Skip to main content
MotivasiTip Harian

6 Tip Persediaan Kewangan Menyambut Tahun 2016

By December 4, 2015December 31st, 2015No Comments
financial-2016-nik-faiz

Tidak lama lagi tahun 2015 akan pergi meninggalkan kita, dan samada kita suka atau tidak 2016 tetap akan datang kepada kita.

Kenyataan Bagi Tahun 2016

budget-2016-nik-faiz

Beberapa hari ini, ramai rakan-rakan usahawan telah ‘sharekan’ pelbagai informasi berkenaan dengan ekonomi 2016 yang bakal kita tempuhi dan sememangnya informasi itu tidak menyenangkan poket kita kan?

Apa Nak Buat?

Di sini saya share beberapa ‘input’/ tip  yang mungkin boleh kita fikirkan bersama supaya ‘EKONOMI KELUARGA’ kita kukuh untuk tahun 2016 nanti:

No #1 – ‘SAVE MORE’, dan elakkan diri serta keluarga untuk ‘spend more’ –  dengan berbelanja untuk perkara tidak perlu. Berbelanjalah ikut keperluan.

No #2 – Elakkan diri anda dari MENAMBAH HUTANG, samada dari bank atau mana-mana institusi keewangan yang menawarkan hutang.

No #3 – Kenali dan atasi KEBOCORAN wang anda – cuba buat CSI ckit dimana kebocoran wang anda, bila dah jumpa maka cepat cepatlah selesaikan masalah itu. INGAT!! lubang kebocoran jika tidak diselesaikan dengan segera akan menyebabkan kebocoran lebih besar!

No #4 – Tingkatkan KESIHATAN kita – kos rawatan dijangka akan meningkat, maka amalkan gaya hidup yang sihat agar dapat mengelakkan diri serta keluarga menanggung kos rawatan yang tinggi.

No #5 – Cari sumber untuk TAMBAHKAN INCOME melalui bisnes. Lakukan apa jua bisnes janji HALAL. Tidak semua bisnes perlukan modal yang besar.

No #6- Ringankan tangan kita dengan BERSEDEKAH, sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah membuka pintu rezekita. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya

Jangan peningkan kepala fikir apa yang akan berlaku, BE POSITIVE dan fikirkan cara untuk hadapinya.
financial-2016-nik-faiz

Pesanan akhir dari saya, “Keep calm and re strategies your financial planning!”

Jika anda suka artikel ini, klik SHARE supaya rakan rakan anda pun boleh baca dan dapat manafaatnya 🙂

Salam ikhlas dari pena NikFaiz writer,

NikFaiz
Master Trainer
www.nikfaiz.com

 

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.