Skip to main content
Kursus Video Resume

Dulu Sekadar Trend, Kini Video Resume Jadi Bukti Keyakinan Diri

By June 9, 2017October 21st, 2025No Comments
Kursus Video Resume Malaysia

Kursus Video Resume

Hari ini saya nak kongsikan tentang  Kursus Video Resume yang saya dah kendalikan sejak tahun 2017. Dari tahun ke tahun, saya lihat sendiri bagaimana rakaman video tiga minit mampu ubah cara calon memperkenalkan diri, daripada gugup di depan kamera kepada keyakinan yang terserlah.

Video Resume: Cara Baru Majikan Kenali Siapa Anda Sebenarnya

Video resume ialah satu rakaman pendek (biasanya 3–5 minit) yang memperkenalkan diri, latar belakang, dan matlamat kerjaya anda kepada bakal majikan.
Ia membantu anda mempersembahkan keyakinan, personaliti dan komunikasi, sesuatu yang tak boleh ditunjukkan melalui resume bertulis semata-mata.

“Video resume is a way for job seekers to showcase their abilities beyond the capabilities of a traditional paper resume. The video resume allows prospective employers to see and hear applicants, and get a feel for how applicants present themselves.” – Wikipedia

Kalau dulu majikan hanya bergantung pada kertas dan temuduga, kini ramai HR di Malaysia termasuk syarikat antarabangsa menggunakan video resume sebagai saringan awal untuk pemilihan calon kerja.

Kursus Video Resume : Kelebihan Pada Majikan

Ramai calon tak sedar, video resume bukan hanya untuk memperkenalkan diri, ia sebenarnya membantu majikan membuat keputusan dengan lebih cepat dan tepat. Dalam dunia HR hari ini, masa dan ketepatan adalah segalanya.

Dalam Kursus Video Resume bersama peserta, saya kongsikan bersama-sama peserta, terdapat 5 sebab utama  majikan kini semakin menggemari calon yang menghantar video resume, iaitu:

1. Dapat Menjimatkan Masa & Kos

Bayangkan satu jawatan menerima 300 permohonan. Kalau semua dalam bentuk kertas, HR perlukan masa berjam-jam untuk tapis satu per satu.
Dengan video resume, mereka hanya perlu tonton 30–60 saat pertama untuk tahu sama ada calon tu sesuai atau tidak.Ini dapat menjimatkan masa, kos saringan, dan tenaga kerja.

2. Lebih Mudah Menilai Personaliti Calon

Resume bertulis cuma tunjuk kelayakan. Tapi melalui video resume, majikan boleh “rasa” cara calon berkomunikasi bermula dari nada suara, bahasa badan, hingga keyakinan diri.

Kadang, dua calon mungkin ada kelayakan sama, tapi personaliti dalam video yang buat seorang tu menonjol.

3. Cari X-Factor Dengan Cepat

Majikan sentiasa cari calon yang ada sesuatu yang berbeza, bukan sekadar pandai bercakap, tapi ada aura yakin dan keaslian.

Video resume membolehkan HR kesan perkara ni seawal rakaman pertama.

Ada calon yang mungkin tak begitu menyerlah di atas kertas, tapi bila bercakap depan kamera, terus “klik”.

4. Mudah Dikongsi Dalam Pasukan HR

Dalam proses pengambilan kerja, keputusan jarang dibuat oleh seorang saja. Dengan video resume, HR boleh forward rakaman kepada pengurus atau tim lain dengan mudah untuk semakan bersama. Ini mempercepat proses dan elak salah faham dalam menilai calon.

5. Lebih Interaktif & Menarik

Resume bertulis boleh nampak formal dan kaku, tapi video resume hidup dengan ekspresi dan gaya tersendiri.
Ia menjadikan proses saringan lebih menarik untuk HR bukan sekadar membaca senarai pengalaman, tapi melihat siapa calon sebenar di sebaliknya.

Kisah Dari Kursus Video Resume

Sejak saya mula kendalikan kursus video resume, saya dah berjumpa dengan ratusan peserta dari pelajar universiti, graduan baharu, sehinggalah peserta program korporat.

Setiap kali sesi berlangsung, satu perkara yang saya perhatikan tak pernah berubah: ramai sebenarnya hebat, tapi mereka belum tahu cara menunjukkan kehebatan itu.

Saya masih ingat sesi pertama saya tahun 2017.

Ketika itu, konsep video resume masih baru di Malaysia.

Ramai peserta masih ragu dan segan nak bercakap depan kamera.

Ada yang asyik ulang rakaman sebab tak puas hati dengan suara sendiri, ada juga yang tergelak-gelak sebab rasa janggal bila tengok wajah sendiri di skrin.

Tapi bila sesi habis, mereka semua bawa balik sesuatu yang lebih besar daripada sekadar video tiga minit, mereka jumpa semula keyakinan diri.

Saya sering mulakan sesi dengan aktiviti refleksi ringkas:

“Kalau anda dapat bercakap terus dengan majikan impian anda selama dua minit, apa yang anda akan katakan?”

Soalan ni nampak mudah, tapi ramai mula sedar mereka belum benar-benar kenal diri sendiri.
Video resume akhirnya jadi alat untuk mereka belajar bercakap dengan kejelasan, bukan sekadar ikut skrip.

Dalam Kursus Video Resume, saya ajar peserta cara rakam dengan bajet rendah, hanya mengunakan telefon pun cukup asalkan mesejnya kuat dan jujur.
Lampu meja boleh jadi ring light, dinding kosong pun boleh nampak profesional kalau framing betul. Yang penting, mereka tahu apa nak disampaikan dan bagaimana mahu membuat orang mendengar.

Saya kongsikan cara bagaimana anda boleh lakukan video resume yang berkualiti dan dalam masa yang sama menjimatkan dapat kos tanpa anda perlu upah videographer yang mahal. Apa yang penting adalah isi dan konten yang anda mahu sampaikan pada pihak syarikat untuk membuat keputusan untuk memilih anda ke temuduga – Nik Faiz.

Kursus Video Resume bersama Coach Nik Faiz

Perjalanan Terus Berkembang : Kursus Video Resume dari 2017 hingga Kini

Dari sesi pertama di universiti pada 2017, sehinggalah program terbaru tahun 2025, saya masih kagum melihat perubahan yang berlaku pada setiap generasi peserta.
Zaman dah berubah, sekarang ada AI, LinkedIn, dan platform digital baharu tapi matlamatnya tetap sama adalah untuk membantu pencari kerja menjadi versi terbaik diri mereka, bukan versi yang cuba meniru orang lain.

Video: : Lihat koleksi terpilih video resume pelajar-pelajar yang telah mengikuti Kursus Video Resume di sini

Jadikan Video Resume Sebagai Senjata Kerjaya Anda

Video resume bukan tentang siapa paling cantik bercakap depan kamera. Ia tentang keyakinan, keaslian dan kejelasan diri.
Bila anda tahu siapa diri anda dan apa nilai anda kepada organisasi, rakaman 3 minit pun boleh jadi peluang besar.

Kalau anda nak belajar teknik buat video resume yang natural dan berimpak tinggi, saya ada kongsikan dalam Kursus Video Resume bersama Career Expert.
Klik butang di bawah untuk dapatkan info program terkini 👇

👉 Isi Borang RFQ Career Expert di sini

đź•’ Diterbitkan asal: Jun 2017 | Dikemas kini: Oktober 2025

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.