Salam hujung minggu!

Hari ini saya lapangkan masa untuk menulis blog tentang buku Mudah Dapat Kerja ini. Untuk makluman anda yang mungkin baru pertama kali sampai ke blog ini, ini adalah buku pertama tulisan Nik Faiz yang diterbitkan di bawah syarikat kami sendiri, Career Expert Sdn Bhd.

Buku ini dilancarkan secara rasminya pada 21 September 2019 di Career Expert Eventhall. Majlis kecil-kecilan ini di adakan bersama dengan jamuan hi-tea yang dihadiri oleh 80 orang terdiri dari kenalan dan followers Career Expert.

Sejak dilancarkan, kami telah menerima tempahan pre-order sebanyak 115 unit. Dan sehingga kini, beratus yang terdiri daripada golongan graduan, pencari kerja, kaunselor dari peringkat junior hingga ke top level management telah memililki buku ini.

Buku Mudah Dapat Kerja Ini Tentang Apa?

Buku ini adalah sebuah buku berbentuk storytelling dan penuh dengan infografik, yang dilengkapi dengan praktikal step by step untuk membantu mereka yang sedang mencari kerja menghasilkan resume mereka sendiri yang berkualiti. Buku ini sebenarnya terhasil hasil dari kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh peserta-peserta bengkel dapat kerja yang telah hadir ke bengkel yang dikendalikan oleh Nik Faiz.

Memandangkan tidak semua mampu untuk hadir ke bengkel yang kami jalankan ataupun kekurangan bajet untuk menjemput Career Expert, tercetusnya ilham kami untuk membukukan buku ini agar lebih ramai dapat panduan lengkap yang terkini dan tepat selari dengan kehendak syarikat kini.

Selain dari mempelajari seni menulis resume, buku ini juga mengandungi panduan untuk menulis cover letter, persediaan temuduga dan panduan untuk mencari kerja. Termasuk yang persediaan dari segi pemilihan pakaian dan penampilan imej asas untuk hadir temuduga, body language ketika hadir temuduga.

Kandungan Buku Full Color 128 Muka

buku mudah dapat kerja by nik faiz

Pengalaman Manis

Pengalaman manis peserta pembaca yang telah mengalami kemanisan dipanggil temuduga, dapat jawatan yang diidamkan bersama tips dan strategi buku Mudah Dapat Kerja

buku mudah dapat kerja

Buku Mudah Dapat Kerja Ke Brunei…dan Terkini Dubai!

Sejak pelancaran buku ini tempohari, kami telah menerima permintaan dari pembaca dari Brunei . Dan terkini..buku ini telah mendapat pelanggan dari Dubai -United Arab Emirates pula! Wow… Penulisan dan tips yang dikongsi oleh Nik Faiz adalah yang menepati International Standard Resume Writing, jadi di mana saja anda berada sekalipun, panduan ini boleh diguna dan tidak terhad di Malaysia saja.

Semoga buku MDK ini terbang lebih jauh ke serata negara! Ameen Ya Allah Ya Mujeed. Mohon ameen kan bersama ya 🥰🥰🥰

*Nota, jadi bagi anda yang belum miliki buku Mudah Dapat Kerja terbaru ini, pastikan dapatkan segera ya. Buku Career Expert terbaru ini di www.Buku.CareerExpert.my!

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Wohoo! © Career Expert Sdn.Bhd - All Rights Reserved