
Jika sebelum ini saya banyak menyentuh tentang penulisan asas resume, hari ini saya mahu berkongsi tentang cara untuk menulis personal skills di resume/Cv anda.
Industri pada masa kini adalah pelbagai, justeru ‘Personal Skills’ atau skil peribadi juga adalah pelbagai dan bergantung kepada keperluan industri dan bahagian perkhidmatan.
Sebagai contoh; jika anda memohon Jawatan sebagai ‘Software Developer’ di sebuah syarikat IT, personal skills yang mereka cari adalah semestinya berbeza dengan jawatan sebagai ‘Pegawai Khidmat Pelanggan’ di syarikat IT tersebut.
Seorang jurutera perisian tidak semestinya memerlukan skil melayan pelanggan. Begitu juga pegawai khidmat pelanggan tidak semestinya perlukan skil memahami bahasa pengaturcaraan komputer.
Oleh itu, setiap jawatan yang anda ingin mohon perlu dikaji dengan lebih teliti akan keperluan skil peribadi supaya jawatan tersebut menjadi relevan kepada anda dan rasional untuk syarikat ambil anda bekerja.
Kegagalan calon untuk mempamerkan skil ini juga telah menyebabkan bakal majikan sukar untuk membuat pilihan.
Skil peribadi ‘Personal Skills’ harus dinyatakan dengan jeals kepada bakal majikan. Apabila ianya jelas maka bakal majikan akan lebih mudah untuk memilih calon kakitangan mereka.
Personal skills di Resume – Apakah Skill Yang Di Cari Oleh Majikan?
Apakah antara ‘Personal Skills’ yang perlu pada diri setiap calon pencari kerja, berikut adalah contoh-contohnya:
- Bijak menyesuaikan diri
- Peka
- Berdikari
- Berkepimpinan
- Berkemahiran komunikasi
- Penyelesai masalah
- Bijak menguruskan tekanan / stress
- Boleh memotivasikan diri sendiri dan orang lain
- …
Dan banyak lagi yang boleh disenaraikan bergantung kepada jawatan yang di pohon.
Gambar Aktiviti
Kebanyakan pelajar-pelajar atau peserta workshop saya akan mengatakan tidak tahu untuk menulis personal skills di resume. Pada awalnya mereka menyatakan cuma ada 1 ataupun 2 personal skills sahaja.
Berada di dalam workshop saya akan melalui banyak aktiviti praktikal, dan salah satunya saya bantu peserta untuk menulis personal skills yang dicari oleh syarikat. Di akhir workshop, mereka dapat menulis hampir 8 – 10 personal skills di resume. Tahniah!
Video – Menulis Personal Skills Di Resume
Sedutan sebahagian video saya bersama pelajar-pelajar saya di bengkel Professional Resume Writing & Job Interview. Sangat2 sporting group ini. I like 👍😊😎
Personal skills di Resume – pentingkah personal skill ini ?
Personalan yang selalu ditanya oleh pelajar-pelajar dan peserta workshop saya, pentingkah menulis atau menyenaraikan personal skills di resume?
Jawapannya adalah sangat penting, dan harus ditulis di dalam resume anda.
Apabila anda menyatakannya di dalam resume anda, maka ia akan memudahkan bakal majikan untuk mengambarkan tentang keperibadian anda yang mereka cari. Dengan ini peluang untuk anda terpilih ke temuduga adalah lebih tinggi berbanding calon-calon lain.

Sekiranya anda ingin pelajari cara bagaimana anda juga untuk mudah dapat kerja selepas graduate atau pun mahu tukar kerjaya, apa kata luangkan sedikit masa di sesi MINI WORKSHOP RESUME WRITING - Rahsia Mudah Dapat Kerja bersama saya.
Workshop ini dikendalikan di office Career Expert yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor – pada 16 Mac 2019 bermula jam 10 pagi hingga 5 ptg.
KLIK sini ya untuk daftar dan lihat maklumat lanjut . 🙂