Skip to main content
Bimbingan Kerjaya

Coach Nik Faiz Panel Selangkah Ke Alam Kerjaya FPSM UMT

By November 13, 2022November 19th, 2022No Comments

Seronok dapat jumpa anak2 muda yang bercita-cita tinggi! 🙂

Tahniah kepada Fakulti Perikanan dan Sains Makanan – FPSM UMT atas penganjuran program Selangkah Ke Alam Kerjaya. Program yang sangat baik dan memberikan pendedahan awal pada anak-anak muda bakal graduan tentang persediaan sebelum mula kerja. .

Saya di jemput dalam slot motivasi kerjaya dengan topik, “Hala Tuju Selepas Graduasi, Terus Bekerja Atau Berehat Seketika”

coach nik faiz iskandar career expert

Soalan saya kepada pelajar-pelajar, nak terus kerja atau ‘relax’ dulu? Soalan yang sama juga diajukan pada anda.

Bagi mereka yang tidak pernah tinggalkan comment, atau dah lama tak tinggalkan comment, digalakkan turut serta supaya sama-sama dapat manfaat!

Nanti saya berikan jawapan dan juga beberapa tips samada nak terus kerja., sambung study, mulakan perniagaan ataupun.. ‘lepak’ dululah 😅

PEMENANG KUIZ KERJAYA BERSAMA COACH NIK FAIZ

Tahniah diucapkan kepada pemenang tempat pertama Nurul Nasuha, tempat kedua YB Kering dan tempat ketiga, Am, pemenang kuiz untuk Slot Kuiz Kerjaya bersama Coach Nik Faiz. Lepas ini boleh lah buat resume yang majikan cari dengan tips yang ada dalam buku Mudah Dapat Kerja,.

Buku Mudah Dapat Kerja

buku mudah dapat kerja by nik faizSedikit pengenalan, buku Mudah Dapat Kerja adalah tulisan dari pengalaman dan strategi ditulis oleh saya sendiri selama lebih 12 tahun dalam industri kerjaya bermula dari sebagai internship sehinggalah ke jawatan yang tinggi dalam syarikat.

Antara yang dikongsikan dalam buku ini adalah:

  • Kaedah wow!’ membina resume yang akan memikat hati mana-mana bakal majikan yang membacanya.
  • Tips dan cara penulisan resume/cv berkualiti yang akan membuatkan anda tampil berbeza dan istimewa berbanding calon yang lain.
  • Tips dan kaedah untuk menghadiri temuduga serta soalan-soalan yang popular yang perlu anda kuasai supaya sesi temuduga anda berjalan dengan baik dan berkualiti.
  • Cara yang diterangkan adalah ‘step by step dan akan membantu anda untuk melalui setiap proses penulisan resume/cv dan temuduga dengan lebih teratur dan bersistem.
  • …dan pastinya banyak lagi menarik dengan buku yang colourful dan gaya bahasa yang santai dan mudah di fahami.

Anda boleh dapatkan buku Mudah Dapat Kerja terus di sini

KENANGAN TERINDAH

Sebahagian dari moment-moment indah bersama pelajar-pelajar graduan FPSM – UMT yang sangat sporting dan happening saya abadikan di sini.

Selamat maju jaya buat anda, semoga segala perkongsian, tip, pengalaman dari saya dan semua panel-panel jemputan dapat menjadi inspirasi dan motivasi buat anda sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam kerjaya yang sebenarnya.

Pesanan akhir dari saya, samada anda memilih untuk ‘Terus bekerja ataupun rehat seketika’ buatlah pilihan yang memberi manfaat kepada lebih ramai orang. 

Salam ikhlas,
Coach Nik Faiz

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.