Apakah skill perlu ada pada graduan dan pencari kerja untuk melayakkan anda mudah dapat kerja?

Hari ini saya mahu kongsikan kepada anda 10 skill perlu ada pada graduan dan pencari kerja untuk mudah dapat kerja atau ditawarkan pekerjaan. Sekiranya skill atau kemahiran saya nyatakan ini sudah pun anda miliki, tahniah! Buat anda dan jika ianya belum maka carilah peluang dan ilmu untuk menggarap skil yang baru itu.

1. Kemahiran Berkomunikasi

Skill komunikasi ini bukan sahaja bermaksud kemahiran untuk bercakap, malah ianya juga merujuk kepada ‘presentation skills’, atau skil untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan informasi dengan baik.

Kemahiran ini dilihat sebagai salah satu kemahiran yang penting lebih-lebih lagi jika bisnes yang dijalankan memerlukan anda untuk berinterkasi secara terus dengan pelanggan.

Ianya tidak terhad kepada interaksi bersama pelanggan sahaja, malah ianya juga penting untuk peringkat komunikasi sesama rakan sekerja dan juga pihak pengurusan syarikat.

Penguasaan yang baik terhadap skil ini akan membolehkan anda untuk tampil lebih menyerlah berbanding rakan sekerja yang lain serta meningkatkan peluang anda untuk kenaikan pangkat.

2. Mempunyai Bakat Memimpin

Kepimpinan adalah kemahiran yang tidak semua orang ada, namun begitu, jika adapun kemahiran itu belum tentu corak kepimpinan kita akan sesuai dengan semua syarikat.

Kenali cara am syarikat menguruskan kakitangan mereka dan belajar serta evolusikan cara dan corak kepimpinan anda mengikut kesesuaian ‘team’ yang bakal anda kendalikan.

Kebolehan anda menggarap skil kepimpinan akan menjadikan anda berpotensi untuk dinaikkan pangkat atau diambil bekerja bagi peringkat atau ‘position’ yang lebih tinggi seperti Penyelia, Pembantu Pengurusan, dan juga Pengurus.

3. Pemikiran Kreatif

Syarikat yang secara aktifnya menghasilkan produk-produk yang baru sudah semestinya amat memerlukan mereka yang berfikiran kreatif.

Setiap syarikat mahu tampil berbeza dari syarikat yang lain, walaupun mereka menjual produk yang hampir sama.

Trend pengambilan pekerja yang mempunyai skil kreatif menjadi suatu kemestian pada masa sekarang.

4. Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Syarikat yang akan mengambil anda bekerja mempunyai 2 hasrat yang utama iaitu:

  1. Yang pertamanya adalah untuk memudahkan sesuatu urusan,
  2. Yang keduanya adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau cabaran.

Jika anda dapat menjadi individu yang mampu untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau cabaran syarikat, maka anda akan menjadi individu yang amat disukai oleh semua syarikat.

5. Mahir Dalam Internet Marketing

Semakin hari semakin banyak perniagaan yang menggunakan platform ‘online’ sebagai alternatif untuk memasarkan produk mereka.

Walaupun mungkin anda sedang bergiat dalam offline marketing, namun jika anda ada mempunyai ilmu online marketing  ia akan memberikan anda kelebihan berbanding mereka yang hanya ada ilmu secara offline marketing.

6. Boleh Bersosial Dengan Persekitaran

Tidak ramai yang bagus dalam kemahiran sosial sedangkan ia adalah salah satu elemen penting dalam memastikan sesebuah organisasi dan juga suasana kerja berada dalam keadaan harmoni.

Individu yang bagus dalam kemahiran sosial akan memberikan kelebihan untuk berada pada barisan hadapan sesebuah syarikat terutamanya apabila ianya melibatkan pertemuan dengan pelanggan.

7. Kemahiran Kepintaran Emosi - Emotional Intelligence (EQ)

Semakin tinggi tangga pangkat yang anda pegang, semakin perlunya anda untuk mempunyai ilmu EQ.

Berbeza dengan IQ yang mana ianya merupakan anugerah sejak kita lahir lagi, EQ merupakan satu jenis kepintaran yang mana ia memerlukan latihan dan amalan yang berterusan.

Kelebihan anda menguasai ilmu ini membolehkan anda menjadi kakitangan yang disenangi oleh kedua-dua belah pihak syarikat dan klien.

8. Mempunyai Kebolehan Berunding

Kemahiran berunding tidak hanya terhad kepada perkara yang berkaitan dengan wang ringgit, namun ianya lebih luas daripada itu.

Jika anda mempunyai kemahiran berunding yang bagus, ada kebarangkalian bahawa anda juga akan mempunyai kemahiran penyelesaian dan juga kemahiran sosial yang bagus

9. Mempunyai Kemahiran Rekaan Grafik

Rekaan grafik sudah menjadi satu kemahiran yang tidak asing lagi, kerana kini sudah banyak aplikasi yang membolehkan orang ramai walau tidak ada ilmu rekaan grafik yang kuat untuk tampil dengan rekaan yang bagus-bagus.

Mempunyai kemahiran ini membuatkan anda lebih berdikari terutamanya jika ada tugasan yang melibatkan rekaan grafik yang mudah.

10. Kemahiran Photografi & Videografi / Photography & Videography (Editing)

Tahun 2019 bakal menyaksikan perang video dikalangan usahawan-usahawan yang giat mempromosikan bisnes mereka melalui video.

Kelebihan anda mempunyai kemahiran ini akan menjadikan anda kakitangan yang lebih versatil dengan pakej kemahiran yang mengikut keperluan dan kehendak semasa.

Kepada bakal graduan dan juga ‘jobseeker’, saya nasihatkan kepada anda setidak-tidaknya anda harus ada 5 daripada 10 kemahiran yang telah saya senaraikan di atas.

Ada banyak kursus-kursus jangka pendek yang berkaitan dengan skil atau kemahiran di atas, dan salah satunya yang saya sendiri kerap kendalikan adalah Emotional Intelligence.

Rajin-rajinlah upgrade diri anda, supaya kemahiran yang anda ada sentiasa relevan dengan keperluan bisnes dan pasaran kerja pada masa datang.

Persoalannya adalah, adakah 10 skill perlu ada pada graduan dan pencari kerja seperti yang disenaraikan di atas sudah ada pada anda?

Kepada yang masih gigih mencari kerja, teruskan usaha anda untuk mencari dan doa saya kepada anda agar berjaya mencari kerja idaman.

mudah 
dapat kerja


Sekiranya anda ingin pelajari cara bagaimana anda juga untuk mudah dapat kerja selepas graduate atau pun mahu tukar kerjaya, apa kata luangkan sedikit masa di sesi MINI WORKSHOP RESUME WRITING - Rahsia Mudah Dapat Kerja bersama saya.

Workshop ini dikendalikan di office Career Expert yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor – pada 16 Mac 2019 bermula jam 10 pagi hingga 5 ptg.

KLIK sini ya untuk daftar dan lihat maklumat lanjut
. 🙂

Join the discussion One Comment

  • Ejen Takaful Keluarga says:

    Terbaik tuan.. semua elemen penting yang perlu ada pada graduan dah pun dinyatakan disini.. harapnya fresh graduates alert elemen2 ni… kalau tak susah nak dapat kerja nanti…

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Wohoo! © Career Expert Sdn.Bhd - All Rights Reserved