Alhamdulillah, semalam telah selesai Seminar Keusahawanan khas untuk warga Sarawak.
Kursus ini diadakan di Kuching, Sarawak dan telah dihadiri seramai 50 orang usawahan-usahawan dari negeri Sarawak
Dalam sesi ini, saya berkongsi 5 Perkara Usahawan Berjaya dalam pernigaan yang diceburi
#1 – Betulkan NAWAITU / Niat Bisnes
Apakah niat anda berbisnes?
Ada dikalangan peserta saya berkongsi, saya buat bisnes kerana saya nak kaya
Kenapa nak Kaya?
Adakah mahu kaya kerana mahu membayar hutang nafsu diri sendiri seperti nak pakai kereta besar, nak dapat rumah besar ?
Ataupun nak kaya sebab nak bantu orang lain.
Rasa-rasanya kalau doa kepada Allah s.w.t nak kaya sebab nak pakai keta besar atau nak kaya sebab nak tolong orang, doa yang manakah yang buatkan Allah suka pada anda?
Mari sama-sama kita fikir-fikirkan..
#2 – Kenali KEKUATAN DIRI Anda
Setiap orang mempunyai bakat diri yang berbeza beza.
Ada orang berbakat dalam menguruskan bisnes, namun lemah dalam pengurusan wang. Ada orang berbakat dalam menjual, namun tidak mahir dalam membuat pemasaran
Apabila kita sudah mengenali kekuatan diri, potensi diri, dan juga kelemahan diri kita yang sebenar maka kita sebenarnya sudah memulakan satu langkah lagi untuk menggapai kejayaan.
#3 – JELAS DENGAN BISNES ANDA
Kadang-kadang, dalam masa kita nak rancang perjalanan bisnes kita memang kita tidak akan lari dari satu keadaan yang biasanya kita katakan ‘blur’. ‘Blur’ ni biasa akan berlaku bila mana kita tidak jelas dengan bisnes yang kita nak buat.
Saya selalu baca artikal yang ditulis oleh jutawan terkemuka dan rata-rata daripada mereka menyatakan bahawa ANDA MESTI JELAS dengan bisnes yang anda nak buat. Maksudnya apa-apa jenis bisnes yang anda nak buat, mesti didahului dengan MINAT.
Apa kaitan MINAT dengan JELAS
Katakan anda nak beli sebuah kereta. Pada masa ini, anda belum terfikir model kereta mana yang menjadi pilihan anda, kerana anda bukannya seorang peminat model kereta.
Baik, nak timbulkan minat anda kena tengok gambar kereta-kereta yang ada dijual dipasaran. Semasa anda tengah membelek majalah kereta tiba-tiba anda terpaut hati pada salah sebuah kereta dalam majalah tersebut.
Nak mengenali dengan lebih lanjut anda kena ‘visit’ tempat jualan kereta dan cuba untuk ‘test-drive’.
Bila anda dah ‘test-drive’ anda akan dapat rasa samada kereta ini adalah ‘kereta anda’ atau bukan.
Bila anda dah buat keputusan ‘inilah kereta saya!’ maka anda akan mula minat dan mula untuk kumpul duit untuk beli supaya minat itu bertukar menjadi KEJAYAAN milik anda.
Begitu juga lenggoknya dalam pernigaan. Anda ‘KENAL’ dan ‘MINAT’ dengan perniagaan yang anda lakukan, kejayaan itu datang sendiri.
Sebagai contoh, katakan anda mahu mulakan perniagaan burger. Berkenalanlah dengan usahawan burger dan berkawan kawan dengan mereka.
Ketahui ‘rahsia’ bisnes burger mereka dan kalau bernasib baik mungkin mereka akan berpeluang untuk mendapat pengalaman memasak burger dan melayan permintaan pelanggan ketika membuat burger.
Bila dah cuba berniaga, baru sedar tinggi rendah langit. Baru tahu bukan senang nak menjual.
MINAT BERNIAGA tapi….
MINAT adalah satu element yang sangat penting apabila kita nak buat bisnes.
Apabila saya ajukan soalan pada mereka, apa minat anda?
Kebanyakkan menjawab, “Saya minat berniaga”.
Baiklah, minat berniaga tapi persoalannya minat berniaga apa?
#4- VISI Bisnes Anda
Persoalan saya kepada usahawan usahawan, dimanakah perniagaan anda dalam masa 3 tahun atau 5 tahun akan datang?
Adakah masih di takuk yang sama atau akan berkembang?
Melalui sesi ini, alhamdulillah saya diberi peluang untuk membantu usahawan usawahan untuk belajar ‘melihat’ bisnes yang mereka ingin ceburi.
#5 – Mencari Ilmu
Orang kata, mencari ilmu biar sampai ke negara China – menunjukkan betapa pentingnya ilmu ini. Semasa mula berniaga, ilmu menjual ni penting sebab kita sendiri perlu buat semua. Tiada jualan, tiada hasil. Begitu juga ilmu untuk jadi usahawan. Membangunkan bisnes tak sama dengan menjual sahaja.
Berdampingan dan berkawan kawan dengan usahawan usahawan berjaya juga adalah salah satu kaedah mencari ilmu perniagaan yang berguna.