Skip to main content
KepimpinanMotivasi

8 Tip Untuk Menjadi Kaya & Murah Rezeki

By July 10, 2015December 28th, 2015No Comments

Saya mendapat inspirasi untuk menulis berkenaan dengan ‘OKB’ ini sejurus selepas saya menunaikan solat fardhu tadi, Syukur Alhamdulillah ya Allah, jom saya kongsikan dengan anda semua.

Apakah itu OKB?

OKB yang dimaksudkan adalah ‘Orang Kaya Beriman‘, dan bukanlah Orang Kaya Baru yer.

Berikut adalah 8 ciri OKB yang mahu dikongsi dengan pembaca budiman.

Ciri-ciri OKB :

#1 – Menjaga Perbelanjaan

OKB akan menjaga perbelanjaan mereka dan tidak menggunakan kekayaan mereka untuk perkara yang tidak mendatangkan faedah selagi mana tiada keperluan mendesak, boleh digunakan dan masih rasional untuk digunakan.

#2 – Belanja Mengikut Kemampuan

OKB selalunya akan berbelanja keatas sesuatu yang dibawah kemampuan mereka. Mari saya tunjukkan formula ini.

Pendapatan A = $5000, perbelanjaan A = $4500,

Pendapatan B = $3000, perbelanjaan B =$1500

Pada pendapat anda yang mana yang kaya?

Iye betul, tepat sekali..semestinya B yang kaya!. Kenapa? Ini adalah kerana aliran keluar wang si ‘B’ adalah lebih rendah dari A dan secara keseluruhan pula B masih ada simpanan sebanyak $1500, manakala A pula hanya ada $500.
Lebih banyak anda menyimpan ataupun melabur maka anda lebih kaya.

#3 – Memanfaatkan Wang

OKB sentiasa memikirkan cara untuk memanfaatkan wang bukan memikirkan ke mana nak belanjakan wang! Nak ‘shopping’ memang tak salah, nak beli kereta baru pun tak salah, yang penting adalah anda perlu ‘Control’, apabila anda betul-betul memanfaatkan wang yang anda ada maka anda tidak akan berasa rugi.

#4 – Berfikiran Positif

OKB sentiasa berfikiran positif dan sentiasa berfikir untuk mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu keadaan atau situasi.  OKB tidak akan memikirkan apakah masalah lain yang akan menimpanya di masa yang akan datang. Sesuatu perkara yg Allah jadikan itu adalah berpasang-pasangan, jika ada sakit maka akan ada penawarnya, begitu juga jika ada masalah atau cabaran tentu ada penyelesaian dan juga ganjaranya.

#5 – Menggunakan Harta untuk Pelaburan

nik-faiz-sultan-brunei

OKB akan melihat sejumlah wang yang ada untuk dilaburkan ke jalan Allah supaya wang tersebut akan digunakan untuk meraih pahala untuk akhirat kelak.

Katakanlah jika anda mendapat wang berjumlah $500,000. Apakah yang akan anda lakukan dengan wang tersebut?

  • Membayar semua hutang yang ada.
  • Membeli keperluan yang telah lama anda idamkan.
  • Melabur dan melipat gandakan wang tersebut.
  • Memberi pada orang yang memerlukan, menggunakan sebahagian untuk diri sendiri

Yang mana satu tindakan yang anda akan ambil?

#6 – Bersyukur

OKB akan sentiasa bersyukur dengan segala apa rezeki yang telah Allah berikan walau mungkin prestasi bisnes yang mereka capai tidak begitu menguntungkan, akan tetapi mereka tetap bersyukur. Percayalah, Allah sangat suka pada hambanya yang bersyukur.

#7 – Memberi Tanpa Henti

OKB akan berfikir tentang cara untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan,  dan mencari mereka yang boleh dibantu.

Mereka percaya bahawa rezeki yang telah Allah berikan  merupakan satu amanah iaitu membantu orang lain yang susah.

Lebih banyak anda memberi maka lebih banyak anda akan dapat. Jika anda tidak percaya, cubalah! Lihatlah keajaiban anda bersedekah anda pasti akan terkejut.

#8 – Mengingati Allah

nik-faiz-sulaiman-alrajhi

OKB akan sentiasa ingat pada Allah dan tidak akan sesekali lupa pada Allah. Sebagai contoh salah seorang daripada jutawan-jutawan islam yang terkemuka Sulaiman Al-Rajhi, selaku Pengerusi rangkaian bank yang berlandaskan syariat islam terkemuka iaitu Al-Rajhi Bank, bibir beliau tidak pernah putus dari berzikir dan mengingati Allah

Rakan-rakan pembaca yang saya hormati sekalian, marilah kita sama-sama tanamkan impian dan memperbetulkan ‘nawaitu’ untuk menjadi ‘Orang Kaya Beriman‘ supaya segala gerak usaha kita mendapat keredhaan dariNya in sya Allah.

 

Renungan bersama: “Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan(hartamu) secara boros. Seungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya.” [Surah Al-Israa’: 26-27]

Sekian,
NikFaiz
www.nikfaiz.com

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.