Skip to main content
Bimbingan KerjayaTanya CoachTop Post

Graduan Diminta Buat Bayaran Untuk Dapat Kerja, Hati-Hati!

By August 28, 2017No Comments
nik faiz graduan dapat kerja

Semalam ada group coaching kerjaya bersama sekumpulan graduan.
Mereka tanya pasal bayaran yang diminta oleh syarikat.

Saya beritahu, belum ada lagi dalam sistem pengambilan pekerja samada di Malaysia ataupun peringkat international yang meminta calon pekerja membuat bayaran menggunakan duit sendiri.

Ia tidak betul dan tidak sepatutnya berlaku.

[gdlr_heading tag=”h2″ icon=”icon-heart” font_weight=”bold” ]BAYARAN[/gdlr_heading]

Calon hanya perlu mengeluarkan duit sendiri untuk bayaran berikut:

  • Tol
  • Tambang bas / LRT
  • Tambang teksi / uber / grab
  • Medical check-up / dental fee (boleh claim kemudian)
  • … dan lain-lain benefit yang disediakan oleh syarikat & dibolehkan untuk claim kemudian.
[gdlr_heading tag=”h2″ icon=”icon-flash” font_weight=”bold” ]BAYARAN YANG MERAGUKAN[/gdlr_heading]

Namun, bayaran yang perlu disemak sekiranya pihak syarikat meminta calon pekerja membuat bayaran untuk perkara-perkara yang meragukan seperti berikut:

  • Bayaran insuran/takaful
  • Yuran pendaftaran
  • Booking fee
  • Yuran proses
  • Yuran komitmen
  • … dan lain-lain bayaran yang mungkin boleh di namakan apa-apa sahaja.

Pesan saya kepada mereka, atas keterdesakan hidup dan tekanan sekeling yang dihadapi oleh graduan untuk mendapat pekerjaan, semakin ramai kumpulan scam yang ligat mengambil kesempatan ke atas job seekers sekarang.

Mereka menyatakan calon perlu membuat bayaran pendahuluan ini sebagai jaminan untuk mendapat kan tempat untuk pekerjaan ataupun di terima temuduga.

Anda perlu berhati-hati supaya tidak terpengaruh dan jatuh dalam penipuan mereka.

(p/s: tolong kongsikan dengan rakan-rakan).

 

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: This is Copyrighted Material. Copyright 2023@Career Expert Sdn.Bhd.