
Entry ini adalah sambungan program motivasi bersama usahawan dalam program saya kendalikan. Saya pernah share dalam blog sebelum ini.
Baca post bahagian 1 di sini = Motivasi Usahawan (Bahagian 1)
Ubah Cara Berfikir
Untuk memahami seseorang, atau melihat situasi yang berlaku dari sudut pandang yang berbeza, kunci utamanya adalah kita perlu mengubah cara berfikir
Tugasan Berkumpulan…
Setiap kumpulan di beri tugasan ringkas dengan melakar dan mewarnakankan logo kumpulan mereka.
Peserta juga perlu memberikan penerangan tentang maksud logo yang telah dipilih mengikut kreativisi masing masing.
Memahami Tujuan …
Dalam proses untuk berfikir secara kreatif, mereka dilatih untuk memahami apa yang berlaku disekeliling mereka dan tujuan mereka berada di dalam program tersebut.
Apabila matlamat telah dikenalpasti, lebih mudah untuk mereka menerima perubahan dengan apa yang bakal mereka tempuhi sepanjang 2 hari 1 malam nanti.
Lihat dari 2 Sudut Yang Berbeza
Untuk memahami apa yang berlaku disekeliling, mereka perlu melihat sesuatu perkara itu dari 2 sudut. Satu daripadanya adalah sudut POSITIF dan satu lagi adalah sudut NEGATIVE.
Apa yang diterapkan didalam program ini adalah melihat POSITIF sesuatu perkara itu sebagai satu PELUANG, dan melihat NEGATIVE sesuatu perkara itu sebagai satu ruang untuk berubah yang mana bakal membawa mereka ke tahap yang lebih baik lagi.
Sebagai contoh; katakan seorang jurujual pergi untuk menjalankan aktiviti jualan mereka. Malangnya kedatangan mereka telah ditolak malah dihalau keluar dari tempat tersebut
Pada pandangan POSITIF & NEGATIF anda dan apa yang anda boleh belajar daripada situasi tesebut?.
Contoh pandangan positif yang saya boleh berikan adalah seperti:
Mungkin pelanggan yang di ‘approach’ oleh jurujual itu bukan pelanggan yang akan bagi ‘bisnes’ untuk dia, dan ada pelanggan lain yang sedang menunggu untuk berikan ‘bisnes’ yang lebih besar lagi. (berfikir dengan cara ini akan menampakkan peluang lain yang jauh lebih besar)
Contoh pandangan negative pula adalah seperti berikut:
Mungkin cara komunikasi ketika bersama pelanggan tersebut adalah salah dan perlu diperbaiki barulah jurujual tersebut akan disenangi oleh pelanggan tersebut. (berfikir dengan cara ini akan membantu memperbaiki kelemahan diri)
Dengan cara berfikir yang sedemikian, insyAllah tidak akan sesekali melemahkan semangat untuk berniaga!
Jemput The Career Expert buat talk di organanisai anda
Hubungi 019-210 4948 atau pun klik TEMPAHAN | BOOKING sekarang