Skip to main content
Motivasi

Pakcik Nak Turun Ke Laut Ke?

By May 11, 2021June 4th, 2021No Comments

‘Pak cik nak turun ke laut ke?’

Tanya saya dekat seorang pak cik yang sedang memandang ke laut sambil memikul seguni pukat.

‘iye dik, nak tengok rezeki ikan yang Allah berikan hari ni. Ada pukat yang pakcik dah pasang semalam..’

Saya; ‘oo.. Banyak ke biasanya dapat ikannya pakcik?’

Pakcik; ‘Alhamdulillah..cukup, tak pernah Allah bagi tak cukup..’ sambil tersenyum pada saya..

Hari ni Allah ajar saya untuk berasa cukup dengan setiap pemberian nikmat dariNya melalui seorang pakcik..

Bila kita bersyukur dengan setiap nikmat dariNya.. Maka Allah akan cukupkan ia buat kita..

Bila kita mohon lebih untuk dikongsikan kepada yang lain.. Allah akan tambah..❤️😉

Sesungguhnya hamba bekerja pada hari ini hanya kerana Allah S.W.T.

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.