Hari ini saya mahu kongsikan tentang Video Resume yang kini menjadi satu keperluan untuk disediakan oleh calon pencari kerja.

Ia merupakan video ringkas yang menerangkan tentang latar belakang diri dan matlamat masa depan. Kebiasaannya tempoh durasinya adalah dalam masa tiga hingga lima minit sahaja.

Video resume is a way for job seekers to showcase their abilities beyond the capabilities of a traditional paper resume. The video resume allows prospective employers to see and hear applicants, and get a feel for how applicants present themselves – Wikipedia

Trend menyediakan video resume ini semakin menular dikalangan syarikat yang international dan syarikat-syarikat di Malaysia sekarang ini. Kenapa? Ini kerana kaedah  ini dapat:

    1. Jimatkan masa
    2. Jimatkan kos
    3. Memudahkan hiring company membuat pemilihan
    4. Mencari ‘X-Factor’ dalam diri calon (melalui gaya bahasa badan dalam video yang dihantar)
    5. Mudah untuk dikongsikan kepada rangkaian majikan yang memerlukan calon dengan ciri yang sama

video resume

Yang di atas adalah manfaat yang diperolehi oleh untuk hiring company, atau syarikat yang mencari calon bekerja. Bagaimana pula untuk calon yang memohon?

Baca: Hiring Trend 2017/2018

 

MANAFAAT VIDEO RESUME PADA PENCARI KERJA

Baiklah, dengan menyediakan video resume calon pencari kerjaya bukan saja dapat ‘markah lebih’ berbanding calon lain, lebih menarik lagi anda akan dapat:

  1. Berpeluang untuk ‘menjual diri’ dengan lebih efektif
  2. Menonjolkan kelebihan diri dengan lebih mudah. (Soft skills)
  3. Bersifat international, membolehkan calon dikenali dan di’lamar’ oleh syarikat antarabangsa
  4. Lebih mendapat emotional engagement dengan bakal majikan
  5. Mudah untuk majikan kongsikan dengan partner ataupun pihak pengurusan mereka.

Poster iklan dibawah merupakan satu contoh yang saya maksudkan tentang keperluan untuk anda ada ilmu dan belajar bagaimana menyediakan video resume yang efektif. Selain memenuhi syarat penyertaan, anda perlu menghantar video resume untuk penilaian mereka.

video resume

 

Dalam kelas yang saya kendalikan bersama pelajar-pelajar saya iaitu Workshop Rahsia Mudah Dapat Kerja, ada 7 topik kesemuanya berkaitan hala tuju kerjaya, seni penulisan resume, persediaan temuduga, rundingan gaji, penyediaan profile linkdln, strategi memburu kerja dan salah satu yang amat penting iaitu topik Video Resume.

Saya kongsikan cara bagaimana anda boleh lakukan video resume yang berkualiti dan dalam masa yang sama menjimatkan dapat kos tanpa anda perlu upah videographer yang mahal. Apa yang penting adalah isi dan konten yang anda mahu sampaikan pada pihak syarikat untuk membuat keputusan untuk memilih anda ke temuduga – Nik Faiz.

Ini sebahagian dari kumpulan pelajar-pelajar saya yang telah menghantar video yang merupakan salah satu dari aktiviti mereka semasa kelas yang saya kendalikan.

Mereka di ajar untuk menyediakan video  yang berkualiti dan cuma mengambil masa maksima 3 minit sahaja. Untuk menyediakan video resume, anda perlu buat persediaan sebelum, semasa dan selepas. Ia bukan setakat on video dan cakap. Anda perlu buat persediaan dan apa yang apa cakap adalah perkara yang syarikat mahu dengar video resume anda 😉

Snap video anda dalam keadaan suasana yang terang dan kurang bunyi. Ini kerana, bunyi persekitaran yang kuat akan menganggu kualiti video anda.

 

 

Ada persoalan tentang kerjaya dan permohonan kerja? Tuliskan soalan anda di dalam komen dibawah, saya akan reply secepatnya, insyaAllah 🙂

Career Coach anda,
Nik Faiz | The Career Expert

mudah 
dapat kerja


Sekiranya anda ingin pelajari cara bagaimana anda juga untuk mudah dapat kerja selepas graduate atau pun mahu tukar kerjaya, apa kata luangkan sedikit masa di sesi MINI WORKSHOP RESUME WRITING - Rahsia Mudah Dapat Kerja bersama saya.

Workshop ini dikendalikan di office Career Expert yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor – pada 16 Mac 2019 bermula jam 10 pagi hingga 5 ptg.

KLIK sini ya untuk daftar dan lihat maklumat lanjut
. 🙂

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

MEET YOUR CAREER COACH


nik-faiz-profile
NIK FAIZ | THE CAREER EXPERT

 Malaysia's First Certified Professional Career Coach (CPCC, PARW/CC) & EQ Motivator. Known as ‘The Career Expert’, he is undertaking a wide range of seminars and workshops to help civil servants, private and university students for career planning, job seeking, motivation, and Emotional Intelligence (EQ).

[gdlr_button href="https://www.nikfaiz.com/about-nik-faiz/" target="_self" size="medium" background="#000000" color="#ffffff"]More About Nik Faiz[/gdlr_button]

Get in touch

Career Expert Sdn.Bhd
Manhattan, NY

E: hello@themenectar.com
error: Wohoo! © Career Expert Sdn.Bhd - All Rights Reserved