Skip to main content
Bimbingan Kerjaya

Bagi Resume Palsu, Jual Diri Jangan Sampai Menipu

By July 14, 2016April 13th, 2017No Comments

Siapa yang tak nak, bekerja dengan syarikat yang besar, bonus tahunan yang berbulan bulan bak kata orang, boleh buat beli rumah lah duit bonusnya.

Sememangnya menjadi impian setiap ‘job-seekers’, dan mereka yang ‘upsell’ diri mereka dengan baik akan dapat peluang pekerjaan tu.

RESUME PALSU

Sejak beberapa tahun yang lepas, sesuatu yang salah telah menjadi trend dikalangan ‘job-seeker’ iaitu PENIPUAN.

Penipuan yang saya maksudkan adalah penipuan dalam resume, mereka yang menipu dalam menulis resume menyangka bahawa mereka dapat tipu bakal majikan mereka.

Dengan harapan mereka akan mendapat jawatan yang ditawarkan kepada mereka, tetapi mereka SALAH!.

Percayalah, bahawa penipuan dalam menulis resume adalah sangat mudah untuk dikesan.

Ini adalah antara perkara yang seringkali sesetengah ‘Job-seekers’ buat, dan all the best kalau anda rasa nak buat jugak. Kalau tak tertangkap atau anda dapat kerja tu, anda memang hebat! 

Zaman kini berubah, kaedah menulis resume juga perlu berubah tidak lagi 5 hingga 10 tahun dahulu orang mudah menipu sesuka hati…

tipu-resume-the-career-expert-nik-faiz

1. GAJI ANDA DI TEMPAT KERJA LAMA

Gaji merupakan suatu perkara yang pada kebiasaannya akan dinyatakan didalam resume. Tujuan penyataan gaji adalah untuk bakal majikan baru menilai samada gaji yang dimohon itu relevan dengan skop kerja yang baru dan jawatan yang baru.

Sesetengah ‘job-seekers’ akan menipu dengan meletakkan gaji yang tinggi ketika bekerja di syarikat yang lama, dengan harapan mereka akan dibayar tinggi di syarikat yang baru.

Anda mungkin tak sedar, diam diam HR syarikat baru boleh menelefon HR syarikat lama untuk mengetahui tahap gaji anda?

Maka berlaku jujurlah.

2. PENGALAMAN KERJA

Perkara yang kedua yang selalunya akan dilakukan oleh sesetengah ‘job-seekers’ adalah menipu pengalaman kerja.

Mereka akan menulis di dalam resume tentang pengalaman yang direka semata-mata.

Penipuan pengalaman kerja ini dapat dikenalpasti hanya beberapa soalan melalui perbualan telefon sahaja.

Jika seorang HR itu sangat professional dan berpengalaman, dari cara anda tulis itu pun mereka sudah dapat tahu bahawa maklumat yang diberikan adalah palsu.

3. JAWATAN ATAU RANKING

Berjawatan hanya sebagai ‘Executive’ tetapi di dalam resume pula ditulis sebagai ‘Senior Executive’. Dengan harapan akan dapat jawatan sebagai ‘Assistant Manager’.

Penipuan ini adalah antara yang ramai dilakukan oleh sesetengah ‘job-seekers’.

Setiap jawatan, ada job skop masing-masing dan berbeza antara satu sama lain.

Jika pengalaman kerja yang diceritakan di dalam resume adalah pengalaman kerja executive, ditulis pula pangkat senior exec, acaner tuh?

 

4. REFERENCE

Part ini pun antara ramai juga yang ‘fake’ kan.

Pernah sekali ada yang kantoi bila mana mereka meletakkan nama dan nombor telefon kawan sendiri dengan jawatan sebagai ‘Director’, apabila di hubungi oleh pihak syarikat rupanya kawan ni pun tengah menganggur je pun.

So, kena hati-hati dan jangan suka-suka ‘fake’ kan.

5. KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN PERSONAL

Part yang ni ada juga yang suka klentong, tapi tak ramai. Sebab mereka tahu kalau mereka ‘fake’ bahagian ini, memang mudah sangat untuk kantoi.

Trend interview sekarang ni banyak yang mengamalkan presentation atau talk, jadi makin susah untuk mereka tipu bahagian ni.

6. GUNA IJAZAH PALSU

Trend yang paling ramai gunakan terkini, adalah menggunakan sijil diploma dan ijazah palsu, selain berbohong untuk mendapatkan pekerjaan.

Mengikut kajian dari sebuah firma penyiasatan penipuan mendapati kira-kira 10% hingga 15% permohonan yang diteliti menggunakan kelayakan palsu, sebahagian daripadanya dikeluarkan oleh universiti yang tidak wujud. (Sumber: Mstar)

Kes pemalsuan telah dibongkar apabila pekerja yang telah diambil tersebut gagal mempamerkan kemahiran berdasarkan kelayakan sepatutnya. So, bila dah kantoi..mana nak lari lagi?

Zaman berubah, kaedah menulis resume juga perlu berubah. Terutamanya untuk graduan yang baru tamat pengajian atau sedang menganggur, perlu pelajari cara dan kaedah yang betul, tetapi amat berkesan menulis resume dan hadir interview hingga anda ditawarkan bekerja.

*Keenam-enam tip ini juga dibincangkan dan disampaikan dengan lebih mendalam di program Get That Job! Ketahui teknik cara mudah dan berkesan dalam mencari kerja.
Credit Designed by Freepik

Semoga artikel ini memberi manafaat pada semua.

Sila #SHARE pada 5 orang rakan-rakan anda untuk panduan dan manafaat mereka, mungkin dengan sedikit usaha kita ini. kita dah sama-sama menabur benih saham akhirat.

 

[ANDA MAHU DIBANTU?]

get-that-job-roadtour2016-nik-faiz

Sertai saya dalam bengkel persediaan kerjaya, Get That Job! Bengkel Penulisan Power Resume dan Power Interview dengan YURAN TAK MASUK AKAL di 3 lokasi berikut; Kota Bharu, Kuala Terengganu & Kuantan. Untuk maklumat lanjut, layari Bengkel Persediaan Kerjaya 2016 atau hubungi 019-210 4948 untuk tempahan . Tempat terhad Klik di sini sekarang!

 

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.