Salam. Terima kasih masih follow blog saya. Mudah mudahan segala tulisan dan perkongsian saya dalam blog ini memberi manafaat pada anda
Saje nak cerita, baru baru ini saya berkesempatan berkunjung ke booth karnival jualan kereta di Shah Alam. Secara tak sengaja, saya terdengar perbualan sekumpulan pemuda. Berdasarkan uniform yang dipakai, mereka adalah wakil syarikat dalam bahagian jualan.
Pemuda 1 berkata kepada rakannya, ‘kau ni memang powerlah..ayat baik je sebab tu dapat jual banyak bulan ini’
Perbualan tersebut disokong oleh rakan mereka yang baru tiba, asal kau datang je keta dapat jual, kau ada pakai pelaris ke?
Perbualan mereka terhenti kerana booth mereka dikunjungi seorang pelanggan. Pemuda berdua ini menolak rakan mereka itu untuk ke depan dan melayani pelanggan baru mereka.
Saya pula, dengan sengaja berdiri di booth sebelah. Diam diam saya memasang telinga mendengar perbualan pemuda ini dengan pelanggan.
Sah! Tekaan saya tepat. Bukan sebab pelaris seperti kata rakan rakan beliau. Tetapi, seni berbahasa pemuda ini sangat tinggi. Perkataan yang digunakan dengan panggilan hormat pada pelanggan, ton suara yang rendah dan bersahaja, serta beliau menjaga jarak dengan pelanggan.
Jadi, memang layak jika pemuda ini sentiasa berjaya close-deal dengan mudah!
Dalam salah satu seminar komunikasi yang saya kongsikan dengan peserta, mereka yang dapat menguasai seni berbahasa dengan cemerlang, maka 90% kejayaan dalam apa jua mereka buat sudah berada didalam genggaman ”- Nik Faiz
Seni Berbahasa
Dalam perbualan, terdapat 3 perkara paling asas yang penting iaitu:
- Bahasa / panggilan yang digunakan pada pelanggan
- Perkataan semasa dalam perbualan
- Ton suara
Bayangkan, apabila anda berjaya membuatkan hati pelangan anda suka dan rasa dimuliakan. Pelanggan suka dan terus membeli. Lebih best lagi, pelanggan siap rekomen pada rakan rakan, saudara mara dan orang kampung. Haa baru sales jadi huru hara sampai STOK pun tak cukup. Lebih baik stok tak cukup, dari stok tak habis simpan bawah katil atau makan sendiri. ha ha hah..:D
Amacam? ILMU berbahasa itu sangat penting! Jika takde ilmu, carilah ilmu. Jika tidak, bersedialah untuk meleburkan modal bisnes anda.