Skip to main content
Isu SemasaTop Post

Coach Nik Faiz di Sinar Harian – 6 Sebab Susah Nak Dapat Kerja

By January 15, 2018November 15th, 2021No Comments
6 Sebab Susah Nak Dapat Kerja

Alhamdulillah, terima kasih di atas sokongan semua. Tahun 2017, beberapa kali The Career Expert telah dilamar oleh media akhbar, stesen televisyen utama dan radio.

Tidaklah terlalu banyak seperti konsultan lain, namun ini menjadi pendorong untuk The Career Expert berkongsi ilmu dengan lebih luas dan aktif lagi.

6 Sebab Susah Nak Dapat Kerja – Sinar Harian, Sembang Siswa Kampus

 

RAMAI rasa cari kerja itu senang dan mudah serta tidak memerlukan sebarang skill untuk melakukannya.

Penulisan resume dipandang remeh. Dengan mengambil pendekatan copy-paste dari mana-mana halaman sesawang, menyebabkan hilangnya idenititi resume sendiri. Akhirnya, tiada satu pun peluang jemputan temu duga.

1. Tidak Jelas Matlamat Kerja

Matlamat kerja diselaraikan dengan kehendak akan membuatkan mereka jelas dengan jenis pekerjaan hendak di cari dan apa ingin dicapai dalam pekerjaan contohnya gaji, pangkat, bonus dan sebagainya.

Pastikan diri kita jelas matlamat kerjaya, barulah mula mencari kerja.

<h2>2. RESUME RECYCLE DAN TIDAK UP-TO-DATE

Bakal majikan sukakan calon ‘fresh’. Bukan merujuk kepada calon baru tamat pengajian, tetapi bermaksud calon yang peka pada perkembangan semasa, sama ada dari segi teknologi, sosioekonomi dan sebagainya.

Ubah resume, dapatkan nasihat daripada mereka berpengalaman untuk membantu anda menghasilkan resume lebih berkualiti dan segar.

 

3. TIDAK MEMBUAT PERSEDIAAN TEMUDUGA

Ramai calon ambil mudah perkara ini hingga menyebabkan mereka melalUI temu duga dengan sambil lewa. Akhirnya membuatkan bakal majikan tidak berminat ambil mereka bekerja.

Anda tidak akan tewas dengan mudah, dan tidak memberikan calon lain menang dengan senang.

 

4. SKILL PERIBADI, TEKNIKAL TIDAK JELAS

Skill peribadi tidak jelas sebabkan bakal majikan keliru kekuatan sebenar anda. Senaraikan skill peribadi dan teknikal anda ada, kemudian susun skil tersebut mengikut keutamaan kekuatan paling tinggi.

Lebih banyak skill anda ada, lebih mudah anda pikat hati bakal majikan.

 

5. TIDAK MEMILIH JAWATAN, GAJI

Keadaan ekonomi sekarang sedang memaksa bakal majikan ‘hire-low’ atau mengambil pekerja dengan gaji rendah.

Jangan terlalu memilih, tidak semua yang kita inginkan kita akan dapat sekali gus dalam satu-satu masa.

Kenal pasti keutaamn anda, ia lebih mudah dan membantu kita membuat pilihan kerja.

 

6. TIADA KEYAKIAN DAN TIDAK BERGANTUNG HARAP

Usaha bersungguh-sungguh tetapi tiada keyakinan pada ALLAH SWT terhadap apa yang diusahakan, akan menjadikan ia sia-sia.

Usaha dan keyakinan pada ALLAH SWT ini diibaratkan seperti magnet kepada peluang anda sedang cari.

Jika ada keyakinan kita pada sesuatu kita cari, maka peluang itu akan datang dan tertarik kepada kita.

Apabila diletakkan segala pengharapan dan keyakinan pada ALLAH SWT, maka urusan kita mencari peluang pekerjaan akan jadi lebih mudah, dan tiada sebarang tekanan kerana kita yakin bahawa cepat atau lambat peluang itu akan datang kepada kita.

 

 

5 Tips Mudah Dapat Kerja Untuk Graduan

 

1. Jadilah berbeza

Menjadi calon yang berbeza dan perbezaan yang majikan cari. Dengan menjadi berbeza, maka akan memudahkan majikan memilih bakal kakitangan mereka

2 Resume Khas

setiap resume yang dibuat haruslah khas dan khusus untuk syarikat yang dimohon. Ini kerana lain syarikat lain perkara yang perlu diketengahkan.

3. Bersedia –

Buat persediaan dan persiapan yang secukupnya untuk temuduga agar temuduga tersebut dapat dilalui dengan lancar.

4. Jaga Adab

Jaga adab di dalam penulisan resume, surat iringan, dan juga temuduga. Ianya sangat penting dan merupakan antara ciri yang dicari oleh ramai bakal majikan.

5. Berusaha, berdoa, dan bertawakkal

Ianya akan menjadikan diri kita tidak stress bila mana sesuatu usaha itu masih belum menjadi milik kita.

 

 

Nik Faiz

 

 

 

Coach Nik Faiz 
Career Coach & Professional Motivator | 100 Most Inspirational LinkedIn Icon Malaysia
Career Expert Sdn Bhd
www.nikfaiz.com

 

Nak jemput Coach Nik Faiz ke tempat anda 🙂
Sila hubungi 019-210 4948 atau klik sini

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.