Skip to main content
Isu SemasaKesihatan

DIET – Kaedah Cegah Penyakit Terbaik

By June 1, 2015January 17th, 2016No Comments

5 Mei 2015 – Alhamdulillah kali ini saya telah dijemput oleh pihak Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi berkongsi tips kepada pensyarah pensyarah dan kakitangan fakulti berkenaan memupuk kesedaran untuk menjaga kesihatan di dalam topik ‘Cegah Sebelum Terlambat’.

Para pendengar juga didedahkan dengan statistik penyakit yang kian meningkat hari demi hari, tahun demi tahun. Antara informasi penyakit yang saya kongsikan adalah seperti penyakit kencing manis, penyakit jantung, penyakit angin ahmar, dan juga permasalah obesity yang menjadi punca utama tercetusnya penyakit berangkai ini.

4 Perkara Jaga Kesihatan Diri

Antara konsep menjaga kesihatan diri yang dikongsikan sepanjang sesi adalah meliputi:
1) Kesihatan fizikal
2) Kesihatan Mental
3) Kesihatan Spiritual
4) Dan Kesihatan Sosial

 

Cegah Penyakit Sebelum Terlambat | Program Kesihatan bersama NikFaiz di UPM, Serdang

 

Saya telah menerangkan tentang konsep sebenar kesihatan fizikal, mental, Spiritual, dan juga sosial. Dan apakah ‘measurement’ jika salah satu daripada kesihatan kita terjejas dan apakah cara yang terbaik supaya kita dapat mencapai kesihatan yang optimum setiap masa.

Dalam kesempatan ini juga saya sempat meluangkan masa bersama Dr. Samsudin , atau ‘Dr.Sam’ panggilan mesra di kalangan staff staff fakulti berbual tentang pandangan beliau terhadap kesihatan kampus pada masa kini.

Bersama Dr Samsudin, Pensyarah Kanan dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM, Malaysia

Bersama Dr Samsudin, Pensyarah Kanan dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM, Malaysia

Secara umumnya, rakan-rakan pensyarah sudah mempunyai kesedaran tentang kesihatan namun begitu, alternative pencegahan penyakit adalah terlalu banyak dipasaran sehingga kadang-kadang boleh menyebabkan kekeliruan untuk memilih kaedah pencegahan penyakit yang terbaik.

DIET – Kaedah Pencegah Penyakit Terbaik

Diet ini pada kebanyakkan daripada rakan-rakan kita bermaksud NAK KURUS, tetapi sebenarnya bukan itu sahaja. Dengan DIET yang betul, seseorang itu bukan sahaja dapat menguruskan badan tetapi juga mendapat kesihatan badan yang ideal.

 

 

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.