
Dalam pertemuan bersama rakan-rakan usahawan, seperti biasa masing masing rancak bercerita tentang perancangan dan strategi yang mahu digunakan untuk mengembangkan perniagaan.
Beberapa kali, saya ditanya oleh mereka, betul tak strategi saya begini begitu, Encik Nik? Jawapan ringkas saya, tak ada betul atau salah dalam melaksanakan apa apa strategi. Ia berbalik kepada, siapa pelanggan kita dan adakah strategi yang digunakan itu TEPAT atau TIDAK TEPAT dan telah MEMENUHI keperluan pelangan kita.
Strategi yang tepat, akan membuahkan hasil yang lumayan. Ketika itu, kita akan mengetahui, bahawa strategi yang kita gunakan telah memenuhi kehendak pelanggan.
BAGAIMANA NAK TAHU STRATEGI YANG TEPAT atau SEBALIKnya?
Kita akan dapat mengetahuinya melalui PENGALAMAN. Pengalaman itu tak semestinya yang berlaku pada diri sendiri, tapi mungkin ia dari pengalaman sifu, mentor, kawan sebisnes atau rakan baik anda.
CERITA USAHAWAN BURGER
Kalau anda nak buka bisnes burger di tempat anda, siapa yang anda cari? Pasti seseorang yang ada pengalaman dalam bisnes burger..contohnya Fizo Omar ke, Abg Bun Burger ke atau seseorang yang anda boleh jadikan sebagai tempat rujukan atau dalam bahasa mudahnya, OTAI! (dalam bisnes yang anda ceburi)
Melalui role model, otai atau mentor anda ini, apa maklumat yang anda perolehi?
Contohnya seperti maklumat berkenaan daging burger yang berkualiti, harga berpatutan dan sedap, roti yang lembut, dan mungkin resepi yang sedap dan lain dari peniaga peniaga lain
TAK SEMUA OTAI NAK KONGSI RAHSIA KEJAYAAN
Betul, saya setuju, tapi tidak semua OTAI yang tak nak kongsi, betul tak? Namun, melalui mereka, kita akan dapat meminta nasihat, atau berkongsi pengalaman yang boleh dijadikan panduan atau lesson learn dalam perniagaan kita sekarang.
JADI, BAGAIMANA NAK MERANCANG STRATEGI YANG TEPAT & BETUL?
Kuncinya adalah, SIAPA PELANGGAN KITA?
Pelanggan ini adalah orang seperti kita yang ada improvement atau peningkatan dari segi pemikiran, kewangan dah sebagainya. Mereka ada ilmu dan tidak mudah diperbodohkan.
Strategi yang begitu hebat dan terbaik digunakan suatu ketika dulu, belum tentu menjadi strategi yang terbaik boleh diaplikasikan pada masa sekarang.
So, MACAMANA NAK BUAT STRATEGI YANG TERKINI DAN MENARIK MINAT GENARASI SEKARANG?
Jika ada yang curious nak tahu, dalam kelas / bengkel saya kendalikan ada saya ajarkan cara-cara nak buat strategi yang ikut mengikut bisnes anda sekarang.
Nanti kita jumpa dalam kelas yer 🙂
NikFaiz
Master Trainer
www.nikfaiz.com