Bengkel Penulisan Resume & Temuduga
Selesai 1 hari kelas intensif bengkel penulisan resume & temuduga yang diadakan di office Career Expert yang terletak di Bandar Saujana Putra. Alhamdulilah kelas kali ini bersama peserta dari Negeri Sembilan, Perak dan sekitar Selangor serta Kuala Lumpur.
Dalam bengkel ini, saya bantu dan ajar peserta cara bagaimana peserta boleh mendapatkan KERJA dengan lebih mudah. Kelas ini berbentuk praktikal di mana semua pelajar-pelajar saya akan dibantu dan dibimbing untuk menyiapakn kandungan resume dari A to Z.
Ramai yang bertanya kenapa kursus dibuat selama 1 hari?
Mudah sahaja..kerana kami mahu memberi peluang yang lebih kepada para peserta.
Rata-rata peserta akan utarakan soalan-solan mengenai Resume dan mengambil masa untuk menentukan hala tuju kerjaya mereka.
Di sinilah terletaknya rahsia Bengkel Penulisan Resume & Temuduga yang dianjurkan oleh Career Expert ini sebab peserta tak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan terkapai-kapai.
Untuk menjanjikan “pagi ni kita mula buat resume, petang nanti semua akan pulang dengan 1 resume yang sudah siap”…. memang mudah.
Tapi adakah resume yang disiapkan ini mampu untuk melayakkan anda terpilih dan dipanggil temuduga?
Resume bukan sekadar hanya perlu menggunakan template infografik. Apa yang ditekankan adalah isi kandungan yang ditulis dalam resume. Ini yang Career Expert lakukan di dalam bengkel penulisan resume ini.
Resume Sangat Teknikal – Pemahaman Asas Sangat Penting
Resume sangat berkait dengan teknikal dan juga memahami diri anda sendiri. Menulis resume juga bukan setakat “copy & paste”… ianya lebih dari itu.
Bagi seorang peserta kursus yang “sangat baru” dan tidak mempunyai basic dalam menyediakan Resume, asas dan struktur serta hala tuju kerjaya akan ditekankan terlebih dahulu pada sesi pagi.
Dalam waktu yang sama, pemahaman mengenai asas penyediaan konten resume mengikut struktur yang betul dan pemilihan template juga dititikberatkan dalam kelas ini. Handout hanya sebagai panduan namun tidak akan difokuskan secara total.
Ini kerana jika semua info “disediakan dalam handout” tanpa pemahaman dan jawapan kepada “kenapa perlu buat begitu dan mengapa begini”, kemungkinan besar peserta AKAN BLUR di akhir kursus.
Sebelum menulis resume, kurang-kurangnya peserta perlu tahu ke mana arah tuju kerjaya, asas struktur resume, kenapa perlu guna template, di mana boleh dapatkan template percuma, dan bagaimana taktik nak cari kerja hingga anda di panggil temuduga.
Bengkel Penulisan Resume & Temuduga – Alatan Dan Tools
Untuk menghadiri kursus ini apa yang perlu kalian bawa ialah NIAT, FOKUS, BADAN DAN LAPTOP. Tak lupa juga yuran pendaftaran (dijelaskan seminggu sebelum kursus bermula)… hehe.
Kenapa perlu bawa laptop?
Kerana kami tak sediakan laptop untuk anda.. haha.. ok gurau.
Anda perlu bawa laptop sebab akan terus menulis di dalam dalam resume dengan bimbingan terus dari Career Expert. Kelas ini praktikal dan membantu anda menyiapkan konten dan kandungan dalam resume.
Testimonial
Testimonial boleh rujuk seperti video di bawah:
Panduan & Pertanyaan
Group Whatsapp akan digunakan sebagai platform untuk perbincangan dan soalan sepanjang masa. Selain di group talian, support group Facebook seumur hidup diwujudkan dapat membantu semua peserta (walaupun masing-masing sibuk dengan kerja dan urusan harian).
Di sini juga, peserta akan dikongsi dengan info jawatan kosong terkini yang boleh dipohon.
Selagi boleh kami bantu, Insya Allah Career Expert akan bantu. Selebihnya, itu adalah usaha dan iktiqad peserta sendiri.
Apa yang diberikan dalam group support sebenarnya?
Jawapannya senang je. Kalian tanya, kami jawab..sampai kalian faham. Simple.
Career Expert juga akan bantu peserta-peserta untuk menyemak resume dan berkongsi idea dan info kerjaya baru. Jika ada kerja kosong berkaitan juga akan Career Expert kongsikan. Dari situ, kalian boleh mengasah kembali ilmu dan info yang mungkin tumpul sebaik sahaja pulang dari kursus.
Nak janji bulan dan bintang, confirm dapat kerjaya dan gaji 5-6 angka, itu semua bergantung pada usaha dan kelayakan anda. Yang penting ilmu yang dipraktikkan dan boleh diguna pakai untuk anda.
PROVEN METHOD – pelajar-pelajar Career Expert yang hadir kelas dan buat apa yang diajar, 3 hari selepas bengkel mereka terus dipanggil temuduga, berbanding sebelum ini langsung tidak pernah dapat. Dengan mempraktikan apa yang dipelajari dalam sesi temuduga, alhamdulillah pelajar-pelajar saya ini dapat kerja idaman mereka dengan tunjuk ajar dan bimbingan dari Career Expert.
Sekiranya anda ingin pelajari cara bagaimana anda juga untuk mudah dapat kerja selepas graduate atau pun mahu tukar kerjaya, apa kata luangkan sedikit masa di sesi MINI WORKSHOP RESUME WRITING - Rahsia Mudah Dapat Kerja bersama saya.
Workshop ini dikendalikan di office Career Expert yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor – pada 16 Mac 2019 bermula jam 10 pagi hingga 5 ptg.
KLIK sini ya untuk daftar dan lihat maklumat lanjut . 🙂