
Tip Resume
Di dalam menyediakan resume, terdapat bahagian ‘Biodata’ yang perlu diisikan maklumat.
Masih ramai yang terlepas pandang atau mengambil mudah pada bahagian ini dengan memasukkan maklumat yang tidak perlu.
MAKLUMAT SULIT DAN PERIBADI
Maklumat berikut yang termasuk dalam kategori ‘sulit’ iaitu:
[X] No IC / Passport[X] No sijil kelahiran
[X] Maklumat taraf perkahwinan
[X] Alamat penuh tempat tinggal
[X] Jenis lesen memandu
[X] Maklumat pasangan suami / isteri, contohnya IC dan nombor telefon + Nombor telefon rumah
Maklumat di atas adalah TIDAK PERLU di nyatakan di dalam resume melainkan jika diminta.
Kebiasaannya, syarikat perlukan maklumat ini untuk keperluan rekod pekerja, namun selagi anda belum diterima bekerja di syarikat tersebut, ia tidak perlu di kongsikan.
Jadi, maklumat yang bagaimana perlu ada?
BIODATA DALAM RESUME
Maklumat Biodata yang perlu di masukkan di dalam resume adalah:
- Nama penuh – nama seperti dalam kad pengenalan
- No telefon (yang boleh dihubungi)
- Profile LinkedIn (Jika belum ada maka daftarlah segera)
- Facebook & Instagram (Jika ada) – pastikan akaun anda ‘digital-dirt’ free baru masukkan.
- Website (jika ada) – website dengan konten yang bagus boleh menaikkan nilai dan kredibiliti anda.
- Email yang rasmi (dengan struktur alamat email yang professional)
- Taraf warganegara
- Jantina
Baca : Nak Letak ‘Executive Summary’ ataupun ‘Career Objective’?
NOTA: Jika anda memohon jawatan sebagai penjawat awam, kemungkinan anda perlu membuat resume berdasarkan standard format resume yang disediakan oleh jabatan terbabit.
[hana-code-insert name=’mdk-announcement’ /]



