Hari ini saya mahu kongsikan tentang cara menulis executive summary dalam menyediakan resume anda. Ramai yang bertanyakan pada saya mahu meletakan ‘Career Objective’ atau pun ‘Executive Summary’ di dalam resume.
Sebenarnya ‘Career Objective’ dan ‘Executive Summary’ adalah dua perkara yang berbeza .Oleh itu, cara menulisnya juga adalah berbeza.
Ini nasihat dan pandangan saya,
Perkara yang ditulis dalam Career Objektive adalah tentang sesuatu yang merujuk kepada anda. Manakala, EXECUTIVE SUMMARY merupakan sesuatu nilai yang ada dalam diri anda yang ingin anda tawarkan kepada bakal majikan.
Cara menulis executive summary yang betul adalah dengan memberitahu kepada bakal majikan iaitu:
1. Tentang nilai yang ada pada diri anda
2. Bagaimana anda akan menggunakan dan memberi kebaikan kepada sesebuah syarikat.
Ia jauh lebih baik berbanding hanya menceritakan tentang diri anda semata-mata.
Apa yang saya selalu pesan pada pelajar-pelajar saya, jika di dalam resume anda yang sebelumnya ditulis ‘Career Objective’, maka tukarkannya kepada ‘Executive Summary’.
Begitu juga pesanan saya untuk anda. Hari ini anda sudah tahu teknik cara menulis executive summary dalam resume, tukarkan ia dan sila kongsikan artikel ini agar lebih ramai dapat manfaat 🙂
Sekiranya anda ingin pelajari cara bagaimana anda juga untuk mudah dapat kerja selepas graduate atau pun mahu tukar kerjaya, apa kata luangkan sedikit masa di sesi MINI WORKSHOP RESUME WRITING - Rahsia Mudah Dapat Kerja bersama saya.
Workshop ini dikendalikan di office Career Expert yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor – pada 16 Mac 2019 bermula jam 10 pagi hingga 5 ptg.
KLIK sini ya untuk daftar dan lihat maklumat lanjut . 🙂