Skip to main content
Seminar NEXT5 - What's Next After SPM

Sembang Santai Bersama Nik Faiz

By August 19, 2019October 30th, 2019No Comments
sembang kerjaya bersama nik faiz

Sembang Kerjaya – Tanya Apa Saja!

Hari ni saya di office Career Expert, ada beberapa orang parents yang request untuk saya bantu anak mereka yang akan menduduki SPM dan PT3. Di mana mereka menghadapi masalah tidak minat belajar, sentiasa bermain games & tiada kesedaran tentang masa depan.

Saya respon kepada parents bahawa pelajar sekolah menengah adalah di luar bidang kepakaran saya. Kerana biasanya saya biasa menjalankan sesi personal coaching bersama lepasan graduan, peserta-peserta program protege dan mereka yang bekerja sahaja.

Parents tersebut kata,
“Anak saya dah dibawa berjumpa dengan ramai motivator, tetap tidak jalan jugak, sama jugak masalahnya, dan juga tiada apa-apa perubahan”

“Kalau bawa jumpa guru kaunseling tu lagilah tuan, siap boleh hafal dah apa yang guru kaunseling nak cakap”

“Tolonglah tuan, saya dah tak tahu nak buat macam mana, mereka tu sebenarnya dah kena buang sekolah, tetapi kami masih merayu kepada sekolah supaya bagi peluang sebab mereka akan exam tak lama lagi…”

Hmm.. Mencabar ni, tapi insyaAllah saya buat yang terbaik dan serahkan kepada Allah, moga Allah berikan idea dan semangat yang luar biasa kepada saya untuk bantu adik-adik ini.

Santai & Relax

Saya buat persiapan ringkas. Kerana ini bukanlah sesi seminar mahupun workshop. Oleh kerana ia sesi sembang-sembang, of course perlu ada air & makanan. Jadi kami belikan mini muffin, jus oren dan epal serta peralatan-peralatan untuk conteng-conteng 🙂

Hari ni kena ON kan EQ tahap tinggi, listening between the lines kata-kata pelajar ni sangat penting.

Matlamat hari ini bukan untuk mencari ruang untuk menghentam apatah lagi nak highlight kesalahan dan tindakan mereka. Kita nak bantu mereka – jadi bantu dengan bersungguh-sungguh.

Saya kongsikan sebahagian aktiviti bersama-sama mereka 🙂

Borak-borak – sembang pasal games, sports & apa saja

Aktiviti Lego – Di sini saya tekankan konsep Emotional Intelligence (EQ)

Peringkat awal yang beku – Mereka kini mula membuka pintu & lebih banyak berkongsi & bercerita

Sesi Sembang Kerjaya Hari Ini…

Alhamdulillah, sesi berlangsung dengan baik. Anak-anak ini memberikan kerjasama dan bersungguh-sungguh melibatkan diri dengan aktiviti yang diberikan.

Di akhir sesi, saya  bertanya pada anak-anak ini berapa target mereka untuk SPM.  Ada yang jawab, “8A, 6A dan ada yang kata asal lulus je…” Nampaknya mereka tak sabar-sabar nak menghabiskan tempoh kuarantin ini.

Respon saya, “abg Faiz yakin korang boleh  berjaya, dan dapat capai target dan impian”. Semua tunduk dan nampak bergenang sedikit di mata. Kata A, tiada siapa yang percaya kan mereka. Semua dah ‘mark’ dan cop saya ni teruk…

Hmm..

Sesi ini ibarat menarik benang dalam tepung. Salah tarik, tepung akan tumpah. Salah kata, ada hati-hati yang tersentap dan mereka akan lebih menjauhkan diri… 

Namun kemahuan mereka untuk bercerita dan percaya  pada saya buatkan saya bersemangat untuk suntik kembali semangat mereka yang hilang. Selepas borak-borak lebih kurang, saya minta anak-anak ini ke kedai mamak area berdekatan, untuk sesi saya bersama ibu-bapa pula. Bukan semua nya saya ceritakan pada ibu bapa kerana saya mahu menjaga ‘kepercayaan’ yang diberikan oleh anak-anak ini.

sembang kerjaya bersama nik faiz

Saya kongsikan pada ibu-bapa rumusan tentang anak-anak, minat dan kecenderungan mereka. 

Secara ringkasnya, saya berikan 7 view untuk coaching pada hari ini:

#1 – Sokongan Ibu Bapa

  • Parents perlu bantu anak-anak untuk kenali minat mereka. Kalau tak mahir, dapatkan bantuan untuk tentukan hala tuju kerjaya / pendidikan mereka sebelum  anak-anak menduduki SPM.

#2 – Kerjaya Keturunan

  • Ibu ayah yang berkerjaya sebagai seorang doktor tak semestinya anak akan ikut sama menjadi seorang doktor. Sedangkan iman tidak dapat diwarisi inikan pula kerjaya. Kenali minat dan kecenderungan anak kerana mereka yang akan melalui hari-hari yang akan mendatang.

#3 – Fahami Minat Anak

  • Fahami anak dengan sebaiknya sebelum berbuat apa-apa atau mengambil apa-apa keputusan, kerana jiwa anak remaja ni sangat sensitif – jiwa memberontak.

#4 – Penghargaan

  • Sentiasa hargai setiap kemajuan dan pencapaian anak, walaupun ianya hanya kejayaan kecil dari C student kepada C+ student. Ahli keluarga yang lebih besar memainkan peranan paling utama – bukan mereka yang menjadi orang pertama yang akan men’kondem’ anak –

#5 – Tiada Ukuran

Anak pertama, kedua, ketiga dan seterusnya berbeza dari perwatakan dan kemampuan, jangan ukur mereka pada kayu pengukur yang sama. Harapan kita mahu anak ini menjadi seperti abang mereka, mahu jadi seperti bapa saudara mereka yang berjaya sebagai peguam – hakikatnya ia tak tercapai akalmu (Lirik lagu Elyana)

#6 – BFF

Jadilah best friend kepada anak-anak, rakan lepak, rakan main game dan lain-lain. Tahu minat anak yang suka aktiviti indoor ataupun outdoor. Impian anak-anak & kesukaan mereka.

#7 – Home Sweet Home

Tanamkan betul-betul konsep ‘rumahku syurgaku’ dalam hati dan minda mereka. Solat berjemaah jangan tinggal sekurang-kurangnya sekali setiap hari. Moga menjadi panduan dan peringatan untuk saya dan rakan-rakan pembaca juga.

Begitulah serba ringkas sesi sembang kerjaya hari ini. Saya bukan lah yang terbaik dan mampu mengubah orang seperti Shazam! Namun, berbekalkan ilmu dari Allah kurniakan, pengalaman serta kelebihan sedikit ini dapatlah digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Terima kasih kepada yang sudi membaca dan menjadi follower di rumah maya saya ini. Mudah-mudahan ada manfaat untuk kita bersama dan menjadi asbab untuk sama-sama ke syurga kelak.

Ilmu saya tak banyak tapi insyaAllah saya kongsikan setakat yang ada.

Semoga dengan bertambahnya rakan-rakan baik seperti anda semua menjadi suntikan semangat untuk saya sendiri terus mendalami ilmu dan teruskan berkongsinya sampai akhir hayat saya.

PS : Gaya perkongsian saya sempoi je, tatabahasa, grammar semua kelaut, janji ilmunya sampai 😅👍

Personal Coaching

Untuk sesi personal coaching, ia bergantung kepada kekosongan masa saya, lokasi ofis Career Expert di Bandar Saujana Putra, Selangor. Boleh klik pada button ini untuk pakej personal career coaching.

Lihat Pakej Personal Coaching

Jemputan Seminar Kerjaya & Workshop

Bagi anda yang berminat nak jemput untuk mengendalikan seminar / workshop di tempat anda, isikan borang di bawah ini ya.

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.