
🎓 Kursus Video Resume Malaysia Bersama Career Expert
Dalam dunia kerjaya hari ini, keyakinan bukan lagi diuji hanya dalam bilik temuduga tetapi juga di hadapan kamera. Itulah fokus utama Career Expert Sdn. Bhd. apabila dijemput mengendalikan Kursus Video Resume & Bengkel Persiapan Temu Duga dalam program TNB Nurturing Future Leaders baru-baru ini.
Program anjuran Tenaga Nasional Berhad ini menghimpunkan 150 pelajar cemerlang Tingkatan 5 dari seluruh negara, mewakili Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), generasi muda yang bakal memimpin masa depan negara.
🎥 Menguasai Seni Video Resume
Kursus Video Resume ini dijalankan secara atas talian (Zoom) dengan penyertaan serentak dari seluruh sekolah. Walaupun pelaksanaannya secara maya, suasana latihan kekal interaktif dan bersemangat.
Peserta diperkenalkan kepada elemen penting dalam Video Resume Malaysia:
- Struktur komunikasi dan kandungan yang tersusun
- Ayat pembuka yang menarik perhatian
- Bahasa badan dan ekspresi wajah
- Nada suara dan intonasi yang meyakinkan
- Gaya penyampaian yang menonjolkan personal branding
Menurut Coach Nik Faiz, Professional Career Coach & EQ Trainer, ramai pelajar boleh bercakap dengan lancar, tetapi belum tentu mampu berkomunikasi secara natural di hadapan kamera.
“Video Resume bukan sekadar rakaman suara dan wajah. Ia tentang bagaimana seseorang memahami dirinya, mengurus emosi dan menyampaikan mesej dengan autentik,” jelas beliau.
đź§ Kursus Video Resume : Gabungan Komunikasi & Personal Branding
Dalam kursus video resume ini, peserta bukan sahaja belajar menulis skrip atau merakam video, tetapi mereka dibimbing untuk memahami falsafah di sebalik setiap rakaman. Ramai yang fikir video resume sekadar tugasan visual, padahal ia sebenarnya latihan untuk melatih kesedaran diri dan kejujuran komunikasi.
Setiap sesi disusun secara progresif supaya peserta dapat membina tiga tunjang utama kemahiran:
1. Komunikasi yang jelas
Peserta dilatih untuk mengenali kekuatan diri, memilih mesej yang tepat dan menyusunnya dalam bentuk penceritaan yang mudah difahami. Matlamatnya bukan untuk bercakap panjang, tetapi untuk menyampaikan nilai diri secara ringkas dan meyakinkan.
2. Personal Branding yang profesional
Bukan semua keyakinan perlu ditunjuk dengan suara kuat atau gaya dominan. Dalam bengkel ini, peserta belajar bagaimana tampil yakin tanpa berlebihan melalui intonasi, ekspresi wajah dan keaslian bahasa tubuh.
3. Keyakinan kamera yang natural
Berhadapan dengan kamera bukan perkara mudah. Peserta dibimbing oleh Coach Nik Faiz untuk mengawal bahasa badan, pandangan mata dan ton suara agar selaras dengan mesej yang ingin disampaikan. Lama-kelamaan, mereka mula sedar bahawa kamera bukan sesuatu yang ditakuti, ia hanyalah cermin yang memantulkan tahap persediaan diri mereka sendiri.
“Apabila pelajar belajar bercakap tentang kekuatan diri dengan jujur dan yakin, di situlah kemahiran sebenar bermula,” tambah Coach Nik Faiz lagi.
🏆 Pertandingan Video Resume (Visume) & Majlis Penutup
Sebagai kemuncak latihan, setiap peserta menghasilkan video resume individu sebagai tugasan praktikal.
Hasilnya, lebih seratus visume dihantar dari seluruh sekolah terlibat dan setiap satu menggambarkan gaya, semangat dan personaliti berbeza.
Sepanjang proses ini, Coach Nik Faiz telah membimbing peserta menggunakan strategi sebenar yang diterapkan dalam dunia profesional, bagaimana menarik perhatian dalam 10 saat pertama, menyusun mesej yang padat dan bermakna, serta menggunakan visual dan bahasa badan yang selari dengan personal branding masing-masing.
Dengan pengalaman luas mengendalikan latihan komunikasi dan kursus video resume Malaysia, Coach Nik Faiz turut menjadi antara tenaga utama dalam penilaian visume terbaik.
Penilaian tidak hanya melihat gaya penyampaian, tetapi juga keaslian, struktur mesej dan kesedaran diri peserta terhadap nilai yang mereka bawa.
Daripada ratusan penyertaan, enam pelajar terbaik diumumkan semasa Majlis Penutup di Ancasa Residences, Port Dickson, Negeri Sembilan iaitu masing-masing tiga peserta mewakili SBP dan tiga peserta mewakili MRSM.
🏅 PEMENANG (Kategori MRSM)
- Johanna Ayuni Johari dari MRSM Kuala Terengganu, Terengganu
- Lincoln Haveat Jimbai Anak Freddie Ringgit dari MRSM Kuching, Sarawak
- Khayra Wafiyah binti Mohamad Yusof dari MRSM Tumpat, Kelantan
🏅 PEMENANG (Kategori SBP)
- Ezzati Hanis binti Khairuzzaman – Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
- Irfan Darwisy bin Mat Suhaimi – Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
- Ain Zubaidah Ahmad Rostam – Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
Kompilasi visume terbaik akan dimuat naik semula di laman rasmi Career Expert apabila versi muzik copyright siap diolah.
Pertandingan ini bukan sekadar mencari pemenang, tetapi mengiktiraf usaha dan keberanian pelajar cemerlang untuk menampilkan potensi diri dengan yakin, jujur dan berimpak. Ia juga menjadi bukti bagaimana pendekatan Career Expert mampu mengubah latihan komunikasi menjadi satu pengalaman yang membentuk kepimpinan dan keyakinan sebenar.
đź’¬ Maklumbalas dan Pengalaman Peserta Kursus Video Resume
Antara maklum balas yang diterima daripada peserta bengkel:
“Saya tak sangka Video Resume boleh ubah cara saya memperkenalkan diri. Lepas bengkel ni, saya rasa lebih jelas siapa saya sebenarnya.”
– Peserta MRSM Kuala Terengganu
“Walaupun online, sesi Coach Nik Faiz sangat berkesan. Cara penerangan dan latihan memang membuka keyakinan.”
– Peserta SBP Integrasi Gombak
Maklum balas positif ini menunjukkan bagaimana pendekatan Career Expert memberi kesan bukan hanya pada kemahiran teknikal, tetapi juga pada pembangunan emosi dan keyakinan diri.
🌱 Mengenai Career Expert
“Video Resume ialah latihan kepimpinan dalam bentuk paling ringkas bagaimana seseorang mempersembahkan diri dengan kejujuran, disiplin dan kesedaran. Bila pelajar mampu buat itu dengan baik, dia sebenarnya sedang bersedia untuk dunia sebenar dalam kerjaya dan kehidupan.”
-Coach Nik Faiz
Bagi Career Expert, inisiatif seperti ini mencerminkan komitmen organisasi besar seperti TNB dalam memupuk kemahiran insaniah yang relevan. Ia juga membuktikan bahawa latihan video resume kini menjadi elemen penting dalam pembangunan pelajar berprestasi tinggi.
Career Expert  berpengalaman melatih pelajar, graduan dan organisasi dalam bidang komunikasi profesional, personal branding dan video resume Malaysia. Dengan kepakaran Coach Nik Faiz, syarikat ini turut menjadi rujukan kepada agensi, universiti dan GLC untuk kursus video resume, bengkel persiapan temuduga serta penjurian pertandingan video resume.
Untuk kolaborasi atau penilaian video resume, klik link di bawah untuk jemputan dan pertanyaan.



