![](https://www.nikfaiz.com/wp-content/uploads/2017/01/Felicia-watson.png)
Hari ini saya mahu kongsikan 4 panduan sebelum anda mohon kerja.
1. Scan Diri Sendiri
Pertama, kenal pasti dahulu SUKA BUAT APA
Tanya dengan diri sendiri dulu, sebenarnya anda suka buat kerja apa?
+ Adakah anda seorang yang suka jalan-jalan, makan angin?
Maka, cari kerja yang ada outstation.
+ Adakah anda suka kerja yang tak perlu nak keluar jumpa orang?
Cari kerja yang tidak perlu nak keluar dan boleh bekerja dari rumah / pejabat sahaja.
+ Anda Seorang Yang Suka / Minat Kerja Berkaitan Makanan
Jadi food tester, chef atau restaurant manager.
+ Sense of Emotion seperti ‘suka’ tersebut akan membuatkan anda enjoy dan happy buat sesuatu kerja tu, biarpun kadang-kadang akan stress.
Kalau part yang ni pun belum lepas, boleh skip part lain-lain ok ?
2. Lakukan Research
+ Research tentang bidang kerja ‘Job Scope’
Tanya dengan diri sendiri boleh buat tak kerja yang minat/ suka nak buat itu.
Kalau rasanya minat dan tak cukup ilmu, ada budget cari ilmu.
+ Research Tentang Syarikat
Siapakah owner/pemilik syarikat, nature of businessnya apa, staff berapa ramai, lokasinya kat mana, department yang bakal
dimasuki, bos nya lelaki ke perempuan, kakitangannya macam mana, dan banyak lagi.
+ Research tentang tangga kerjaya ‘Career-Ladder’
Yang ni ramai tak buat.
Maksudnya begini, jika anda apply sesuatu jawatan, fikirkan apakah yang anda nampak tentang diri anda dalam kerjaya tersebut 3 tahun dari sekarang.
3. Lancarkan ‘Job-Search Campaign’
+ Nak mohon kerja kena ada strategi, strategi yang kurang bijak akan membuatkan peluang anda tipis.
Cari guru dan belajar cara untuk besarkan peluang anda.
+ Perlancaran ‘Job-search campaign‘ ibarat seperti kempen mencari duit untuk kahwin.
‘Kempen’ mesti dibuat secara besar-besaran dan bersungguh-sungguh.
+ Bagitahu kepada rakan terdekat apabila anda buat ‘job-search campaign’ tu supaya mereka tahu bahawa anda sedang ‘gila-gila’ mencari kerja.
+ Gunakan segala medium yang ada seperti Facebook, Instagram, dan trend sekarang ni adalah melalui LinkedIn.
4. Jangan Berputus Asa, Berdoa dan Bertawakal(Faith)
+ Setelah semua usaha telah dilaksanakan, maka kita berserah pada Allah untuk tentukan rezeki kita kerja dengan syarikat mana
+ Cuba sekali mungkin belum berjaya, yang penting cuba lagi dan lagi, sebab Allah maha adil, ‘sesiapa yang berusaha pasti akan dapat’
+ Doalah selalu setiap kali selepas solat seperti mana doa yang pernah saya amalkan ini:
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yang terbaik buat diriku dan seluruh keluargaku, jika baiknya untukku, isteriku, dan anak-anak ku disana, maka Kau permudahkanlah segala urusannya untuk kami”
InsyaAllah, mudah-mudahan urusan pencarian kerja akan jadi lebih baik, lebih bijak, dan lebih lancar
Ringkas sahaja perkongsian saya untuk kali ini.
Anda ada belajar sesuatu?
Ada soalan yang mahu ditanya?
Jika ada kemusyikilan, silakan bertanya di ruangan komen
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Sila kongsikan dengan rakan-rakan lain!