4 Tip Jadi Bos Yang Disenangi

4 Tip Jadi Bos Yang Disenangi

Kepada para pembaca yang telah mengikuti ‘movie’ terbaru Fast Furious 7,  apakah yang telah anda pelajari dari filem ini?

Apabila bertanyakan pada kawan-kawan saya yang telah menonton filem ini kata mereka dapat lihat kereta-kereta yang canggih lalu berkata ‘best kalau dapat kereta Bugatti tu’.

Impian itu boleh direalisasikan, jika kena dengan cara anda usaha untuk mendapatkannya.

Entri kali ini saya tidak akan huraikan apakah kereta yang telah digunakan dalam filem ini kerana lebih ramai orang lebih arif tentang kereta berbanding dengan saya.

Yang menarik perhatian saya adalah salah satu daripada watak dalam cerita ini yang bernama Dominic Toretto (Vin Diesel) .

Wataknya Dom memang macam gangster dengan pelbagai jenis tatu di badan, namun bukan tatunya yang hebat tapi cara kepimpinan dia yang hebat.

 

4 Tips Jadi Bos

Kepimpinan Dominic Toretto yang boleh Kita Pelajari

tip menjadi ketua

#1 – Berfikiran Terbuka, Menerima dan Menghargai  Idea Orang Lain 

Dominic adalah ketua yang tidak pernah mengabaikan ‘idea’ dari rakan-rakan, walaupun dia tahu mungkin idea yang telah dikemukan oleh rakannya itu tak masuk akal.

Dia menerima idea rakan-rakannya, malah memberi peluang kepada rakannya dengan ‘follow’ idea yang dikemukan.

Dom  tahu dia akan berdepan dengan risiko yang besar jika idea rakannya gagal.

Tapi itulah ‘value’ yang jarang ada pada seseorang yang bergelar Bos ataupun Ketua.

 

#2 – Percaya dan Yakin pada ‘Team’

 nik-faiz-fast-furious-kepimpinan

Walaupun Dom tahu bahawa idea salah seorang ‘team-mates’nya mungkin akan gagal tapi dia percaya pada kebolehan teamnya, dan meneruskan idea rakannya itu.

Hebat kan ketua macam tu., but of course mesti ada backup plan atau supporting idea yang akan mengukuhkan lagi perancangan.

Setiap perancangan mesti ada rancangan sokongan ‘back-up plan’.

Tidak semua perancangan tidak memerlukan ‘back-up plan’, dengan plan A dan plan B

 

#3 – Bertenang, Berfikir dan Bertindak dengan Cepat 

Ketika masa Dom dikepung oleh penjahat dilereng bukit, bukan wajah ketakutan yang ditunjukkan olehnya, tapi wajah ketenangan yang penuh dengan keyakinan.

Itulah yang akan membuatkan kita nampak kuat.

Biar apa sekalipun situasi yang kita hadapi dalam bisnes mahupun dalam hidup kita, sentiasalah tenang dalam menghadapinya.

Apabila kita tenang dalam menghadapi apa jua keadaan yang sukar jika kita dapat berfikir dengan rational.

Ia memberi peluang lebih cerah kita untuk jumpa dengan jalan penyelesaian yang kita tak sangka-sangka.

#4 – Ikhlas dan sayang menyayangi


Walaupun rupa sentiasa kelihatan serius, tapi dalam hati ada sifat penyayang yang sangat kuat.

Dom ikhlas melakukan sesuatu dan apa yang dilakukan adalah demi untuk keluarga.

nik-faiz-furious-vin_jordina

Setiap ahli dalam kumpulannya dia anggap sebagai ahli keluarga dan dilayan seperti ahli keluarga.

Sifat ukhuwwah yang ditunjukkan olehnya telah membuatkan kumpulannya jadi kuat walaupun tidak ramai.

Kesimpulannya dari kisah ini…

Jika anda adalah seorang pemimpin atau bakal bergelar pemimpin, carilah perkara yang luar biasa tentang diri anda dan ‘X-factor’ di dalam kepimpinan anda.

Tidak kira samada anda bakal memimpin sebuah organisasi yang besar mahupun sebuah keluarga yang bahagia.

Jika anda memimpin keluarga ataupun organisasi itu dengan ‘X-factor’ yang ada dalam diri anda maka percayalah anda akan menjadi seorag pemimpin yang HEBAT!

 

[gdlr_title align=”center” style=”divider” title=”Anda Mungkin Suka” ]Lebih Banyak Tips & Motivasi Kerjaya Di Sini [/gdlr_title]

[gdlr_blog category=”bimbingan-kerjaya” num_fetch=”3″ num_excerpt=”20″ blog_style=”blog-1-3″ thumbnail_size=”post-thumbnail-size” orderby=”date” order=”asc” pagination=”disable” ]

Nik Faiz, CPCC, Perunding Kerjaya & EQ Motivator

Merupakan Perunding Kerjaya bertauliah dari luar negara, Nik Faiz adalah seorang penulis, personaliti TV/Media dan juga international speaker. Nik Faiz telah menubuhkan Career Expert Sdn Bhd yang telah berjaya membantu beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia melalui kerjaya idaman melalui seminar kerjaya dan personal konsultasi. Untuk mendapatkan Nik Faiz sebagai penceramah atau ketahui program-program yang dikendalikan, emel kan ke info@nikfaiz.com
error: Wohoo! © Career Expert Sdn.Bhd - All Rights Reserved
Close Panel

Bekerjasama Dengan Career Expert

Career Expert Sdn. Bhd

Visit our Location

019-210 4948

SMS & WhatsApps Only

Mon - Fri 09:00-17:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: