Baru-baru ini saya telah mengendalikan satu seminar bersama pelajar-pelajar graduan universiti terdiri daripada pelajar akhir tahun. Topik yang saya kongsikan bersama mereka adalah “Online Presence and LinkedIn”. Rata-rata kita semua tahu, LinkedIn merupakan platform yang begitu popular digunakan oleh orang ramai untuk mencari peluang pekerjaan.
Berbekalkan 4 juta pengguna di Malaysia, LinkedIn juga memainkan peranan dalam membantu kemasukan graduan dengan penawaran 20 juta pekerjaan (mungkin lebih) dalam industri dilihat berdasarkan kemahiran dan minat yang dimiliki.
Susulan dari itu, ramai juga yang bertanyakan…
“Coach, boleh bagi tips macamana menulis dekat LinkedIn?”
Dua tiga tahun dahulu pertama kali diajukan soalan begini, beberapa minit saya terdiam dan berfikir panjang. Agak mencabar juga pada awalnya, iyelah saya ni biasa-biasa je kat kerana ada ramai lagi yang hebat-hebat menulis dekat Linkedin.
Memandangkan dah ada bertanya jadi saya kongsikan apa yang saya buat. Lain orang lain caranya, namun ini cara saya. Berikut adalah 5 perkara yang akan ‘memudahkan’ anda untuk menulis di LinkedIn …
Ikuti ketiga-tiganya:
1) Tips pertama, di LinkedIn tak boleh menulis, tapi…
… Ya, kita kena taip, bukan menulis 😅 hehe
Orait kita serius sikit..
2) Apabila idea datang untuk menulis, terus tulis!
Saya tak pernah plan pun nak tulis apa. Idea untuk menulis boleh datang pada bila-bila masa saja. Jadi apabila idea terlintas di kepada, terus tulis. Jadi apa yang saya tulis dan kongsikan pada anda smeua, adalah real kerana saya menulis dari hati. Dulu, ya saya pernah planning nak menulis macam orang hebat-hebat ajar. Tapi apa yang berlaku bila planning ia jadi tak natural.. Orang kata tulisan tu tak ada jiwa. Tak sampai ke hati …
3) Nanti apa orang kata…
Apabila mahu menulis dan berkongsi idea anda, jangan pernah fikir dan risau orang suka atau tak suka tentang apa yang anda tulis. Saya selalu ingatkan diri, jangan pernah harapkan ‘Like’ atau ‘Comment’ orang ye.. Tulis je! 🤓 Dan jangan lupa LIKE e serta KOMEN tulisan anda sendiri.
4) Membaca 1 buku 1 hari
Untuk mendapatkan idea yang best dan laju ketika menulis, perlu banyak membaca. Dicadangkan buku Terutamanya orang-orang muda macam kita yang pengalaman tak berapa nak banyak ni.
4) Saya menulis masa mood tengah baik dan masa agak free sikit, kalau tiba-tiba tak ada posting saya dalam sehari tu maknanya sibuk yang amat la tu
5) Tipe yang terakhir, kena jaga niat menulis, tulis sebab nak berkongsi dengan orang supaya orang mendapat manfaat.. Bukan nak memalukan orang, menjatuhkan orang dan sebagainya ye.