Skip to main content
Kursus Penulisan Resume dan Temuduga

Resume Writing & Effective Job Interview Workshop | Skudai

By January 18, 2017August 15th, 2019No Comments
Nik Faiz -Effective Job Interview Workshop

Effective Job Interview Workshop

Di US, statistik resume yang diterima oleh hiring company pada September tahun 2016 adalah sebanyak 22 juta. Dari 22 juta tersebut, hanya 200k sahaja calon di ambil bekerja ?, bermaksud sukses rate hanya pada 0.009%!

Di Malaysia pula, alhamdulillah belum lagi sampai ke tahap ini, tapi sedang menuju ke tahap itu. Rakyat Malaysia, ramai yang berbakat dan berkebolehan..cuma nak cara untuk memberitahu kepada orang lain tentang bakat yang ada menggunakan cara yang kurang tepat.

Alhamdulillah, dengan niat untuk menyebarkan ilmu dan membantu adik-adik lepasan graduan dan pencari kerja yang masih belum mendapat kerjaya, buat pertama kalinya bengkel Business Resume Writing & Effective Job Interview dilaksanakan di Johor.

Program ini menekankan pentingnya seseorang itu mengenali kebolehan potensi dan kelebihan yang ada dalam diri sebelum memohon kerja.

Sebelum mencari dan memohon kerja, keperluan untuk menjadi BERBEZA dari calon pemohon kerja yang lain agar terserlah keupayaan diri ditekan kan dalam bengkel ini.

12 Kunci Emas Menulis Resume

Di dalam kursus ini juga, peserta diberi penekanan 12 KUNCI EMAS Resume yang akan menyerlahkan nilai anda yang sebenar sebagai calon yang dicari oleh majikan.

Bengkel ini berbentuk praktikal, dan peserta diberi kan latihan untuk terus mengaplikasikan ilmu yang dipelajari seperti menulis Cover Letter (CV), copywriting menulis resume, teknik untuk mudah lulus temuduga serta ditunjukkan cara dan kaedah profesional untuk melakukan rundingan gaji dengan bakal majikan.

Maklumbalas Peserta

Ada kata kata dah Banyak Kali Join Bengkel Resume Kat Universiti Dulu. Saya faham, anda dah pernah hadir bengkel sebegini. Tapi, bukan dengan saya 😀

Kata peserta yang telah hadiri  Effective Job Interview workshop ini, ilmu yang dapat kat bengkel ini lain dari yang belajar dulu. Apa yang lain? Saya kongsikan di sini testimonial / feedback peserta selepas hadir ke bengkel ini 🙂

Saya sudah 7 tahun tidak mengemaskini resume. Setelah hadir bengkel hari ini, semangat untuk mengemaskini dan 'test market' dalam pasaran pekerjaan semakin berkobar-kobar.
Terima kasih Tuan Faiz atas garis panduan penulisan resume dan tip temuduga yang sangat bernilai dengan pendekatan yang mudah difahami. Bengkel ini AMAT BERBEZA dari kursus-kursus resume yang saya pernah hadiri sebelum ini.

Peserta Program

Dapat mempelajari jenis-jenis pembentangan resume seperti video resume yang semakin hangat digunakan di luar negara serta mendapat pendedahan tentang soalan-soalan temuduga yang sering ditanya dan langkah-langkah yang terbaik untuk menjawab pertanyaan tersebut.

Nur Diana AzmiPeserta Program

Bengkel ini bukan setakat bagus kerana memberi ilmu menghadiri interview dan menyediakan resume POWER. Yang lebih menarik, ia boleh terus diaplikasikan untuk mendapatkan kejayaan memperolehi tempat dalam kerjaya impian kerana ilmu yang diajar step-by-step dan mudah di fahami.

DayahKaunselor

Saya ingin mengucapkan terima kasih buat Tuan Faiz kerana berkongsi ilmu dan tip bagaimana untuk mendapat kerja. Teknik yang betul yang dipelajari untuk menghadapi temuduga sangat bernilai dan amat membantu saya untuk membuat persediaan bagi mencapai cita-cita saya

HasnahJohor Bharu

Sepanjang hari ini bengkel yang disampaikan oleh Tuan amat bermanafaat dan memberi gambaran yang sangat jelas. Saya banyak belajar perkara dan teknik baru mengenai temuduga yang betul dan cara yang jelas tentang penulisan resume. Bengkel ini amat memberi manafaat terutama pada kami pelajar pelajar IPTA dan graduan-graduan yang sedang mencari kerja. Memang sangat best & terbaik!

FatinPelajar UTM

Effective Job Interview Workshop

Sesi training ini dijalankan dalam keadaan yang santai. Ada perbincangan berkumpulan dan aktiviti individu di jalankan.

Peserta-peserta juga melalui sesi demostrasi mock-interview yang di laksanakan dalam bentuk interview berkumpulan dan individu. Mereka juga didedahkan dengan contoh-contoh soalan dalam temuduga dan cara menjawabnya.

Dikesempatan ini, pihak Career Expert ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Sinaran Ilmu & Consultancy yang menganjurkan Workshop Resume Writing & Effective Job Interview di Skudai,Johor baru-baru ini.

Berikut merupakan sebahagian dari aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan  bersama peserta-peserta yang hadir.

 

Berminat Untuk Menjemput Career Expert Ke Organisasi / Universiti Anda?

Isikan borang di bawah ini untuk mendapatkan workshop outline dan sebut harga.

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.