Skip to main content
Isu Semasa

3 Perkara Wajib Ada Dalam Diri Usahawan

By July 16, 2015January 17th, 2016No Comments

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t, program Motivasi Usahawan yang saya kendalikan bersama rakan-rakan fasilitator selama 2 hari 1 malam telah selesai.

Program kali ini di laksanakan di Lembah Azwen Resort yang terletak di Hulu Langat, Selangor bersama 50 orang kumpulan peserta dari serata Malaysia, dan Brunei.

Menariknya program kali ini ada sedikit kelainan kerana ‘audience’ ataupun peserta kali ini adalah terdiri daripada mereka yang berumur 30an sehingga 70an.

Oleh itu, aktiviti yang saya kendalikan adalah harus lebih santai dalam masa yang sama peserta tidak boring dan merasakan bahawa program yang mereka ikuti adalah bermanfaat.

Objektif Program

1) Menyerlahkan potensi sebenar para usahawan

2) Membantu mereka untuk lebih kreatif dan berdaya saing dalam melaksanakan aktiviti yang ‘profit-oriented’.

3) Memotivasi para peserta supaya lebih bersemangat dan berstrategi dalam menghadapi cabaran ekonomi masa kini.

1-nikfaiz-usahawan04

3 Perkara Perlu Ada Pada Seorang Usahawan

#1 Berfikir Secara Kreatif

mengubah cara kita berfikir tentang apa yang berlaku disekeliling kita merupakan kunci untuk kita memahami seseorang individu atau sesuatu situasi.

Rendahkan ego kita supaya kita akan dapat menghindari penyakit ‘mental block’ yang akhirnya tidak akan mendatangkn apa-apa keuntungan pun pada diri kita.

#2 Seni Berbahasa

Bahasa dan juga perkataan yang mereka harus gunakan dengan tujuan untuk meyakinkan seseorang dan mempengaruhi seseorang.

Seseorang yang pandai berbahasa akan disenangi oleh orang sekeliling, dan jika kita disenangi oleh orang sekeliling maka apa jua urusan kita akan menjadi lebih senang.

#3 Bertindak Dengan Tepat

Melaksanakan tindakan kita berdasarkan cara kita berfikir, jika kita melaksanakan sesuatu diluar pemikiran, kita maka tindakan kita tidak akan tepat.

3 perkara ini menjadi tunjang utama dalam program ini yang ditekankan pada setiap peserta,

Bersambung lagi…

Entry ini akan bersambung lagi dalam siri 2 dimana saya akan terangkan lebih lanjut tentang setiap teknik yang perlu usahawan ketahui.

Sekian,

NikFaiz

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.