Skip to main content
MotivasiTip Personaliti

Kenapa Allah Belum Perkenanan Doa Saya?

By April 22, 2016No Comments
nik-faiz-kenapa-allah-tak-terima-doa

Salah seorang usahawan syarikat MLM terkemuka di Malaysia yang kini telah menjadi seorang jutawan pernah bertanya kepada saya di dalam program ‘Team-building’ yang saya kendalikan.

Begini pertanyaan beliau ‘Kenapa tuan, setelah 2-3 bulan setiap kali selepas solat..saya berdoa pada Allah.. Allah masih belum perkenankan doa saya?’
.
Jawapan saya kepada beliau, ‘Begini tuan, tuan bukan bakal jutawan pertama yang bertanyakan soalan tersebut kepada saya..pandangan saya adalah, daripada kita lihat ‘kenapa Allah itu..’ dan ‘kenapa Allah ini..’ adalah lebih baik kita lihat ‘kenapa dengan diri kita yakni tuan sendiri’ yang membuatkan Allah belum menerima doa tuan?
.
Dengan seikhlas hati, saya mahu tuan jawab persoalan saya ini di dalam hati tuan.
Soalan saya..:

1) Bagaimana hubungan tuan dengan Allah? adakah rapat..atau tidak? (Nak tahu rapat atau tidak, cuba ingat balik, berapa kali tuan ingat pada Allah setiap hari)

2) Bagaimana solat tuan? adakah solat tuan berkualiti(awal waktu) atau sekadar memenuhi tuntutan agama sahaja(hampir terlepas waktu)?

3) Bagaimana doa tuan? adakah tuan berdoa sambil lewa atau berdoa bersungguh-sungguh?

4) Bagaimana keyakinan tuan? terhadap doa dan usaha niaga yang tuan lakukan? adakah dengan penuh keyakinan atau masih ada ragu-ragu?

5) Dan bagaimana niat bisnes tuan? adakah tuan niat untuk kaya demi memenuhi impian hidup sendiri? atau niat nak tolong orang lain juga seperti anak yatim dan fakir miskin?

Selepas beberapa minit kemudian maka bercucuranlah air mata beliau..lalu beliau berkata ‘sesungguhnya saya rasa diri saya amat malu dengan Allah sekarang’…

Tuan, rakan yang tidak kenal dengan kita pun sudah tentu tidak akan bagi pinjam duit dengan kita. tapi Allah sangat kenal tuan,

Allah maha tahu siapa tuan cumanya kita yang belum cukup mengenali Allah dan belum rapat dengan Allah.

Masa tuan ber’dating’ dahulu dengan puan di sebelah (si isteri hanya tersenyum) hampir setiap hari call dan mesej, entah2 lebih dari 50 kali mesej setiap hari, cuba buat perkara yang sama dengan Allah hantar mesej(doa) setiap kali kita ingat padaNya..insyaAllah kejayaan tuan sedang menanti dihadapan.

Salam Jumaat buat semua rakan-rakan, moga dihari penghulu segala hari ini memberikan kita semua ribuan keberkatan dari Allah s.w.t.

.
Jumaat (14 Rejab 1438H)
Nik Faiz, Master Trainer,
Intellixa Academy

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: This is Copyrighted Material. Copyright 2023@Career Expert Sdn.Bhd.