Skip to main content
Bimbingan KerjayaMotivasi

Situasi Peluang Pekerjaan 2020

By January 24, 2020September 20th, 2020No Comments

Dijangkakan situasi peluang pekerjaan di tahun 2020 ini lebih ramai pekerja yang akan kehilangan pekerjaan dalam masa 2-3 bulan dari sekarang. Kenapa begitu?

Melihat kepada situasi ekonomi dan politik yang sedang dilalui oleh Malaysia sekarang ini, lebih banyak syarikat yang sedang giat ‘downsizing’ tenaga kerja. Apabila itu berlaku, kita akan lihat lebih ramai yang membuat 3-5 kerja dalam satu masa. Lagi menakutkan apa yang akan kita lihat adalah lebih ramai yang akan kehilangan pekerjaan dalam sehingga pertengahan tahun ini.

Suka atau tidak, syarikat-syarikat yang berada diluar sana terpaksa melakukan pengecilan kumpulan pekerja untuk menjamin kelansungan syarikat untuk tempoh yang akan datang. Keadaan ini juga akan menyebabkan tawaran kerja akan menjadi semakin kurang yang seterusnya menyebabkan ‘unemployment rate’ meningkat dan ianya dijangkakan anda antara 2-5% pada tahun ini.

Keadaan ini akan semakin membimbangkan terutamanya mereka yang belum lagi mendapat peluang pekerjaan, dan tambahan pula graduan baru dari universiti seluruh Malaysia yang dilihat secara kasarnya merupakan penyumbang terbesar angka ini.

Jawatan Yang Ditawarkan Tidak Selari Kelayakan

situasi peluang pekerjaan by nik faiz

Semakin banyak kalau kita perhatikan bahawa jawatan yang ditawarkan tidak selari dengan kepakaran yang ada. Sebagai contoh ‘Commercial Drone Pilot’ yang kalau kita lihat sekarang ni servis mereka banyak digunakan dalam pelbagai majlis pembukaan perasmian sukan dan lain lain.

Contoh servis lain yang menggunakan drone adalah dari aspek fotografi dan videografi. Sudah tidak ada lagi syarikat perfileman menggunakan helikopter untuk membuat suntingan dari atas, semua dibuat oleh drone yang mana kosnya adalah jauh lebih kecil berbanding sebelumnya.

Jika kita lihat ianya telah mula di sebelah barat dan apabila barat sudah memulakan, timur juga tidak akan mahu ketinggalan dan saya menjangkakan China, Japan, dan Korea akan mula mempraktikkan secara aktif tidak lama lagi diikuti dengan Singapura dan seterusnya Malaysia

Di Malaysia penggunaan drone dalam fotografi dan videografi sudah semakin meluas, namun adakah ianya hanya had untuk itu sahaja? sudah tentu tidak kan?

Persoalannya adakah kita menyediakan ruang atau platform untuk mereka belajar tentang perkara ini, yang tidak lama lagi akan jadi ‘tuntutan baru’ dalam kerjaya pada masa kini?

Bertindak Sekarang

Berikutan situasi yang berlaku sekarang ini, pihak Universiti khususnya perlu membuat sesuatu dengan kadar yang segera agar dapat membantu graduan mengaplikasikan ilmu yang diperolehi secara terus dengan keperluan industri. Dengan program dan insentif kerajaan seperti Protege sahaja tidak cukup, dan jika sessuatu tidak dilakukan dengan kadar yang segera, maka angka-angka ‘unemployement rate’ akan terus meningkat.

Dan secara ekonominya jika kita lihat, semakin tinggi peratusan pengangguran ini semakin tidak baik ianya untuk mana-mana bisnes sekalipun.

Kepada anda yang pembaca yang membaca artikal ini, jika anda adalah seorang graduan, lakukan sesuatu untuk dapatkan pekerjaan dengan secepat mungkin. Sebolehnya elakkan dari terlalu memilih pekerjaan kerana setiap masa yang dilengahkan kerana sebab terlalu memilih itu adalah dikira.

Jika anda sudah bekerja dimana-mana syarikat dan berhasrat untuk mencari pekerjaan baru, jika tempat kerja anda baik dan tidak terlaku membebankan emosi dan fizikal, maka teruskan bertahan. Secara jujurnya adalah agak susah untuk mendapat pekerjaan diluar sana, terutamanya kepada mereka yang mengharapkan perubahan gaji yang lebih tinggi dari sebelumnya. Namun, sekiranya di tawarkan jawatan baru berstatus kontrak, jangan terus reject.

Baca Perkongsiaan Saya Di Sini – Kontrak Vs Permanent

Yang terakhir … kepada pendidik anak bangsa iaitu pensyarah universiti yang saya hormati, jika anda membaca artikel ini, maka anda sudahpun mengetahui rumitnya situasi peluang pekerjaan pada tahun 2020 ini, ada pelbagai cara untuk bantu anak didik anda mendapat pekerjaan yang baik, dan mulalah bertindak sekarang.

Buat anda di luar sana, kita semua tahu situasi peluang pekerjaan ini sukar untuk diubah. Namun untuk mendapatkan  (contohnya pekerjaan tetap / kontrak – anda perlu lakukan sesuatu. Jika anda sedang melalui kesukaran untuk cari kerja dan mahu saya bantu anda, dapatkan buku “Mudah Dapat Kerja – Panduan Lengkap Untuk Bantu Anda Dapat Kerja Dengan Mudah” ini yang telah saya sediakan step-by-step untuk ubah hidup anda menjadi lebih baik dari sekarang. Insyallah, saya akan bantu anda sehingga dapat kerja

Jumpa anda di sana ya.

https://buku.careerexpert.my

 

Nik Faiz, CPCC
Career Expert, Kuala Lumpur

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.