Skip to main content
Bimbingan Kerjaya

22 ‘Checklist’ Hadir Ke Career Fair

By March 6, 2017March 25th, 2017No Comments
nik-faiz-career-coach-malaysia

40 tahun dahulu, setiap graduan universiti mudah dapat kerja.

Walaupun result cuma 2nd Class upper pun tidak akan henti-henti dapat panggilan temuduga.

Ketika ini tak ada resume pun no hal.

Zaman sekarang, 1st class honest pun belum tentu dapat kerja.

4 flat setiap semester pun belum tentu orang panggil interview.

Tapi inilah reality dunia sekarang, dahulunya majikan tiada pilihan, tetapi sekarang mereka ada banyak sangat pilihan.

Bagi memudahkan job seeker mencari peluang pekerjaan, maka banyak inisiatif telah dlakukan contohnya melalui medium jalur lebar seperti Jobstreet, JobsDB, JenJobs, LinkedIn dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu, misi pencarian kerja pada masa kini dimudahkan lagi dengan adanya ‘career fair’ atau ‘job fair’.

Kebanyakkan orang apabila ke hadir ke Career Fair / Job Fair akan lakukan perkara ini secara umumnya:

1. Print resume

2. Mula melawat booth syarikat yang menawarkan peluang kerja

3. Meletakkan resume di booth tersebut

Ulang-ulang perkara yang sama, kemudian anda penat, letih dan ambil keputusan untuk keluar cari makan dan balik!

nik-faiz-career-coach

Untuk anda yang merancang untuk hadir ke Career Fair, lakukan ini.

PERSEDIAN SEBELUM HADIR KE CAREER FAIR / JOB FAIR

1. Buat research – kenal pasti syarikat mana yang akan sertai career/ job fair tersebut

2. Letakkan target syarikat yang menjadi pilihan anda

3. ‘Study’ latar belakang tentang syarikat yang telah dipilih. Ini akan membantu anda semasa menulis resume dan temuduga.

4. Buat resume khas untuk jawatan dan latar belakang syarikat yang telah dipilih.

Tidak ada istilah one resume fit for all.

5. Minta rakan atau mereka yang berpengalaman untuk semak resume yg dibuat.

6. Betulkan kesalahan dari segi tulisan, ejaan, grammar dan lain-lain berkaitan.

7. Cetak resume anda dan cover letter. Letakkan khas di dalam sampul surat dengan nama syarikat yang dipilih.

8. Pilih pakaian yang kelihatan professional supaya imej anda tonjolkan adalah bersesuaian dengan syarikat yang dipilih.

9. Rancang perjalanan dan kenal pasti lokasi.

nik-faiz-career-coach-malaysia

SEMASA DI CAREER FAIR / JOB FAIR

1. Pastikan anda hadir awal.

2. Melawat booth yang telah dipilih. Cari ruang untuk berbual-bual dan ‘rapport’ dengan staff-staff syarikat yang berada di booth.

3. Jika booth menyediakan flyers, pastikan anda ambil, baca, dan hadam. Ini akan membantu anda semasa temuduga sekejap lagi.

4. Jawab soalan temuduga dengan tenang dan bijak mengawal suasana.

5. Selesai temuduga, berterima kasih kepada pihak penemuduga. Minta business card interviewer tersebut.

6. Berehat seketika, dan bersedia untuk ke booth syarikat lain yang seterusnya.

nik-faiz-career-expert-malaysia

SELEPAS HADIR KE CAREER FAIR / JOB FAIR

1. Hantar mesej ‘Thank You’ secara formal kepada pihak syarikat. Kebiasannya menggunakan emel, sms atau surat.

2. Pastikan anda ‘Follow up’ dalam tempoh seminggu. Sesetengah syarikat akan ambil masa lebih kurang seminggu untuk meneliti semula permohonan.

3) Jika anda tidak terpilih, berlapang dada dan tanya kepada mereka kenapa anda tidak layak untuk jawatan tersebut. Ini untuk memastikan anda tidak mengulangi kesalahan yang sama ketika mohon kerja.

[gdlr_styled_box content_color=”#ffffff” background_color=”#f3f3f3″ corner_color=”#3d6817″ ]

Mahu Contoh Soalan dan Jawapan Temuduga?

Ketahui Jenis Soalan Temuduga yang Biasa Ditanya dan Cara Menjawab Yang Betul, Sehingga Anda Lulus dan Ditawarkan Kerja. Klik Untuk Muat Turun – PERCUMA!

[/gdlr_styled_box]

 

Sekali tidak dapat tidak bermakna selama-lamanya.

HADIR KE CAREER FAIR DENGAN STRATEGI

Setiap perkara yang kita lakukan mestilah berstrategi, termasuk untuk memohon kerja.

Jika anda masih ragu-ragu atau kurang pasti tentang strategi untuk memohon kerja dengan betul, maka cari guru.

Saya setuju jodoh dan rezeki itu ditangan tuhan tapi kalau tidak usaha tidak akan dapat.

[gdlr_title align=”center” style=”divider” title=”Tengah Cari Panduan & Tip Temuduga?” ]Baca Post Berkaitan [/gdlr_title] [gdlr_blog category=”tip-temuduga” num_fetch=”8″ num_excerpt=”20″ blog_style=”blog-1-3″ thumbnail_size=”post-thumbnail-size” orderby=”date” order=”asc” pagination=”enable” ]

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.