat yang tidak mampu offer gaji rm1500 dan hanya mampu offer rm1200 sahaja. Namun mereka banyak memberi kebaikan dan kelebihan lain, contohnya seperti elaun-elaun yang pelbagai. Rezeki yang Allah nak bagi, dapat majikan tak lokek belanja staff makan..asal hari jumaat je mesti ada makan sedap-sedap. Bilik pantri pula penuh dengan macam-macam jenis 3 in 1..setiap tahun raya dapat duit raya.

Saya cerita ni sebab saya sendiri pernah dapat berkhidmat dengan syarikat yang baik macam ni yang walaupun gaji tak besar, tapi elaun yang diberikan adalah pelbagai. Macam-macam jenis bonus dapat, bonus yang saya buat sendiri pun ada..(yang ni rahsia..masuk kelas saya nanti saya cerita ).

Setiap syarikat ada reward strategi tersendiri, ada yang ‘commission based reward’, ada yang 14 bulan gaji, ada yang bagi ‘profit sharing’ dan macam macam lagi..ini antara usaha syarikat untuk memberi motivasi, menghargai, kakitangan mereka.

So, bila pilih kerja hanya tengok berapa gaji yang ditawarkan sahaja, ianya bukan langkah yang bijak, mesti nak kena nilaikan dari semua aspek (ketahui apa pakej yang anda bakal dapat).

Syarikat boleh je nak ikut gaji minimum RM1,500 tu, tapi jangan terkejut jika beberapa ‘benefit’ lain ditarik balik. 🙁

LOOK ON THE BRIGHT SIDE

“Eh bro..apa la kau punya majikan, RM1,500 pun tak boleh nak bayar ke, gaji kau banyak tu je boleh hidup ke ”

Jadi buat anda semua di luar sana, jangan cepat sentap dan bersedih kalau di rezekikan bekerja dengan syarikat yang belum mampu nak bayar gaji RM1,500. Look on the bright side, ada elaun yang macam-macam, kalau demam selsema semua company cover, nak buat spek baru pun company cover, pergi dental pun cover, elaun kenderaan pun dapat, duit raya anak-anak setiap tahun dapat. Dah kira ok sangatlah tu. Dalam bekerja tu jangan pula berhenti mencari pekerjaan dengan gaji yang diidamkan okey!

TERUSKAN PEMBURUAN KERJA

Cari tetap cari! – kerja dengan gaji yang lebih selesa tetap perlu dicari, namun jangan sampai melepaskan langkah pertama mencari pengalaman dan mengenal kekuatan dan kelebihan diri. Langkah Pertama selalunya sukar, namun percayalah, insyaAllah langkah yang seterusnya akan lebih mudah dan lancar.

ps: Jarang-jarang ada orang yang kerja pertama tu terus jadi kaya raya, boleh pakai kereta-H, boleh duduk rumah semi-D lengkap furnished, tapi mungkin ada dalam drama pukul 7 sahaja ye kot 🙂

Apa pula pandangan anda? Jom komen di bawah. Kita terima semua pandangan.

Jumpa lagi.

Coach Nik Faiz
Cyberjaya

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.