
Assalamualaikum w.b.t
Terima kasih kerana follow perkongsian saya dalam blog ini. Blog ini memang saya buat untuk berkongsi secara santai santai. Relax & cool jer ok 🙂
Baik hari ini saya nak fokus kepada topik utama kita, Â 6 tip ringkas ketika membuat persiapan untuk menyambut hari raya.
Tip #1 –Â BELANJA IKUT KEPERLUAN
Dalam keghairan membuat persiapan raya, adakalanya kita ‘terbeli’ sesuatu yang bukan keperluan utama, tapi lebih kepada kehendak hati.
Contohnya nak tukar langsir baru, sofa baru, Â dan barang kemas baru, sedangkan barang barang tersebut masih lagi dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
Namun, sekiranya anda berniat untuk SEDEKAHkan barang barang lama yang masih elok itu kepada saudara-saudara yang memerlukan adalah lebih baik.
Tip #2 – FOLLOW TREND YANG BAIK
Trend terkini apabila tiba musim raya, kedai kedai kereta akan berebut rebut memberikan rebat dan diskaun yang kaw kaw dan menggalakkan orang untuk tukar kereta baru.
Sebelum membuat keputusan untuk membeli, tanya pada diri adakah anda benar benar perlukan ia pada masa sekarang? Mampukah anda membayarnya pada tiap tiap bulan?
Jika jawapannya Ya, oklah boleh teruskan niat tersebut, dan pastikan anda memberikan komitmen pada bayaran bulanan.
Tip #3 – JAGA KESIHATAN DAN KESELAMATAN DIRI
Setelah sebulan berpuasa menahan nafsu, maka tibalah harinya anda melepaskan nafsu tersebut.
‘Sekolah Ramadan’ merupakan tempat untuk kita mendidik nafsu makan kita yang mana orang zaman sekarang dah menyalah ertikan konsep puasa ini.
Jika kita rasa nafsu makan kita sama sahaja sebelum berpuasa dan selepas berpuasa, maka sesi persekolahan mendidik nafsu di bulan Ramadan adalah tidak berjaya.
Jika sebaliknya berlaku maka TAHNIAH saya ucapkan kepada anda kerana anda berjaya mendidik nafsu makan anda.
Tip #4 – Â BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
Apabila pulang ke kampung, pandu  dengan berhemah dan menghormati pengguna jalan raya yang lain.
Anda perlu lebih ‘EXTRA’ careful bila membawa ahli keluarga bersama. Kecuaian anda ketika memandu akan membuatkan  mereka turut sama menerima kesannya.
Tip #5 – JAGA KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN
Sekali sekala bertentang mata dengan mertua dan adik beradik ipar yang lain, jaga tutur kata dan tingkat laku perlakuan diri, agar tidak mengguris mana-mana hati dan juga perasaan mereka.
Silap langkah terlajak kata, sampai raya depan pun mereka tak lupa.
Tip #6 BERSEDERHANA
Jangan ‘OVER-EXCITED’ sangat boleh raya, dimana saudara seislam kita yang berada dalam keadaan susah dan yang berada di negara yang sedang berperang.
Bnyakkan berdoa kepada mereka dan yang paling penting kepada kedua-dua ibubapa kita samada yang masih hidup mahupun yang telah pergi.
Paling penting, doakan juga kepada Allah s.w.t supaya kita akan dipertemukan sekali lagi dengan Ramadan yang akan datang.
Akhir sekali, Tahniah saya ucapkan…
Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya melaksanakan ibadah puasa selama sebulan dan syabas kepada mereka yang telah berjaya menghidupkan Ramadan dengan pelbagai amalan sunat yang telah digalakkan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari saya sekeluarga.
Terima kasih sudi membaca 🙂
Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut Hari Raya
NikFaiz
Coach, The Career Expert