Skip to main content
KomunikasiMotivasi

Cara Untuk Bertenang & Kawal Emosi

By January 1, 2016January 16th, 20183 Comments

Pernah tak anda rasa sedih, kecewa, marah, malu bercampur campur dalam satu masa? Macam dalam gambar di bawah.

emotional-hijacking-nik-faiz

…pernah tak anda merasakan keadaan yang macam ni…anda dah buat sesuatu then selepas itu anda merasakan yang anda tak patut pun berbuat ataupun berkata sebegitu.

Selalunya kalau sesuatu itu berlaku diluar kawalan maka kita akan merasa kesal, rasa sedih, rasa kecewa, dan malu dengan diri sendiri serta orang lain, tetapi juga mendatangkan sesuatu yang luar biasa.

Bahasa mudah faham, orang panggil emosi tak stabil / tak terkawal atau dipanggil Emotional Hijacking!

Emotional Hijacking

Ada 2 jenis emosi yang perlu kita fahami,

  1. Emotional Hijacking Positif

  2. Emotional Hijackng Negatif

 So yang positif ni mcm mana..yang negative ni macam mana?

Emotional Hijacking-Positif

Emotional hijacking yang positif ini bermaksud apabila emosi anda telah di’hijack’ anda akan mempamerkan sesuatu yang tindakan, percakapan, atau sikap yang positif.

Yang ni memang kita perlukan setiap masa.

Sebagai contoh; seorang pelajar sekolah yang jumpa dengan kaunselor sekolah dan meluahkan perasaan tak minat belajar. Selepas setengah jam sesi kaunseling dan motivasi, pelajar itu keluar dengan wajah yang tersenyum dan bersemangat.

Apabila mendapat suntikan yang positif, akan mendorong tindakan yang positif dan membawa kebaikan pada diri kita.

Best kan dapat hijack emosi positive setiap hari 🙂

Emotional Hijacking-Negatif

Yang negative pula bermaksud, apabila emosi anda dihijack, anda memperlihatkan tingkah laku yang kurang sopan dan berkata-kata sesuatu yang tidak sepatutnya diucapkan.

emotional-hijacking-nik-faiz

Kadang kala, orang yang bijak pandai pun boleh bertindak sesuatu yang b.o.d.o.h atau luar biasa dan tak sepatutnya dilakukan oleh yang mempunyai pendidikan tinggi seperti mendera isteri dan anak, membunuh, terjun bangunan dan lain lain perkara.

Tahun lepas, kecoh tentang pelajar perempuan yang merelakan dirinya dipeluk oleh penyanyi K.POP ketika menghadiri konsert penyanyi tersebut di ibu kota. Kerana emosinya telah dipengaruhi dengan ‘minat gila’ pada penyanyi korea, sehingga maruah sanggup tergadai.

Ini merupakan satu senario dimana emotional hijacking yang negatif berlaku.

Lagi tentang Emotional Hijacking

Baru baru ini, saya telah mengendalikan program bersama peserta program Apprentice Academy yang dianjurkan oleh eNCoral Academy. Kalau belum baca artikelnya, ada saya kongsikan di sini (Baca – Emotional Intellgence & Komunikasi bersama eNCoral ). Antara topik perbincangan hangat adalah tentang Emotional Hijacking yang selalu berlaku di tempat kerja.

Jadi, sekiranya emosi anda telah di hijack, apa tindakan anda? Di dalam video ini saya kongsikan cara cara menghadapi emosional hijacking sekiranya berlaku pada diri anda. Semoga bermanafaat 🙂

[youtube id=”https://youtu.be/wP56DGfyzvk” width=”600″ height=”340″ position=”left”]

 

Share

Sekiranya anda rasa artikel ini memberi manafaat pada orang lain, jangan lupe klik butang SHARE di Facebook / Twitter anda agar lebih ramai dapat manafaat darinya!

Semoga berjumpa lagi di artikel lain, insyaAllah. Jika anda tak mahu terlepas artikel-artikel @ tip dari saya, jemput masukan emel anda di atas untuk menerima artikel terus ke inbox anda 🙂

Dari pena writer,

Nik Faiz
www.nikfaiz.com

3 Comments

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.