Dalam sesi temuduga, selain daripada perbualan lisan kita, bahasa badan juga memainkan peranan yang sangat PENTING.
Penemuduga akan lihat bahasa badan anda dan akan padankan, samada apa yang anda ungkapkan adalah selari dengan bahasa badan anda.
Dalam sesi temuduga, anda mungkin bersungguh-sungguh menyatakan bahawa anda sangat berminat dengan tawaran kerja yang diiklankan, namun bahasa badan anda pula menyatakan sebaliknya.
Apabila penemuduga konfius kerana bahasa badan dan bahasa lisan yang tidak selari, maka peluang anda untuk menyakinkan mereka akan menjadi tipis.
BAHASA BADAN SEMASA TEMUDUGA
Saya kongsikan 10 tips bahasa badan ini kepada anda; supaya anda boleh praktikkan dan gunakan semasa temuduga.
Bahasa badan yang mantap membuatkan bakal majikan berasa rugi tidak ambil anda bekerja.
TIP #1- FOKUS DAN MENGHAYATI
Apabila seseorang itu fokus dengan temuduga yang bakal dihadapi, mereka akan menghayati sesi temuduga itu nanti.
Penghayatan tentang kerja yang anda mohon akan diserlahkan melalui wajah anda yang seolah-olah anda menyatakan bahawa ‘Aku dapat kerja ni!’.‘Aku dapat kerja ni!’.‘Aku dapat kerja ni!’.
Mesej ini mesti sampai ke otak penemuduga.
TIP #2 – DARI PINTU PAGAR KE PINTU PEJABAT
Apabila anda jejakkan sahaja kaki ke dalam premis pejabat penemuduga, maka bermula sesi temuduga anda secara tidak rasminya.
Jaga adap dan sentiasa senyum kepada sesiapa sahaja.
Kakitangan yang anda jumpa di sekitar pejabat, yang kemungkinan juga akan jadi rakan sepejabat anda nanti, pak guard atau tukang cuci di premis berkenaan.
So, jangan lupa SENYUM! 🙂
TIP #3 – POSTUR BADAN
Kedudukan badan semasa berdiri, duduk, dan berjalan ada bahasa badan tertentu yang dapat diterjemahkan.
Duduk atau berdiri dengan tegap dan selesa.
Kedudukan yang tidak selesa akan membuatkan penemuduga merasakan bahawa anda tidak bersedia dan tidak selesa untuk ditemuduga.
TIP #4- BERSALAM
Praktikkan grip tangan yang tepat ketika bersalam.
Kenakan tekanan grip yang bersesuaian ketika bersalam, dan biarkan penemuduga yang putuskan salaman itu.
Bagaimana pula dengan bukan muhrim?
Sekiranya berlainan jantina, anda akan berhadapan dengan penemuduga yang menghulurkan salam.
Apa tindakan anda yang sepatutnya.
Bukan menggeleng atau melarikan diri.
Sebaiknya letakkan tangan kanan ke dada sebelah kiri kita dan tunduk sedikit sebagai tanda hormat.
TIP #5 – BERSIFAT TERBUKA
Untuk menunjukkan diri kita ini bersifat terbuka, tangan diletakkan di atas paha.
Elakkan daripada menyilangkan tangan dan kaki ketika duduk dan berdiri.
Pastikan juga anda tidak meletakkan sebarang benda di atas peha seperti jaket, handphone, beg makeup dan sebagainya.
TIP#6 – EYE CONTACT
Sesetengah orang tidak sukakan ‘eye-contact’ oleh kerana rasa tidak selesa.
Lakukan ‘eye-contact’ selama 3 saat kemudian pandang tempat lain pada wajah penemuduga seperti hidung, bibir dan sebagainya.
Yang penting wajah anda mesti selari dengan wajah penemuduga.
TIP #7 – ARAS TANGAN
Memang tidak dinafikan, apabila kita bercakap dalam keadaan menerangkan sesuatu perkara, tanpa kita sedari tangan kita akan mula bergerak.
Pastikan tangan anda tidak terlalu tinggi sehinggakan tidak menampakkan wajah anda.
Sebaik-baik aras tangan adalah bawah dagu anda.
TIP #8 – EKSPRESI WAJAH
Perkara ini akan berlaku secara spontan apabila seseorang itu berada dalam keadaan nervous dan terdesak.
Mereka akan terdorong melakukan perkara-perkara di luar sedar untuk mengatasi rasa berdebar-debar, antaranya menggigit kuku, menggosok hidung berulang kali, menggaru muka atau kepala atau pun membuat muka comel!
Oh, simpan muka comel anda untuk tatapan ahli keluarga anda sahaja!
Setiap perbuatan tersebut akan membuatkan penemuduga rasa terganggu.
Silap-silap haribulan, sesi anda mungkin ditamatkan lebih awal. Ho! Ho! Ho!
TIP #9 – JADI SEPERTI CERMIN
Salah satu teknik yang boleh digunakan dalam sesi interview adalah ‘matching’ and ‘mirroring’. Teknik ini amat berguna untuk memudahkan anda berkomunikasi dengan pihak penemuduga.
Tujuannya adalah untuk mewujudkan satu keadaan ‘lebih dekat’ dengan penemuduga.
Ia akan membuatkan penemuduga merasakan bahawa anda betul-betul mendengar dan menghayati sesi temuduga yang sedang berjalan. Tanpa disedari, penemuduga akan merasa lebih terbuka dan selesa untuk bercakap dengan anda.
Dengan itu, sesi temuduga ini insyaAllah akan berjalan dengan lebih lancar.
Cuma, pastikan tindakan anda meniru tidak terlalu ‘over’ dan disedari oleh pihak penemuduga. 🙂
.
TIP #10 – BERADA DI ALAM REALITI
Sentiasa sedar dengan apa yang sedang berlaku semasa sesi temuduga.
Apa yang anda cakapkan, dan bahasa badan yang anda tonjolkan.
Jangan terbawa-bawa emosi, tapi pastikan anda dalam keadaan sedar dan serlahkan kebijaksanaan anda.
KESIMPULAN
Jadi, ini adalah 10 Tips Bahasa Badan Semasa Temuduga yang dapat saya kongsikan pada kali ini.
Terdapat lebih 33 tips bahasa badan yang anda perlu ketahui dalam sesi temuduga.
ANDA BELAJAR SESUATU?
Mudah-mudahan artikel ini dapat memberikan sedikit pencerahan kepada sesiapa yang bakal menghadapi temuduga tak lama lagi.
Sekiranya ada pertanyaan, anda boleh tulis diruangan komen, insyallah saya akan membalasnya.
Jangan lupa #LIKE & #SHARE artikel ini pada rakan-rakan yang lain k.