Pagi tadi, Coach Nik Faiz dijemput secara live dalam talian dalam rancangan Borak Kopiam, TV3 menceritakan tentang topik “TAK PILIH KERJAYA! dalam rancangan slot kerjaya: bagi anda yang ter-miss pagi tadi, ni, saya dah letakkan di YouTube untuk anda tontoni dan dengarkan info-info terkini ni 😉
Sedikit info untuk anda, Borak Kopitiam merupakan sebuah program bual bicara pagi yang santai dan penuh informasi, merangkumi pelbagai topik menarik daripada sukan hingga ke hiburan di TV3, Malaysia.
Dihoskan oleh Zack Merican & Hefny Sahad.
Some take away points:
1. Memilih kerjaya itu perlu namun tidaklah terlalu memilih.. Dalam keadaan yang sangat mendesak seperti sekarang, sebagai seorang jobseeker, mereka harus menilai keutamaan mereka untuk berkerjaya. Sudah semestinya keutamaannya adalah untuk kelangsungan hidup. Dapat gaji yang cukup untuk makan, pakai, bayar sewa dan sebagainya..insyaAllah memadai 🙂
2. Kerjaya pilihan untuk mereka yang terkesan akibat Covid-19. Berdasarkan pengamatan peribadi, ‘kerjaya segera’ untuk mereka yang terkesan pada masa sekarang adalah kerja sebagai rider menghantar makanan, atau part time rider menghantar parcel courier (kebanyakannya lelaki). Manakala kalau wanita mereka membuat (home-cook food) berniaga makanan dari rumah secara online.
Selari dengan perkembangan teknologi masa kini, kerjaya sebagai freelance copywriter, freelance web developer dan ghost writer juga menjadi pilihan mereka di luar sana . Tak lupa juga mereka boleh dapat income dengan menjadi drop-shipper produk yang boleh menjana berpuluh ribu ringgit sebulan.
3. Terlebih layak bekerja (over qualified). Ia berkaitan tentang gaji dan juga pangkat atau position yang ingin diberikan kepada oleh syarikat kepada yang memohon. Kebanyakan syarikat sebenarnya tiada isu sangat kalau individu boleh terima gaji dan juga pangkat ditawarkan. Namun, kerjaya yang professional seperti engineer, accountant, guru, nurse yang mengambil kira taraf pendidikan , maka perlu untuk ada taraf kelayakan yang setaraf.
4. Kualiti (gaji) vs kuantiti (banyak kerja). Isi rumah dan perbelanjaan adalah berbeza mengikut tanggungan dan lifestyle keluarga masing-masing. Untuk memilih kerja samada banyak kerja atau gaji yang besar tu itu bergantung kepada individu masing-masing.
5. Tips mencari pekerjaan dalam musim PKP/PKPB. Saya berikan beberapa tips ya:
- Jangan ada sifat malu. Malu itu perlu, tapi dalam konteks mencari kerja ni, tak boleh malu. Mungkin sebelum ni kita seorang yang berpangkat besar, manager dan sebagainya..niat kita cari kerja adalah untuk kelansungan keluarga kita buat masa ini.
- Cari kerja yang bersifat work from home, atau opis yang dekat dengan rumah. Pilih yang itu, bila kurang pergerakan maka anda akan jimat banyak dari segi petrol toll dan sebagainya. Bila ofis dekat rumah, duit lunch pun boleh jimat..
- Tetapkan matlamat. Sebelum apply kerja, kita mesti nak tetapkan matlamat kecil kita bekerja selain dari nak dapat income untuk kelangsungan hidup. contohnya nak mantapkan skill komunikasi ke, dan mantapkan skill sosial ke…mesti nak kena ada matlamat kecil.
- Berdamailah dengan diri (redha). Kalaupun kerja yang kita nak cari tu mungkin tidaklah seseronok kerja yang sebelumnya, gaji tak masyuk, bonus tak ada, benefit pun lebih kurang.. Cuba muhasabah dan berdamailah dengan diri. Cipta keseronokan dalam kerja yang baharu..sebab ia penting agar tempo atau momentum kerja sentiasa pada tahap yang terbaik.
- Dapatkan bantuan / nasihat pakar kerjaya. Kalau apply kerja asyik tak dapat je, dapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada mereka yang pakar dalam bidang kerjaya..jangan malu minta tolong.
Bottom line..
Nak tahu apa lagi yang di kongsikan oleh Coach Nik Faiz, kenalah dengar sampai habis video di bawah ya 🙂
Buku Mudah Dapat Kerja
Panduan lengkap yang akan membantu anda dapat kerja, bermula dari menetapkan hala tuju kerjaya, nak tulis resume/cv yang syarikat nak baca (bukan syok sendiri tulis resume.. ), apa persediaan perlu dibuat bila nak hadir temuduga, bagaimana nak nego gaji yang ditawarkan pada anda..dan banyak lagi dikongsikan dalam buku ini
p:s : Bagi anda yang berminat nak hadiahkan buku saya yang “Mudah Dapat Kerja” ini pada keluarga dan sahabat handai yang mungkin tengah struggle cari kerja, Klik untuk maklumat lanjut.