Skip to main content
Motivasi

3 Perkara Mengubah Persepsi Anda Tentang Hidup

By February 7, 2016January 16th, 2018No Comments

Alhamdulillah, selesai 3 hari yang padat menimba ilmu dalam program Professional Learning Facilitator(PLF) bersama sifu Mohd Rizal Hassan, merupakan Founder International NLP Master Learning Facilitator, NLP Master Coach dan Master Hypnotherapist.

Masa bersama beliau amat sarat dengan pelbagai ilmu,tip dan petua yang dihadami. Namun, saya mahu kongsikan dengan anda 3 perkara yang saya pelajari, dan dengan izin Allah akan mampu mengubah persepsi anda dan saya tentang hidup, justeru membantu anda menjadi lebih baik dari hari ini .

No #1 Usah Membangau Lagi

usah-membangau-lagi-nik-faiz

Manusia sinonim dengan sikap pelupa, dan paling ramai adalah mereka lupa akan diri sendiri (lupa diri!), nauzubillah!  Bila kita lupa diri, maka kita tidak akan nampak kelebihan dan kekurangan pada diri sendiri.

Apabila terasa diri sangat ‘hebat’, maka akan berputiklah sifat ‘BANGAU’ iaitu menyalahkan orang lain atas kekurangan, kelemahan dan juga masalah yang sebenarnya mungkin berpunca dari kekurangan diri sendiri.

No #2 Membuat Perancangan

rancang-kehidupan-nik-faiz

Apabila kita tidak merancang untuk berjaya maka pada hakikat sebenarnya kita sedang merancang untuk gagal. Setiap perkara yang ingin kita laksanakan harus ada perancangan, kerana apa yang kita buat mesti kita nak ia MENJADI dan BERJAYA, kan?

Nak buat bisnes sebagai contohnya, mesti dirancang dengan rapi. Kita perlu tahu siapakah pelanggan kita, apa keperluan mereka, apakah produk atau perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada mereka,  strategi pemasaran yang nak digunakan dan lain lain.

Sebenarnya, orang yang cakap ‘ala gamble ajelah’ pun ada menyimpan harapan untuk berjaya kerana mereka semestinya tak nak gagal.

No #3 Have Faith

rancang-kehidupan-nik-faizIni ayat terakhir beliau pada saya yang saya akan pegang sampai bila bila. Namun, sebenarnya ia adalah pelengkap kepada petua petua yang lain. Have Faith kepada siapa? – Allah swt!

Apabila kita ada ‘faith’-(keimanan, kepercayaan, keyakinan) kepada Allah maka Allah akan bantu kita. Lagikan hal yang sekecil zarah pun Allah tahu, inikan pula doa, setiap perbuatan dan usaha yang dilakukan.

Apabila kita…

I. Takut untuk menegakkan sesuatu kebenaran,

  • ‘Have faith’ dan yakin kerana Allah sangat suka kepada kebenaran.

II. Sedih dan Susah Hati Tiada Sumber Kewangan Tetap

  • ‘Have faith’ kerana semua rezeki yang kita nikmati setiap hari adalah datangnya dari Allah, bukan bos, bukan majikan, bukan sesiapa. Mereka hanyalah perantara untuk Allah sampaikan rezeki kepada kita.

 

Have faith akan perkara yang kita lakukan, bakal lakukan atau yang telah berlaku atas diri kita.

Berhenti menyalahkan orang lain tentang kesalahan mahupun kekurangan diri, kerana disetiap kekurangan yang Allah berikan sudah tentu tersembunyi nye beribu kelebihan.

Jika tak jumpa kelebihan itu, doa pada Allah, munajat pada Allah, mohon Dia tunjukkan dimana kelebihan anda itu.

Rancang segalanya nya kerana jika dizahirkan perancangan kepada isteri/ suami/ ibu/ ayah/ sahabat yang baik dengan kita in sya Allah mereka akan turut mendoakan perancangan kita berjaya.

Banyak lagi ilmu yang saya nak kongsikan dengan anda, dan semestinya perkongsian yang LIVE! akan lebih menyeronokkan dan mengujakan!

 

 

 

Dan yang terakhir dan teristimewa, Guru yang menyempurnakan impian saya sekian lama bagi bergelar Professional Learning Fasilitor Bertauliah.  Beliau seorang yang pemurah mencurahkan ilmu dan seorang yang tabah. Tuan Mohd Rizal Hassan, semoga hidupmu sentiasa dilimpahi rahmat kasih sayangNya, amin.

 

InsysaAllah, tahun ini The Career Expert akan lebih giat dan aktif lagi. Fikir positif, dan berhenti mencari kesalahan orang lain. Semoga kejayaan menjadi milik kita semua.

 

Nak Jemput The Career Expert ke tempat anda

Modul dan masa boleh diselaraskan mengikut bajet anda.

Call 019-210 4948 ataupun klik di sini 

 

 

 

 

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: This is Copyrighted Material. Copyright 2023@Career Expert Sdn.Bhd.