Salam.

Hari ini saje nak share satu cara mudah dan menjadi nak halau semut dari bekas gula.

Sebenarnya, petua ini saya pernah kongsikan di Facebook saya dulu. Alhamdulillah, ramai yang dapat manafaat dengan berkongsi di wall Facebook masing masing dan praktikan.

nikfaiz-petua-halau-semut-dari-gula

Baru baru ini ada yang PM bertanyakan petua ini. Katanya dah pernah share kat wall Facebook supaya tak lupa.

Sudahnya apabila bekas gula dimasuki semut, dah tak jumpa kat mana yang mereka share tu.

Baik saya share di blog aje kan, senang cari, dan bagus juga untuk rakan rakan yang mencari penyelesaian masalah sehari-hari ^_^

 

Arwah mak bagi petua ni…

Apabila gula dalam bekas dimasuki semut jangan dibuang, gula masih boleh dipakai

Cara #1 Letak Daun Pandan

nikfaiz-daun-pandan

Letak daun pandan seikat dua dalam bekas gula, dalam masa beberapa jam semut akan keluar sendiri.

Ternyata betul, tak sampai sejam semut merayap keluar.

Selain bau daun pandan yang wangi, daun pandan juga dapat digunakan untuk untuk halau lipas. Memang tiada dan boleh kata berkurangan.

Cara #2 Kulit Kayu Manis

nikfaiz-kulit-kayu-manis

Yang ini rasanya biasa kita dengar, dengan menggunakan kulit kayu manis.

Letak sebatang kulit kayu manis dalam bekas gula.

Semut/serangga memang ‘alah’ dengan bau kulit kayu manis ni. Jadi bila bau ini, dengan sendiri mereka akan cari jalan nak keluar

Cara #3 Bunga Cengkih

nikfaiz-bunga-cengkeh

Tip ini untuk anda yang ‘ok’ dengan bau bunga cengkih.

Ada sesetengah orang tak berapa suka dengan baunya (termasuk saya), jadi biasanya saya prefer cara 1 atau 2 nak elak semut masuk dalam bekas gula.

Memadai dengan 2-3 kuntum bunga cengkih saja, dan letak di dalam bekas.

InsyaAllah, tip ketiga ni pun menjadi.

 

Selamat mencuba yer.Terima kasih sudi membaca entry ini , Jika bermanafaat, cer klik LIKE & SHARE di wall masing masing k 🙂

Nukilan,
AinulNaim

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Wohoo! © Career Expert Sdn.Bhd - All Rights Reserved