Melihat pada tajuk program kali ini, ia amat berbeza dengan bengkel resume dan temuduga yang biasa dikendalikan oleh Nik Faiz – The Career Expert. Ini kerana kali ini Career Expert mengendalikan bengkel lulus temuduga biasiswa bersama pelajar-pelajar tajaan dari Yayasan Terengganu.
Bengkel Lulus Temuduga Biasiswa
Teruja sungguh Career Expert untuk berkongsi bersama-sama pelajar-pelajar yang terdiri dari gabungan 7 buah cawangan di seluruh negeri Terengganu. Wahh..seronok kan 🙂 Permintaan dari pihak penganjur adalah pelajar-pelajar di beri pendedahan, tip dan strategi dan membuat persediaan sebelum menghadiri temuduga biasiswa.
Sesi temuduga ini adalah peringkat penilaian kelayakkan mendapat tajaan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, bersama 350 orang peserta 🙂
Persediaan 5 Jam Terakhir
Antara tips yang saya kongsikan pada peserta bengkel lulus temuduga biasiswa ini adalah persediaan yang dilakukan pada #5 Jam Terakhir iaitu:
+ Sebelum tidur, buat persiapan awal pakaian, kasut, beg, tudung dan lain-lain
+ Sediakan salinan sijil (jika diminta, anda boleh terus berikan pada pihak penemuduga.
+ Berlatih menjawab soalan temuduga di hadapan cermin, ataupun buat rakaman video dan minta mereka yang pakar untuk berikan komen dan nasihat.
+ ‘Groom’ kan diri anda dan pilih pakaian sesuai untuk hadir ke temuduga, menjadikan anda kelihatan kemas, professional dan meyakinkan!
Baca lagi tentang 40 tips persediaan lulus temuduga (Klik) di sini.
Semoga Allah berikan kelapangan kepada pelajar-pelajar ini yang sangat positif dan berhati bersih. Didoakan selepas hadir bengkel lulus temuduga bersama Career Expert dapat memberi mereka idean dan cara untuk membuat persediaan dan berjaya menyambung ke peringkat pengajian seterusnya  dan berada dalam lindungan Allah swt.
People with great passion can make the impossible happen.
Sekiranya anda ingin pelajari cara bagaimana anda juga untuk mudah dapat kerja selepas graduate atau pun mahu tukar kerjaya, apa kata luangkan sedikit masa di sesi MINI WORKSHOP RESUME WRITING - Rahsia Mudah Dapat Kerja bersama saya.
Workshop ini dikendalikan di office Career Expert yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor – pada 16 Mac 2019 bermula jam 10 pagi hingga 5 ptg.
KLIK sini ya untuk daftar dan lihat maklumat lanjut . 🙂