Skip to main content
Bimbingan Kerjaya

Jangan Jadi Bos Yang Bangkrapkan Syarikat

By June 16, 2015April 6th, 2017No Comments
motivasi-kerjaya-nik-faiz

Menjadi seorang bos atau pemimpin yang sangat disenangi ramai terutama sekali dikalangan kakitangan bawahan anda merupakan impian setiap mereka yang bergelar bos atau pemimpin.

Tapi, nak jadi bos yang disenangi sekaligus dapat memberikan inspirasi bukanlah perkara yang mudah.

Berikut adalah 3 tip asas bagaimana untuk menjadi  bos yang dihormati yang menjadikan nilai diri anda semakin berharga.

Tip #1: Menjadi Pendengar yang Baik.

Bukan senang untuk menjadi pendengar yang baik tambahan pula kalau anda berada di tangga yang atas dalam carta pengurusan.

Namun begitu, menjadi pendengar yang baik adalah formula asas anda yang akan menjadikan anda bos atau ketua yang dihormati.

Luangkan masa untuk mendengar pendapat orang bawahan.

Artikel Menjadi Ketua yang Disayangi

Kadang-kadang idea atau buah fikiran staff kita mungkin sedikit berbeza tapi apa yang mereka harapkan bukanlah untuk kita laksanakan idea tersebut tetapi bagi mereka sudah cukup berterima kasih kalau kita sudi mendengar idea mereka.

 

Menjadi pendengar yang baik ini, bukan sahaja tertakluk kepada hal kerja tetapi juga hal yang berkaitan dengan peribadi, keluarga dan sebagainya.

Untuk menjadi pendengar yang berjaya adalah dengan mendengar SEHINGGA HABIS, jangan hanya mendengar separuh jalan tapi dengarlah sehingga habis.

Cuba letakkan diri anda ditempat kakitangan anda, apa yang anda rasa jika anda belum habis bercakap lagi ‘bos sudah cut’.

Nak ketahui teknik mendengar yang baik? In sya Allah saya akan kongsikan di ‘entri’ yang akan lain.

Ok. sambung ke tip seterusnya.

Tip #2: Berbahasa dengan Tepat dan Betul

Menjadi pendengar yang baik sahaja tidak cukup kuat untuk menjadikan anda bos atau pemimpin yang disukai ramai, anda harus pandai menggunakan bahasa dengan tepat dan betul.

tip-jadi-ketua-nik-faiz

Katakanlah ketika anda bermesyuarat dengan kakitangan ‘department’ anda, tiba-tiba salah seorang daripada staff anda memberikan idea.

Anda ada masa yang kurang dari 10 saat yang akan menentukan mood mesyuarat tersebut baik atau sebaliknya.

Kalau salah cara anda ‘response’ terhadap idea daripada staff tersebut, mungkin mesyuarat tersebut akan gagal. Masa selama 10 saat tu adalah sangat pendek, jadi gunakanlah masa tersebut untuk memberikan ‘response’ dengan bijak.

Katakanlah anda respon dengan hanya berkata ‘Ok’, ‘Alright’, atau respon yang paling teruk adalah hanya mengangguk perlahan kepala anda sambil berkata ‘Hmmm’…

Orang lain yang berada dalam mesyuarat tersebut akan ‘reserve’ idea yang mereka ada oleh kerana mereka beranggapan idea mereka mungkin akan ditolak atau anda tidak berminat untuk mendengar idea dari mereka.

Gunakan perkataan yang lebih memotivasikan staff kita untuk memberikan idea.

Contohnya seperti, ‘Menarik, terima kasih atas cadangan anda’, ‘Idea anda sangat bagus!’, ‘Cadangan yang hebat!’, ‘

Saya suka idea anda!’ dan banyak lagi perkataan yang positif yang boleh memotivasikan staff anda.

Kata kata positif boleh menaikan motivasi pekerja

Respect Idea

Rakan pembaca sekalian, bukan mudah untuk seseorang mendapat idea yang bernas dan bukan senang untuk mereka menyatakan idea mereka kepada anda, jadi hargailah mereka yang memberikan idea kepada anda dengan kata-kata yang baik.

Tegur Kesilapan Staff

Apabila ingin menegur kesilapan staff yang berlaku mungkin diluar pengetahuan mereka, tegurlah mereka ditempat yang betul dan mengunakan kata kata yang baik.

Menegur kesalahan staff di hadapan rakan sekerja mereka bukanlah tindakan yang bijak. Ia boleh menjatuhkan maruah, kredibiliti, dan juga meruntuhkan motivasi kerja mereka.

Staff bukanlah hak seorang ketua 100% yang boleh kita arahkan sesuka hati.

Tanpa kita ketahui, staff kita mungkin adalah ‘seseorang’ di tempat tinggal mereka, mereka mungkin ketua komuniti, atau presiden persatuan NGO, dan mereka juga mungkin adalah ketua keluarga yang seluruh keluarga menaruh harapan padanya.

Jadi, gunakan perkataan yang positif, tepat dan betul pada waktu nya apabila berkomunikasi dengan staff.

Memetik pesanan dari Tuan Shahrul Bear Gpc di Facebook beliau;

“Jangan jadi orang bisnes yang kalis nasihat. Jangan disebabkan kita ini boss maka nasihat dari staff dipandang sebelah mata dengan alasan, “Aku boss, aku lagi tahu.” Itu ego namanya. Lebih-lebih lagi yang menegur itu pengurus kewangan kita yang memang kerjanya menjaga kewangan syarikat..

Tip #3: Menjadi Kawan kepada Staff.

1-nik-faiz-pemimpin-suka

Jadilah kawan dengan sesiapa sahaja yang anda kenal, tidak kira saudara tersebut seorang tukang kebun, kerani, mahupun makcik yang menjual makanan di kantin atau kedai makan di pejabat anda.

Sekiranya anda melayan mereka seperti seorang kawan nescaya anda akan disenangi oleh mereka.

Sesekali, belanja staff anda makan dengan niat bersedekah, sebab bukan NILAI RM berapa yang kita belanja tapi berapa nilai keikhlasan kita belanja mereka yang Allah akan pandang.

Kadang- kadang akan ada staff yang mungkin terpaksa ‘stay-back’ sebab nak menyiapkan kerja yang anda berikan kepada mereka, apa salahnya anda order makanan dan makan bersama mereka, kalau pun anda ingin cepat dan mengejar masa, hulurkan sedikit wang untuk mereka makan / minum/

Sebagai seorang ketua, kita mesti tahu di mana kita hendak gunakan status/ kuasa kita sebagai boss sebagai contoh; mengarahkan staff anda menyiapkan kerja dengan segera, ketika hendak membuat satu keputusan yang penting dalam sesebuah mesyuarat.

Staff juga merupakan manusia biasa yang sama seperti kita yang mempunyai hati dan juga perasaan, jadi jagalah hati dan perasaan mereka in sya Allah mereka akan menjaga hati dan perasaan anda.
Begitulah 3 tips utama untuk menjadi bos atau ketua yang disenangi ramai.

Jadilah ‘Ketua / Pemimpin’ yang dihormati dan di respect dan bukannya ‘bos’ yang ditakuti di mana staff hanya menurut arahan semata mata.

Sebagai seorang pemimpin yang baik, mereka faham hala tuju yang ingin dicapai dan akan bergerak bersama-sama dengan staff untuk mencapai sesuatu matlamat dan juga wawasan syarikat.

Kalau suka artikel ini, SHARE pada rakan-rakan dan keluarga agar mereka pun dapat manafaat dan boleh praktikan juga 🙂

Ikhlas,
Dari pena penulis,

Nik Faiz, Career Coach & EQ Motivator
www.nikfaiz.com

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.