Skip to main content
Bimbingan Kerjaya

2 Kategori Tawaran Kerja Anda Patut Tahu, Khas Untuk Pencari Kerja

By August 1, 2016September 13th, 2018No Comments

Tawaran kerja yang anda lihat di Jobstreet, JenJobs, LinkedIn, dan juga diakhbar-akhbar tempatan adalah merupakan tawaran kerja yang nampak atau ‘Visible Job Offer’.

Anda boleh lihat sendiri jawatan yang ditawarkan, berapa gaji yang ditawarkan serta dimana tempat atau pejabat yang anda bakal ditempatkan.

Tawaran kerja yang nampak juga bermaksud, bukan anda seorang sahaja yang nampak, malah ratusan dan ribuan orang lain juga akan nampak.

peluang-kerjaya-nik-faiz-the-career-expert

Maka dengan itu, ianya juga akan menjadikan saingan anda ramai, dan peluang untuk anda mendapat kerjaya tersebut menjadi semakin mencabar.

KRITERIA PEMILIHAN MENJADI LEBIH KETAT

‘Visible Job Offer’, juga akan membuatkan bakal majikan mempunyai ruang pilihan yang lebih luas.

Bakal majikan akan memilih mereka yang menepati mungkin 90% kriteria mereka sahaja yang akan dipilih

Ini perkara yang biasa berlaku dalam kehidupan dunia kerjaya sekarang.

 

PELUANG KERJAYA ADA KEKOSONGAN, TAPI ….

Bagaimana pula dengan kerjaya yang sebenarnya ada dan perlu dipenuhi, namun anda tidak pernah lihat di mana-mana ruang pengiklanan jawatan kosong mahupun di laman web syarikat.

So, macam mana boleh tahu bahawa mereka sedang mencari orang?

2 RAHSIA CARA HR MEREKRUT PEKERJA BARU , SAYA DEDAHKAN DI SINI

Apabila hal yang melibatkan workforce,dan resources, maka ia akan melibatkan pihak sumber manusia (human resources, HR) company akan tahu dengan lebih awal.

Jika company perlukan pekerja yang mahir yang mempunyai kriteria-kriteria tertentu yang perlu dipenuhi,  ada 2 cara yang pihak HR akan lakukan atau dipanggil best practises (amalan terbaik).

Sebagai seorang yang bergelar professional, anda perlu tahu cara-caranya.

    1. Memaklumkan kekosongan jawatan  di kalangan staff syarikat / team ,  ‘Awak kenal sesiapa yang boleh rekomenkan untuk jawatan ini?’ Apabila staff tersebut bersembang dengan anda, beliau akan bertanya terus pada anda,  “Weii..ko nak kerja kat tempat aku tak, company aku tengah cari orang jawatan XX”.

Di sinilah tawaran kerja yang orang lain tidak tahu, tapi anda dapat maklumat tersebut dan jika rezeki anda disitu, mungkin anda berpeluang mendapat jawatan tersebut.

 

2. Yang kedua, best practice yang digunakan oleh HR untuk merekrut pekerja baru. Mereka melantik SPY atau dalam bahasa kerjaya dipanggil ‘Headhunter’.

SIAPAKAH HEADHUNTER?

 

Mereka yang bergelar headhunter ini sangat professional dan cekap dalam mencari orang yang diperlukan oleh sesebuah syarikat.

Headhunter ini dilantik oleh pihak HR untuk merekrut pekerja baru.

HR akan memberikan kriteria-kriteria yang perlu ada pada individu yang bakal memenuhi jawatan tersebut.

Headhunter akan mencari individu yang mempunyai hampir 99% match / mempunyai persamaan dengan kriteria yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Proses pengambilan kerja melalui headhunter adalah lebih cepat dan mendapat bayaran lebih tinggi dari biasa,

 

So kalau nak masukkan nama ANDA dalam list ‘Headhunter’ ni, kerja anda mesti tip-top dan ramai orang kenal anda.

Kiranya kalau sebut sahaja nama ANDA dekat company tu, satu company tu termasuklah tukang kebun dan tukang masak pun kenal, dengan sebab kerja ANDA BAGUS.

Dengan itu, headhunter akan call dan melamar anda bagi pihak syarikat yang mahukan anda.

Rapport dengan headhunter mesti ada, manalah tahu kot satu hari nanti anda perlukan mereka carikan kerja untuk anda.

ANDA BELAJAR SESUATU HARI INI?

Saya harap anda memperolehi sesuatu dari artikel ini.

Visible Job Offer’ senang untuk anda tengok, pilih, dan mohon, tetapi perlu berdepan dengan ramai calon-calon lain yang turut sama memohon jawatan yang anda pohon.

Invisible Job Offer’ pula menjadikan networking sebagai salah satu syarat untuk anda supaya anda mudah dikenali, manakala track record kerja yang bagus pula akan menjadikan anda seolah-olah bintang yang bersinar dimana semua orang mahukan ANDA.

Jangan lupa #LIKE & #SHARE artikel ini pada rakan-rakan yang lain k.

 

JEMPUT THE CAREER EXPERT

Modul dan masa boleh diselaraskan mengikut budget anda.

Program yang penuh dengan aktiviti, tak mengantuk dan padat dengan info terkini.

Hubungi Puan Ainul 019-210 4948 ataupun klik di sini

 

mudah 
dapat kerja


Sekiranya anda ingin pelajari cara bagaimana anda juga untuk mudah dapat kerja selepas graduate atau pun mahu tukar kerjaya, apa kata luangkan sedikit masa di sesi MINI WORKSHOP RESUME WRITING - Rahsia Mudah Dapat Kerja bersama saya.

Workshop ini dikendalikan di office Career Expert yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor – pada 16 Mac 2019 bermula jam 10 pagi hingga 5 ptg.

KLIK sini ya untuk daftar dan lihat maklumat lanjut
. 🙂

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

error: Copyrighted Material. Hubungi Team Career Expert Untuk Poster Pemasaran / Profile.