
Kepintaran Emosi
Pernahkah anda mendengar istilah Emotional Intelligent (EQ)?Selalunya kalau kita berada di dalam kelas, kita sering akan di nilai dari segi IQ (Kepintaran Intelek) namun tahukah anda jika anda mempunyai IQ yang tinggi sahaja tidak akan menjamin bahawa anda akan berjaya dalam akademik di sekolah, di kolej, di university dan sebagainya.
Pernah anda mendengar (Grade A working with grade C), maksudnya rakan pembaca sekalian adalah dimana seseorang yang pintar dan selalu mendapat grade A ketika ‘exam’ bekerja dengan seseorang yang selalu mendapat gred C dalam peperiksaan dan kurang cemerlang dalam pembelajarannya.
Bisnes vs Emosi
Bidang bisnes ini adalah sangat bergantung kepada EMOSI. Jika anda dapat memenangi emosi pembeli maka dengan izin Allah rezeki tersebut akan menjadi milik anda. Jika anda tidak dapat memenangi emosi pembeli tersebut maka melepaslah peluang rezeki anda dengan pembeli tersebut.
Memang tidak dinafikan bahawa rezeki semuanya datang dari Allah s.w.t, namun Allah juga telah menyuruh kita untuk berusaha untuk mendapatkan rezeki, bukan hanya duduk dan berdoa sahaja. Seperti mana petikan dalam surah seperti berikut:
“Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung” {Surah Al- Jumuah: ayat 10}
Aspek EMOSI ini merupakan perkara yang paling penting dalam sesuatu perniagaan. Cuba anda perhatikan di pasar malam contohnya; sekarang ni musim durian dan boleh dikatakan durian sekarang memang berlambak-lambak di kedai dan gerai masing-masing cuba untuk promosikan durian masing-masing.
Katakan anda pergi ke gerai A dan anda lihat layanannya cukup hambar dan yang paling menyedihkan adalah ada juga yang bermain dengan telefon pintar masing-masing. Promoter’ durian kurang mesra memanggil pelanggan, adakah anda akan berkunjug ke gerai mereka? Tentunya tidak bukan. Anda semestinya akan pergi ke gerai yang lebih mesra pelanggan dan menjentik emosi anda.
Manakala, gerai B pula adalah gerai yang cukup meriah dengan laungan promosi dan tawaran harga yang menarik.. Malah, mereka tidok lokek untuk memberi pelanggan merasai sendiri buah buahan yang ada di gerai. Lebih menarik lagi, peniaga menyediajan air mineral kepada pelanggan yang menikmati durian di gerai mereka.
Jadi, gerai manakah pilihan anda?
Jika perniagaan anda adalah seperti gerai durian B yang mana dari aspek EMOSI pelanggan dijaga dengan cukup baik, maka tahniah saya ucapkan! Secara normalnya, kita akan suka jika sesuatu keadaan itu melayan EMOSI kita dengan baik.
Dalam perniagaan, jika kita menjaga EMOSI pelanggan dengan baik, kadang-kadang orang akan membeli di kedai atau gerai kita bukan kerana mereka tidak ada pilihan lain, akan tetapi mereka ingat dengan layanan baik kita kepada mereka.
Bersambung.
Nukilan,
NikFaiz