Mungkin ada diantara anda yang sudah menonton cerita animasi Big Hero 6 yang membawa dua watak utama, iaitu Tadashi Hamada dan juga Hiro Hamada
TADASHI HAMADA
Apa yang berlaku dalam cerita animasi tersebut adalah Tadashi merupakan abang kepada Hiro Hamda yang sangat prihatin dan penyayang.
Selain dari itu Tadashi juga merupakan seorang genius yang pandai membuat peralatan gadjet dan juga robot.
Dalam animasi tersebut Tadashi percaya bahawa robot ciptaannya akan siap tidak lama lagi walaupun telah gagal dalam puluhan ujian tapi dia tetap percaya dan berusaha dan akhirnya dia berjaya menghasilkan satu robot yang hebat.
Apa yang kita boleh pelajari dari cerita ini?
#1 VISUALIZE
Untuk mempercayai keberhasilan sesuatu itu kita mestilah dapat membayangkan akan sesuatu atau dalam bentuk ‘visualize’.
Namun apa yang berlaku dalam masyarakat kita adalah sebaliknya, apabila kita membayangkan sesuatu itu maka akan ada pula orang yang kata bahawa kita ni suka berangan.
Tak salah untuk berangan tapi biarlah angan-angan itu ‘achievable’ dan anda selaku orang yang duk beragan tu sentiasa akan berusaha untuk mencapai angan-angan tersebut.
#2 SIKAP TIDAK BERPUTUS ASA
Semangat yang ditunjukkan oleh Tadashi juga mengajarkan adiknya, Hiro untuk tidak berputus asa dan sentiasa berusaha agar apa yang dicitakan akan tercapai.
Walaupun kita bijak dan genius namun sekiranya kita hanya berfikiran dengan satu sudut atau arah sahaja ‘one-way thinking’, maka kita juga tidak akan kemana dan kita hanya akan berpusing pada ‘point’ yang sama sahaja.
BUNTU
Pernahkah anda merasa buntu apabila memikirkan tentang sesuatu dan tertanya-tanya kepada diri kenapa anda berhadapan dengan keadaan begitu?
Apabila kita fikir secara lebih luas dari pelbagai arah maka kita akan temui sesuatu yang baru, mungkin sesuatu yang belum pernah kita fikirkan selama ini dan sudah semestinya sesuatu yang ‘lain’ itu akan membuahkan kelainan kepada kita.
Persoalannya sekarang, bagaimanakah cara untuk secara luar biasa?