Skip to main content
Bimbingan KerjayaTop Post

Jawapan Kepada Rahsia Seronok Bekerja

By August 31, 2018September 11th, 2018No Comments
seronok bekerja

Pernah saya tulis sebelum ini tentang 20 tips untuk merasa seronok bekerja.  Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 61 ini, saya nak kongsikan bagaimana cara dapatkan apabila anda rasa rutin harian yang anda buat sama setiap hari, dan anda mula rasa boring.

Rutin kerja yang sama sahaja setiap hari adalah kerana kita sendiri yang buatkan ia sama. Ia akan jadi ‘sama’ sebab kita tak ada usaha pun untuk majukan diri kita dengan kelainan.

Seseorang boleh maju apabila dia melakukan KELAINAN yang lebih baik dalam kerjan untuk menjadi kan diri seronok berkerja.

Jika kita membiarkan setiap hari berlalu tanpa ada sebarang kelainan, pengalaman dan pengajaran yang baru, maka kita tergolong dalam golongan orang yang rugi.

Rugi kerana Allah tidak menjadikan hari kita hari yang sia-sia tanpa ada sebarang manfaat pengajaran.

Mereka yang cemerlang dalam kerjaya, adalah kerana mereka menemui kepuasan dan keseronokan dalam hidup.

Amati kembali setiap detik kehidupan yang telah kita lalui.

Kenapa Boring dan Tak Seronok Bekerja

Sebab kita tak suka dengan kerja yang kita buat sekarang, tidak ada ‘engagement’, orang kata tidak ada roh..

Apabila tiada roh dalam kerja kita, tidak akan ada rasa suka terhadap kerja yang kita buat. Lama kelamaan kita hanya akan nampak bahawa kerja kita itu biasa-biasa.

Lebik teruk lagi apabila kita nampak kerja yang kita buat itu adalah sia-sia, walaupun sebenarnya apa yang kita buat itu luar biasa.

Ambil contoh suri rumah. Jika dipandang dari satu sudut, kita hanya akan nampak bahawa kerja mereka rileks sahaja duduk rumah. Namun jika kita amatinya betul-betul kita akan rasa nilainya..tenang dan damai saat memijakkan kaki kedalam rumah.

Kerja jadi ‘pak guard’, nampak macam biasa-biasa, rileks je duduk dipintu gate tengok orang keluar masuk.
Apabila kita amatinya betul-betul, adakah mereka hanya sekadar tengok orang sahaja?

Hakikatnya mereka perhati dan sentiasa berjaga-jaga untuk menjaga keselamatan mereka yang lain disekelilingnya.

Tidak akan ada orang yang akan menghargai kerja kita melainkan kita menghargainya terlebih dahulu. Tidak akan ada orang yang suka dengan hasil kerja kita melainkan kita terlebih dahulu menyukainya..

Apabila kita menghargai setiap hasil usaha kita, kita akan menemui jawapan untuk seronok bekerja.

mudah 
dapat kerja


Sekiranya anda ingin pelajari cara bagaimana anda juga untuk mudah dapat kerja selepas graduate atau pun mahu tukar kerjaya, apa kata luangkan sedikit masa di sesi MINI WORKSHOP RESUME WRITING - Rahsia Mudah Dapat Kerja bersama saya.

Workshop ini dikendalikan di office Career Expert yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor – pada 16 Mac 2019 bermula jam 10 pagi hingga 5 ptg.

KLIK sini ya untuk daftar dan lihat maklumat lanjut
. 🙂

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.