Skip to main content
Motivasi

National Achievers Congress – Amat Bermotivasi!

By May 21, 2019September 14th, 2020No Comments
national achiever congress by career expert

Dua hari menuntut ilmu di National Achievers Congress (NAC) 2019 yang di adakan di MITEC, Kuala Lumpur. Dihadiri oleh 1800 orang peserta dari pelbagai negara.

Kali ni sebab featuring Gary Vee, saya rasa berbaloi untuk saya attend. Bersama-sama hadir, The Career Expert – Coach Nik Faiz. Belajar dan ambil inspirasi dari orang-orang hebat dari serata dunia.

National Achiever Congress 2019

national achiever congress by career expert

Amazing speakers yang berkongsi dalam National Achiever Congress 2019 ini adalah:

Walaupun ada segmen yang saya kurang familiar contohnya seperti property, investment dan trading, saya seronok bila dapat tahu rahsia mereka berjaya.

Dalam kepala asyik kata “Wow this is how they make money!”

Keynote Speech by Richard Tan, CEO at Success Resources

National Achievers Congress 2019 ini dimulakan dengan perkongsian dari pengasas The Success Resources, Mr. Richard Tan.

Beliau ini dikenali kerana berjaya memulakan bisnes education seluruh dunia dengan mengadakan 500 event setahun menampilkan Anthony Robin, Gary V, Donald Trump, Peng Joon, dan ramai lagi. Kini, perniagaan beliau dikatakan mencecah billion ringgit.

📍Be positive as you will learn a lot of things !
📍Don’t be a woman who needs a man , be a woman a man needs !

Saya kongsikan keynote speech dari Mr. Richard Tan.

national achiever congress by career expert
Infografic: Success Resources

RAJIV TALREJA

Rajib Talreja merupakan penulis dan International Bestseller Buku Lead of Bleed.  Beliau menekankan bagaimana untuk membina dan meningkatkan bisnes terus berkembang tanpa diri kita sebagai owner.

Rata-rata business owner tak der masa nak bernetworking jauh sekali nak pergi menuntut ilmu bisnes mana yang kurang. Ini kerana semua benda nak kena buat sendiri sebab kononnya kita lah the best.

Langsung tak sempat nak berhenti sekejap merencana arah tuju bisnes.

Bertahan kerja semua buat sendiri kononnya nak jimat. Jadi dalam business, ini suatu petanda yang tak bagus.

The best word from Rajiv,
“A person doing everything isn’t achieving anything’

national achiever congress by career expert
Infografic: Success Resources

Peng Joon

Peng Joon merupakan satu-satunya speaker dari Malaysia.

Beliau bercerita, Sejuta pertama dia buat dengan buat e book ajar orang main Farmville. Dalam masa 8 bulan dia buat sejuta. Dia buat geli geli sahaja rm10,000 sehari.

Nasihat Peng Joon, kita tidak perlu jadi pakar. Tidak perlu jadi techy. Apa yang penting fokus pada Marketing – Marketing – Marketing.

Beliau juga bercerita sebagai case study pengalaman beliau mengendalikan program di serata dunia. Siap mahu bagi 3x ganda money back, denga syarat semua tools dan apa yang diberikan dalam sesi itu dipulang kan kembali. Semua peserta-peserta yang hadir tidak mahu.

Kata Peng Joon,

“2 things that will define you. Your determination when you have nothing. Your attitude when you have everything.”

national achiever congress by career expert

Paling semua dinanti-nanti dan eksaited nak tunggu mestilah Gary V (Gary Vaynerchuk) ! Selalu layan video-video dia yang penuh dengan F* words itu haha . Mesej dia simple je semalam. Tapi padu beb. Zasss ! 💪🏾😆

Kata GaryVee,

“SUCCESS is when you wakeup in the morning and be in a good mood ❤️”

national achiever congress by career expert
Infographic: Success Resources

national achiever congress by career expert
national achiever congress by career expert
national achiever congress by career expert

Ini merupakan sebahagian daripada keynote yang dapat saya kongsikan selama 2 hari menghadiri conference National Achiever Congress ini – 16 & 17 Mei 2019. Sebenarnya terlalu banyak perspektif dan input baru yang diperolehi daripada barisan speaker; semua hebat dan ada personaliti tersendiri.

Persamaan mereka adalah ; konsisten & never ever giveup.

“Apabila kita melihat sesebuah bisnes yang berjaya, lihat kembali sejarah silam mereka. Belajar dari apa yang mereka telah lalui. Dari situ, kita dapat kenal pasti apa yang mereka buat setiap hari, untuk mencapai kejayaan yang mereka impikan hari ini.

Pandangan peribadi saya siapa di antara anak muda Melayu yang patut diketengahkan untuk berada di pentas National Achievers Congress (NAC) akan datang, saya mengharapkan Irfan Khairi untuk berkongsi rahsia kejayaan beliau yang telah berjaya ke peringkat antarabangsa.

Yang kedua, saya cadangkan pada pihak Success Resources agar program NAC akan datang tidak dibuat pada bulan puasa dan bukan pada hari Jumaat. Sungguh mencabar. Semoga pihak organizer baca posting ini 😀

Begitulah, semoga bermanfaat.

p/s: Jika suka saya teruskan penulisan, boleh dak support like dan kata-kata semangat sikit?

AinulNaim
Fokus. Komited. Give the best.

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.