Skip to main content
Motivasi

Walau Kecil Nikmat Yang Allah Berikan, Bersyukurlah!

By April 21, 2015January 17th, 2016No Comments

Assalamualaikum w.b.t..

Apa yang dapat saya pelajari dari peristiwa semasa menyelamatkan mangsa banjir adalah tentang bersyukur.

Kadang-kadang, kita mungkin lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang telah Allah s.w.t berikan kepada kita namun kita sebagai hambanya harus berasa syukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan…bermula dari sekecil-kecil nikmat sehinggalah sebesar-besar nikmat yang telah Allah berikan pada kita.

nik-faiz-rezeki-dikongsi-bersama

Kisah Selamatkan Mangsa Banjir

Pada masa saya dalam perjalanan membantu mengagihkan barangan keperluan untuk mangsa banjir, kami telah singgah disebuah rumah yang agak kecil dan kelihatan ada seorang nenek bersama dengan si anak kecil. Lalu saya pun singgah untuk menyampaikan bantuan.

Sesampai saya di rumah beliau saya pun memberikan salam lalu saya nyatakan bahawa kami mengagihkan barangan untuk keperluan banjir lalu nenek tu berkata ‘alhamdulillah terima kasih..mak cik tak teruk sangat..tapi saudara yang rumahnya jauh kedalam lebih teruk kena banjir. apa kata anak hantarkan barang-barang ni kepada saudara yang lebih teruk tu.

Saya terdiam ..melihat keadaan rumah nenek pun dah teruk tapi kenapa dia dengan wajah tenang dan tetap tersenyum. Beliau redha dengan apa yang terjadi.

Saya membalas ringkas‘In sya Allah..barang-barang ni cukup untuk orang kampung ni..ni bahagian nenek..nenek ambillah’

Alhamdulillah terima kasih…

Musibah & Erti Syukur

Kalau dengan musibah ini tujuannya Allah nak mendidik hati nenek ini, ia juga secara tidak langsung telah mendidik hati saya dan mengajar hati saya erti bersyukur kepada Allah.

Melihat kepada keadaan mereka yang dilanda musibah banjir ini membuatkan kita lebih rasa bersyukur dan berasa rendah diri serta malu terhadapnya.

Cuba kita tengokkan keadaan sekeliling kita, apa yang kita ada dan mereka tidak ada. Betul apa yang telah diajarkan kepada kita jika nak rasakan impak atau erti bersyukur itu adalah dengan melihat orang yang ‘kurang’ daripada kita.

Kurang maksudnya kat sini adalah kurang dari segi harta..kediaman..rupa paras dan sebagainya..banyak lagi sebenarnya tapi saya ambil contoh untuk beberapa perkara sahaja.

Jika kita tengok orang yang ‘lebih’ dari kita dan apa yang lebih teruknya pula kita bandingkan dengan diri kita dengan cara yang salah maka ianya tidak akan mendatangkan rasa syukur kepada kita.

Pernah saya mendengar ceramah dari seorang penceramah dan mentor yang tersohor tanah air yang pernah berkongsikan cerita mengenai situasi satu program atau seminar. Penceramah tersebut telah memberikan duit syiling satu sen kepada semua peserta di dalam dewan tersebut dan kemudian beliau meminta supaya peserta seminar mencampakkan duit syiling satu sen tersebut keatas lantai, kedengaran lantai pada masa seminar tersebut seperti dihujani duit syiling dan sejurus selepas itu, penceramah tersebut telah menyuruh para peserta mengutip semula duit syiling yang dicampak.

Tidak ramai yang mengutip duit syiling tersebut dari lantai, lantas penceramah tersebut berkata ‘bagaimana anda nak jadi kaya sedangkan duit serendah nilai satu sen pun anda tak syukuri?’.

Walau sekecil mana nikmat yang telah Allah berikan, bersyukurlah!

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.