Bekerja dari rumah untuk sesetengah orang agak mencabar. Susulan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih ada syarikat yang memilih untuk membenarkan pekerjanya “work from home” sehinggalah hujung tahun ini. Rata-rata pekerja terpaksa akur dan mengadaptasi dengan suasana kerja normal baharu ini.
Mereka yang pertama kalinya bekerja dari rumah akan berasa sangat teruja kerana ianya sebuah pengalaman yang sangat baru. Bekerja dari rumah adalah lebih senang untuk mereka yang banyak berinteraksi dengan komputer semasa di pejabat.
Namun sebaliknya bagi mereka yang biasa membuat kerja secara fizikal akan mula buntu apakah yang mahu dibuat sepanjang tempoh ini. Mereka yang kerjanya selalu berada di luar tentunya akan lebih sukar untuk menyesuaikan diri dalam keadaan seperti sekarang. Tentu ada sahaja perkara yang mereka ingin buat dan berada diluar rumah.
Hari ini, saya mahu kongsikan bagaimana anda yang sedang bekerja dari rumah mahu terus kekal produktif yang boleh di amalkan.
#1 – Beradaptasi Dengan Suasana Kerja
‘Beradaptasi’ bermaksud menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, dan beradaptasi dengan suasana kerja pula bermaksud kita menyesuaikan diri dengan keadaan tempat kerja yang baharu dan suasana kerja yang baharu.
Untuk mereka yang tidak ada ‘working desk’ di rumah mungkin akan menggunakan meja makan sebagai tempat kerja. Di situlah tempat menyediakan makan, disitulah tempat makan dan di situlah juga tempat untuk kerja.
Fasa pertama dalam Workplace adaptation ini dinamakan ‘Observation Phase’ atau fasa pemerhatian. Apa yang perlu anda perhatikan adalah dari sudut operasi keluarga. Pukul berapa keluarga menyediakan mula proses penyediaan sarapan pagi, dan pukul berapa pula masa untuk semua ahli keluarga berkumpul dan sarapan pagi bersama-sama.
7:00 pagi : Menyediakan sarapan pagi
8:00 – 9:00 pagi : Siap dihidangkan. Seluruh ahli keluarga pula mengambil masa paling lama 45 minit hingga 1 jam untuk bersarapan.
15 minit : Masa untuk mengemas meja, dapur & mencuci pinggan
Anggaran kasarnya, anda boleh mula bekerja adalah pada pukul 9.30 pagi.
Perhatikan trend dan tetapkan satu trend masa yang terbaik untuk anda mulakan kerja. Untuk mereka yang bekerja dalam team namun di tempat masing-masing, perkara ini harus diselaraskan oleh semua agar kerja dapat dijalankan seperti biasa. Tidak terkecuali, ahli keluarga pun harus berdisiplin iaitu tidak ada lagi gangguan dalam tempoh bekerja.
#2 – Perhatikan Masa Selang
Seterusnya adalah time gap’ antara waktu makan tengahari ataupun waktu mengambil anak pulang dari sekolah. Pada jam berapakah anda akan sibuk semula di dapur untuk proses penyediaan makanan tengahari ataupun masa mengambil anak dari sekolah.
Katakan anda akan sibuk semula pada pukul 12 tengahari. Oleh itu, anda harus berhenti seketika lebih kurang 10 minit sebelum meja makan mula digunakan semula untuk aktiviti memasak (ini bagi anda yang menggunakan meja makan sebagai tempat untuk bekerja). Tempoh masa 10 minit adalah untuk anda kemas segala dokumen penting dan peralatan seperti komputer riba dan sebagainya.
Sekiranya anda memilih untuk menempah sahaja makanan, rancang waktu sebaiknya jam berapa penghantaran makanan akan tiba, waktu anda mula makan, rehat dan solat zohor.
Jadi, paling lewat anda mulakan kerja semula adalah pada pukul 2.30 petang sehinggalah pukul 6 petang. Seterusnya adalah masa untuk anda berehat, menjenguk aktiviti anak-anak, bersiap untuk makan malam pula dan begitulah seterusnya.
#3 – Perancangan Yang Teliti & Berdisplin
Begitulah fasa pemerhatian anda, ‘perancangan’ yang teliti dan ‘disiplin’ dalam menuruti setiap perancangan kerja adalah kunci keberkesanan untuk kekal produktif dalam tempoh ini.
Salah satu kelebihan bekerja dari rumah adalah masa yang sangat fleksibel, anda sendiri yang tentukan bila anda akan mula kerja, di mana tempatnya, di ruang dapur ke, ruang tamu ke, di bilik tidur ke dan apakah tugasan kerja yang perlu anda buat.
Ianya mungkin sedikit sukar untuk mereka yang pertama kalinya kerja dari rumah. Ada yang mungkin sekadar tinggal istilah sahaja bekerja dari rumah namun sebenarnya perlu sibukkan diri dengan hal ehwal rumahtangga seperti memasak, mencuci baju, mengemas rumah, menyantuni anak-anak, dan sebagainya.
Begitulah secara ringkas 3 tips untuk anda kekal produktif bekerja dari rumah. Terus kekal jaga kebersihan, jaga kesihatan, sama-sama kita hadapi covid-19 dengan penuh kesedaran, ketabahan, dan kesabaran insyaAllah.
Jumpa lagi di artikel seterusnya 🙂