
4 Perkara Penting Perlu Ada Dalam Resume
Hari ini, saya mahu kongsikan pada anda perkara penting untuk panduan dan rujukan anda sebelum menulis resume. Bagaimana menulis resume yang boleh menunjukkan anda calon yang paling layak diambil untuk mengisi jawatan yang anda pohon?
Resume yang power dan mantap mempunyai ciri-ciri berikut yang saya namakan A.I.D.A
Resume mohon kerja perlu memenuhi ciri-ciri A.I.D.A berikut:
A – ATTRACTIVE
Resume yang akan terpilih sudah semestinya resume yang ‘Attractive’ atau MENARIK!.
Resume yang menarik merujuk kepada rupa / design resume tersebut dan isi kandungan resume. Resume yang baik hendaklah mempunyai design yang up-to-date, pemilhan tona warna yang bersesuaian dan gambar yang kelihatan professional dan terkini.
Jika graduan mahu ‘hiring-company’ tertarik dengan content resume anda, lakukan 2 perkara asas ini:
- Jalan cerita yang menarik berdasarkan pengalaman kerja anda, skill kerja yang telah dibina dari masa ke semasa.
- Kandungan resume anda hendaklah berstruktur, mudah dibaca dan difahami.
Sekiranya graduan menggabungkan kedua-dua ciri asas ini di dalam satu resume, insyallah resume anda akan meletup dan menjadi lebih outstanding berbanding pemohon-pemohon yang lain.
I – INTEREST
Resume graduan perlu menarik minat bakal majikan. Resume yang di ‘craft’kan hendaklah mampu membuatkan orang tertarik kepada anda.
Resume adalah wakil kepada diri anda, ia juga merupakan refleksi kepada diri anda, jika cara anda persembahkan resume anda dengan menarik, sudah pasti ‘hiring-company’ juga akan merasakan bahawa anda juga menarik dan minat kepada anda.
D – DESIRABLE
Resume yang baik mempunyai ‘desirable-effect’ atau daya kehendak yang akan membuatkan bakal majikan mahukan anda bekerja dengan mereka. Apabila resume anda sudah berada pada tahap ini, sudah pasti inbox anda, dan phone call dari bakal majikan akan menjadi huru hara. Bayangkan, anda mendapat tawaran yang dari pelbagai syarikat yang menawarkan keistimewaan dan masing-masing berkehendakkan kepada anda. Bahagianya rasa kan?
A -ACTION
Mempunyai resume yang menarik sahaja tidak menjamin anda mendapat kerja, jika tiada TINDAKAN dari bakal majikan. Cuba lihat promosi dipasaraya yang ‘urge’ pengunjung untuk membeli dengan segera untuk menikmati pelbagai rebet dan juga diskaun.
Graduan perlu menjadikan diri anda yang ‘terhangat di pasaran’ dan ia boleh dilakukan dengan resume anda!. Buatkan bakal majikan tak sabar-sabar untuk menelefon dan tawarkan kerja kepada anda. Barulah resume anda layak digelar resume yang power!
Terima kasih sudi membaca artikel ini sehingga habis. Cuba check, adakah semua 4 perkara penting ada dalam resume anda? Semoga ia membantu anda untuk mudah dapat kerja.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan rujukan lengkap menulis resume, anda wajib miliki buku Mudah Dapat Kerja saya ini! Buku ini mengandungi panduan lengkap menulis resume dan telah membantu ramai orang yang telah memilikinya untuk berjaya capai kerjaya impian mereka. Jika anda belum mendapatkannya, boleh dapatkan segera dengan klik di sini atau hubungi team Career Expert untuk bantuan.